Wednesday, March 30, 2011

sehari bersama pelajar UiTM Segamat..

sabtu lepas tercatat satu lagi memori indah dalam hidup ku..yang mana aku dijemput ke Port Dickson untuk menjayakan satu program "Grab a chance to change" oleh pelajar2 Uitm Segamat.. ini program kedua aku bersama pelajar2 UiTM. 1st adalah bersama UiTM Machang..


keterujaan jelas di dalam hati ni. berdebar pun ada gak..cmne la agaknya penerimaan diorg terhadap aku nanti..dah la xpernah jumpa kan.dapat no aku dari mana pun xtahu. tapi dalam hati ku...mesti buat yang terbaik. xnak diorang hampa bila bersua dengan aku nnti...

malam sebelumnya memang banyak persiapan yang aku buat..terutama dalam isi kandungan ceramah aku nanti..aku kena menyampaikan tajuk 'keyakinan diri dan komunikasi berkesan'..
aku akan pastikan isi yang aku akan kupas lebih mendekati pelajar2 tu nnti..xyah la guna bahasa tinggi sangat sampai xfhm langsung kan..


terima kasih yang tidak terhingga kt Miss Lady Driver a.k.a Nad yang sudi membawa aku kesana..dia merangkap pembantu wanita..hehe..bukan awek k..:) sempat singgah kt RnR seremban minum2..dalam perjalanan kami dalam kereta pun masih berbincang cmne nak bagi impak agar majlis berjalan dengan gemilang terbilang dan rock!!!hehehe..

sampai dalam kul 1 petang yang mana pelajar Uitm pun xsampai lagi..penceramah terlebih excited lak kan sampai awal giler..yerla..program start kul 2.30ptg kan..hehe..tengok dewan tempat nak bg ceramah memang membuatkan aku lebih teruja..rasa xsabar nak meluahkan semua ilmu di dada ni..

aku, nad dan yazid merancang nak buat sesuatu yang lebih membuatkan diorg lebih semangat..yerla..takut juga tengah2 hari ni..dah la baru sampai dari segamat..takut diorg mengantuk dan penat masa aku ceramah nnti..abisla aku cakap sorg2...penat je datang dr jauh kan..kitorang nak mulakan dengan dancing...apalagi terus cari lagu untuk download..time tu juga ok..nasib Hotel Seri Malaysia ni ada free wifi..tq hotel!! siap yazid n nad berlatih dancing lg time tu..lebih2 lak diorg ni kan..hehe..

pelajar2 pun dah sampai dalam kul 2ptg..diorang dibagi bilik utk cek in dan aku bersiap utk

BERAKSI!!!

wachaaaaa...!!!! AKU MESTI ALL OUT!!!

benda yang aku agak memang terjadi..nak mulakan ceramah pun down jer..tengok muka sorang2 nampak mcm penat je..mcm xbersemangat..maybe penat, maybe dalam hati ingat nak mandi pantai je..ataupun maybe terpegun dengan kecomeyylan aku..tu tipu...uweekkk..:p


so dengan beberapa mukadimah..aku mulakan dengan dancing..chicken dance dan hey baby..
nampak diorang semua sangat bersemangat dance..yerla..bukan senang kan nak menari sambil pakai buju kurung dan bertudung..tu saat paling indah..hehe..masing2 melepaskan malu untk enjoy bersama..



lepas abis dancing barula nampak keceriaan muka pelajar2 ni..dah exercise kan..agak berpeluh gak tapi seronok..baru la aku ada semangat nak mulakan sesi aku..

ceramah berjalan hampir 2 jam dengan jayanya..serius apa yang aku ucapkan dan luahkan semuanya berdasarkan kisah peribadi dan pengalaman aku sepanjang kehidupan..tahap keyakinan yang aku bina dari kecik..bagaimana aku pada mulanya malu untuk berhadapan dengan masyarakat. di letakkan di Pusat Kebajikan Masyarakat OKU, bersekolah rendah dan menengah, memasuki Matrikulasi seterusnya Universiti..bagaimana pula aku memulakan kerjaya sebagai seorang ahli perniagaan...

penutup sesi ceramah aku sediakan sebuah lagu "Mendua - Hampir Ke situ" yang mana bagi aku lagu ni banyak bagi inspirasi kat aku dalam menempuh kejayaan. kejayaan aku harini bukan hasil usaha aku sorg2..tp orang sekeliling yang terutama family dan kawan2 yang tidak jemu2 membantu aku..tipu lah kalau aku cakap aku xpernah bersedih, tak pernah merasa putus asa, tak pernah merasa apa2 la yang negatif..tp semua perasaan tu hilang dengan semangat semua..dan skrg aku enjoy dan gembira dengan kehidupan aku. aku bangga menjadi SUKUR!!!

masa nyanyi tu aku nampak semua pelajar menghayati bibit2 lirik lagu ni..ada yang sampai menitiskan air mata, berpelukan dan berpengangan tangan..rasa sangat rapat sesama mereka..bagusla..itula perasaan yang aku nak mereka ada..cmne susah senang kena bersama..berjaya sama2...sama2 bagi semangat..sama2 membantu..jangan hilangkan perasaan ni k..biarkan air mata tu jadi saksi..korang akan berjaya!!!


"Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba"

selamat berjaya semua...saya sangat enjoy bersua dengan kamu semua...

Tuesday, March 29, 2011

Sukur SANG PENCERIA...

6 jun 1984,
lahir seorang anak..
suci seperti kain putih,
kehadirannya disambut penuh kesyukuran...

namun....

ada air mata yang tumpah,
ada tubuh yang pernah menggigil,
ada wajah yang pucat lesi,
ada suara yang terlanjur kata...

tapi..

dalam kekurangan ku,
tersimpan anugerah tuhan..
yang tidak terhingga..

sudah jelas aku tidak boleh mengawal kelahiranku,
tapi aku boleh mengubah kehidupan masa depan ku...

yang penting kena kuat semangat...
biar orang nak cakap apa..
jangan putus asa..

Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang..
akan ada jalan dan jawapan utk kita semua...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




hidup kena ceria ok!!!
seceria gambar di atas...

mesti tengok sambil tersenyum..tul x?
pastu dalam otak mesti terlintas comeyll giler aksi dia ni..
pastu tangan tu mesti nak click komen sebab hati tu dah
memberontak nak luahkan dan bagitahu kecomeylan aku..

dah tahu dah...

terima kaasih kerana berlaku jujur kat komen tu...

hehehe..

aku lah penceria hidup anda...:)




Sunday, March 27, 2011

Kejadian aneh : Dugong terdampar di pantai Port Dickson

sangat terperanjat ok...
tadi sempat ke pantai Port Dickson aka Teluk Kemang
terlalu ramai orang..
almaklumla cuti hujung minggu kan...

memang pantai Port Dickson ni menjadi tarikan ramai orang untuk datang..

tapi tiba-tiba satu kejadian aneh berlaku..
boleh masuk "Malaysia Book of Records"

ada seekor dugong tiba-tiba terdampar di tepi pantai..
yang heran nya semua orang mcm buat xkisah..
tak perasan ke tak nampak ke..
tak tahu la..
yang hairannye..dugong tu comeyylll...

huhu...

nasib aku sempat amik beberapa gambar..
nak share dengan korang sapa yang tak pernah tengok..

















































jeng...jeng...jeng....:)
























dugong di hanyutkan ombak...





dugong hampir lemas...


dugong comeeyylll...baju merah tu dugong oiiyaaiii..hahaha



pss: tadi jumpa blogger terkenal merangkap model..nanti share..:)

Thursday, March 24, 2011

Jualan Gudang Asics | Diskaun sehingga 70%


siapa yang tak suka diskaun betul x?
lagi-lagi sapa yang suka shopping..
memang menanti kan sangat mana2 kedai untuk buat sales

so harini aku nak bagitahu kat semua warga dunia..
bahawa ada satu jualan gudang besar-besaran sedang dilakukan..
di

Lot 2607, Jalan Subang 6, Taman Perindustrian Subang, 47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
(Sebaris dengan Fella Design)


jangan lepaskan peluang ini sebab bukan sahaja kasut sukan asics sahaja di jual..
banyak lagi kasut berjenama yang lain
antaranya Lotto, Ecko Unitd, Naturalizer, Zoo York dan lain2..

diskaun sehingga 70% woooo.....
memang serius tak dapat dipasaran...

benda ni start dari harini 24 Mac sampai 27 Mac ni je...
selama 4 hari..

so sapa tak pergi dan beli memang sangat-sangat rugi...




aku nak pergi harini..sapa nak folo..jom...


pss: nak start bersukan sebab rasa diri ini semakin hari semakin berisi..hahaha



Monday, March 21, 2011

“GRAB A CHANCE TO CHANGE” Port dickson


internet sangat slow mengakibatkan aku untuk tidak ber blogging dalam beberapa harini ni.. geram je rasa sebab banyak benda nak bercerita tentang kisah kehidupan dan rutin seharian ku yang mungkin menjadi tatapan semua..maaf yer..
aklmaklumla..pakai broadband..asam garam menggunakannya mesti ada..paling penting sabar..janji ada..sebelum ni masa xde broadband ni aku sibuk duk lepak berjam2 kat kedai mamak ataupun old town white coffee untuk mencari wifi..skrg bila boleh online dalam bilik yang indah dengan berbaring..jangan banyak bising..tul x?hehehe..

hujung minggu yang indah minggu lepas..sempat menghabiskan masa 3hari bersama keluarga tercinta di Melaka..lama giler kut tak balik Melaka..rindu lak kt Negeri Melaka yang di iktiraf Melaka Maju 2010..hehehe..poyo kan??entah apa agaknye sumbangan aku kat negeri ni pun xthu...

start je awal minggu ni..aku dah dapat satu surat jemputan...bukan surat jemputan kawin ok..takde duit dan takde rumah belum boleh kawin...harap maklum..:p

UiTM sah menawarkan aku menjadi Penceramah dalam Program seminar
“GRAB A CHANCE TO CHANGE”
di Hotel Seri Malaysia Port Dickson sabtu ni..

aku akan menyampaikan ceramah dalam 2jam kepada para pelajar Uitm jurusan
Diploma Pengajian Perniagaan semester 5..
almaklumla kan..pelajar2 ni lagi satu sem nak abis belajar..so kena persiapkan diri dengan mental dan fizikal untuk menghadapi dunia sebenar iaitu alam pekerjaan ataupun perniagaan..

nasib la aku memang seorang usahawan..walaupun tak amik kos perniagaan..boleh la share skit sebanyak pengalaman dan pandangan dengan pelajar2 kat sana nnti..
memang dunia perniagaan tu besar..so kita kena menjadi salah seorang dari nye..



surat dari pihak Uitm...click utk pembesaran



lepas program ingat nak lepak PD jap..jom..:)

Saturday, March 19, 2011

mari berkaraoke...

Wednesday, March 16, 2011

Doa senjata Mukmin | Kisah Benar

Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadis.Selain menjadi inti pati ibadah, doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik (pencipta).

Hanya dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa. Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa tidak kira sama ada anda berada di dalam kereta, di majlis2 tertentu, di pasar2 dan di mana sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal hal ni....

semalam aku bersolat asar di UKM..

selepas solat, biasa memang doa la kan..

dan aku selalu berdoa kepada Allah agar murahkan rezeki ku, permudahkan urusan ku,

macam2 la aku mohon pada Allah dengan sepenuh hati dan aku percaya Allah akan mendengarnya serta mengangkat doa ku ini..

selepas abis aku berjalan kluar dari masjid, tiba2 seorang hamba Allah datang kepada ku dan memberi sedekah duit kepada ku..aku menerima nya dan mengucapkan terima kasih..

korang tengok betapa besarnya kuasa Allah..kalau Dia nak makbulkan doa seorang hamba-Nya..sekejap je..tak payah nak tunggu2...

sebenarnya kejadian seperti ini, bukan pertama kali yang berlaku dalam hidup aku..banyak kali..setiap kali tu la aku rasa bertapa besarnya kuasa Allah..

cepat atau lambat doa kita akan dimakbulkan...kalau bukan harini mungkin esok.nantikan kejutan dari Pencipta kita k..jangan cepat putus asa dan sentiasalah mengharap bantuan dari Allah..

paling penting kita kena percaya Allah sentiasa bersama dengan kita.jangan mengeluh dengan setiap dugaan yang menimpa kita..

jom kita mulakan hari ni dengan doa dan pemikiran positif..!!! =)

nak TIPS BERSEMANGAT setiap hari..??
saksikan video ni..

LAW OF ATTRACTION

Tuesday, March 15, 2011

Cinta ku tertinggal di Jepun | Peringatan untuk semua


TOKYO: Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui 2,000 mayat mangsa gmpa bumi dan tsunami di Wilayah Miyagi, lapor stesen televisyen awam NHK yang dipetik medua, hari ini. Kira-kira 1,000 mayat ditemui di sepanjang pantai di Semenanjung Ojika, kata laporan itu memetik pegawai polis.
Baki 1,000 mayat ditemui di Bandar Minamisanriku yang teruk musnah dalam kejadian gempa pada Jumaat lalu.



aku baru dapat sms dari kawan aku berbunyi begini

"A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4.30 am today. if it rains tomorrow or later, dont go outside. if you are outside, be sure that you have rain protectors. its acid rain. dont let it touch you. you may burn your skin, lose your hair or have cancer. please pass, stay safe and remind veryone you know"


so jaga diri yer korang2 kat luar sana..bumi dan persekitaran kita dah tak berapa selamat. bila baca mesej tu banyak kali rasa takut lak..kita yang jauh ni pun mungkin terkena radiasi, macamne la agaknya rakyat Jepun kan??

untuk pengetahuan korang, aku pernah bercuti di Jepun..secara jujur dari hati yang suci lagi murni ini, Jepun memang sebuah negara yang terbaik utk bercuti.. walaupun aku dh pergi 3tahun yang lepas, tapi kenangan kat sana memang tak dapat aku lupakan..

dah la aku pergi masa tu tengah musim winter..sejukk..tapi xde salji lagi time tu.. dapat kembali ke zaman kanak2 semula dengan mengunjungi Disneyland Japan memang best gilerrr..sampai tak hingat nak balik...teknologi dan pembangunan negara Jepun memang canggih..
admire kan penduduk di sana yang sangat rajin bekerja..
pukul 12 tghmalam baru blk keje...

serius aku rindu nak ke sana semula...
ni antara kenangan aku ke sana...



kawan2..tak kira warna kulit, bangsa, budaya ataupun agama..
mari kita sama2 berdoa atas kesejahteraan rakyat Japan di sana..
kita masing2 boleh amik iktibar dari peristiwa itu...

akhir kata dari aku...


Sehebat mana tamadun manusia, Allah bisa
musnahkan sekelip mata dengan
gempa dan tsunami...
ada 'isyarat' ingin dihantar kepada manusia.....

Monday, March 14, 2011

12 fakta tentang Dato' Lee Chong Wei Juara Seluruh England




Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan
kejuaraan Seluruh England apabila menumpaskan pemain
China, Lin Dan pada final perseorangan di Birmingham, sebentar tadi.

Chong Wei menang 21-17,21-17 untuk singkirkan
musuh tradisinya itu dalam masa 52 minit.

oleh kerana terlalu meng admire kan beliau, aku sediakan 11 fakta pasal beliau kat bawah ni..

1- beliau pada zaman kanak-kanak gemar bermain bola keranjang bukan badminton.
2- pada tahun 2006 beliau pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas makan malam, apabila kereta beliau di langgar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang hilang kawalan akibat tayar bocor.
3- beliau dihantar ke Sunway Medical Centre utk dirawat dan mendapat 6 jahitan di kepala.
4- beliau pernah memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia sebanyak 7 kali (2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011)
5- beliau mendapat ganjaran sebanyak RM 300,000 pada 2008 kerana memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik
6- mendapat pencen sebanyak RM 3000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008.
7- beliau di kurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang.
8- pada tahun 2009, beliau di kurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Hari keputeraan Rasmi Baginda atas kejayaan beliau di Sukan Olimpik 2008.

9- dilaporkan pernah menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka.




10- beliau memiliki sebuah kereta Nissan GTR 35 yang berharga hampir
RM 600,000.

11- musuh tradisi semestinya jaguh China Lin Dan. pernah menang dengan Lin Dan sebanyak 8 kali termasuk tadi. dan Lin Dan kalahkan beliau sebanyak 15 kali.
12- mengekalkan kejuaraan Seluruh England buat kali ke 2 berturut-turut.

TAHNIAH DATO' LEE CHONG WEI..

saya bangga dengan anda...

Sunday, March 13, 2011

Awek Khairul Fahmi Che Mat add aku di FB..:)


mesti korang kenal beliau kan?tak kenal??tipu la..
wanita yang sebelum ni tak minat bola pun sekarang tiba2 dah mula minat bola..
bukan minat bola sepak sebab christiano ronaldo ataupun lionel messi..
tapi sebab kebangkitan pasukan Malaysia dalam aREna bola sepak..
penangan Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010..

salah satu sebab adalah kecekapan penjaga gawang Malaysia..
Khairul Fahmi Che Mat aka Apek..
aku salah seorang peminat beliau..
ketangkasan beliau menghampiri ketangkasan adwin van de sar skrg..hehe..

semua dah tahu..Apek ni dah ada GF..jangan sedih2 yer wanita2 di luar sana..
orang yang dah ada GF jangan kaco lebih2..
nanti GF dia jeles..
aku pun korang jangan kaco lebih2..dah ada GF juga..hehehe
yeke??? =)

GF beliau pun seorang blogger..ala2 blogger susah mati juga la..
otai giler..blog beliau pernah di review oleh farah Fauzana di Hotfm gak suatu ketika dulu..
meletup2 kawan...jeles i tawww..
bertuah empunya badan..


tapi betul ke runcing sangat jari jemari tu?hehe..
tengok la followe beliau...mencecah ribuan biji lemon..
ramai gilerrrrrrr....


memandangkan aku ke Kelantan haritu..dan ada program bersama Pelajar2 UITM..
aku amik kesempatan nak jumpa Elia ni (nama dia Elia)
at least dapat amik gambar dan borak 2-3 patah perkataan pun xper..
dia salah seorang student kat sana...
yerla..utk tatapan kawan2 fb dan juga peminat blogger..
leh gak dapat traffic skit2..



tapi maybe takde jodoh kut..dia pun busy..
dan aku hanya dapat contact dia melalui fb..
so tak dapat la jumpa..
sedih kan..bila la agaknye dapat jumpa dia lg..
dia pun menunjukkan rasa kecewa sebab tak dapat jumpa aku..:)
tq Elia..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tapi tiba2 tadi Elia @ jejariruncing add aku di FB..
menggunakan personal FB dia..
terharu jap..yerla..
selama ni aku just tahu fanpage elia nye blog je di FB..
korang gi la tengok blog n fanpage dia..


huhu..bangga jap..
sapala aku ni kan..
tapi apa2 pun Elia moga kamu cepat2 abis belajar..
dan boleh kawin cepat2 dengan
Hero Malaysia @ Apek ni..

keep in touch ya!


Saturday, March 12, 2011

Vlog simple dan pendek..tapi penuh pengisian..

alhamdulillah.. dah selamat sampai di KL semula..
2hari kenangan di Kelantan memang satu kenangan terindah..
insya allah nanti aku akan ceritakan ke semuanya di dalam blog ni..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sekarang kat LCCT lagi..
tggu kawan amik..dia cakap agak lambat sampai..
tapi at least amik kan..
xkan aku nak kena naik bas lak..mati...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

setelah bergelak ketawa dengan vlog aku yang pertama..


yerlaa...aku tahu vlog aku tak la best mana..
mesti korang nak kutuk kan...

tapi aku kuatkan semangat juga..
nak upload lagi satu vlog..
bukan ditujukan khas pada sapa2..
tapi ditujukan oleh semua teman, rakan dan sahabat..

vlog simple dan pendek ni aku mulakan dengan nyanyian..
suara aku best x?puji la skit..bagi motivasi utk aku

sedikit peringatan utk kawan2 sekalian..

yang paling penting kawan2, saya tidak memandang diri ini sebagai satu kekurangan..
kerana apa?kekurangan itu adalah fitrah manusia..
takde manusia yang sempurna kan?
sebaliknya..kelebihan kita yang walaupun sedikit mana harus digunakan sebaiknya..

itulah kekuatan saya..

enjoy yer kawan2 utk Vlog kedua ku ini..:)



http://www.1tube.my/video/2340/Vlog-untuk-semua

picthing aku ok x?hehe..

Thursday, March 10, 2011

Kelantan sama macam France atau Japan??

lagi beberapa jam aku akan terbang ke Kelantan..
takut pun ada gak..almaklumla sorang2..
sebelum ni aku tak pernah sorang2..
mesti ada bodyguard kiri kanan yang akan jaga..
yerlaa...takut2 peminat serbu tak tentu pasal..
mati kena pijak pulak aku nanti..
hehe..joking!

dah lama rasanye xnaik flight..
kali terakhir masa pergi Langkawi..
tu pun 2tahun yang lepas..
takut nanti loya n muntah2 lak..sebab gayat..haha..

actually aku suka sangat berjalan..
i love travelling...
almaklumla..langkahku ni pendek kalau berjalan guna kaki...
xsampai kemana pun..pastu cepat penat..
jadi saya suka la berjalan dengan kapal terbang..
(nak cakap suka pergi jauh la tu..hehe)
sapa la nak bawa aku ni selain diri aku...
tul x kawan2...

alhamdulillah juga..beberapa tahun yang lepas..
aku berjaya melengkapkan koleksi perjalanan aku agak merata juga la..
kalau nak di ikutkan memang agak membazir tapi peluang mcm ni takkan aku nak lepaskan lak..
kalau xpergi skrg..tak tahu bila lagi nak jejak kaki ke mana2 kan..

Airport Thailand



serius pergi negara orang buat kita buka mata dan otak..
supaya kita xselalu berasa selesa dengan negara kita..
kemajuan dan keindahandi negara lain boleh memberi ilham dan ketenangan kepada kita..
bila balik Malaysia dan mulakan kerja..of course la dengan semangat dan nafas baru..tul x??

so jom kita plan pergi short trip kt mana2 nak x?


Eiffel Tower, France



Japan, winter time..


actually aku ke Kelantan untuk Bagi Motivasi untuk pelajar2 di sebuah sekolah dan pelajar2 Uitm, Machang..hope semua berjalan dengan lancar..



Wednesday, March 9, 2011

Selamat tinggal Kuala Lumpur...


ambo nok gi kelate sok..

ambo kena ngaji kecek kelate harini..

ambo meme pencinto tino, tapi ambo buke buayo...


haha...


macam orang german cakap bahasa kelantan, memang lawak kan bila aku cakap bahasa kelantan..tengah belajar dengan orang kelantan ni..tapi macam dah kelantan murtad je..cakap kelantan pun tak tahu..

sapa2 gengblogger kat sini yang tahu bahasa kelantan, leh bagi tusyen percuma kt aku x?
boleh la..nak gak fasih..baru la satu guuu..hehehe..

nate berok mu...(bahasa femes yang biasa aku dengar)



esok petang aku akan bertolak ke kelantan...sorang2 jer..huhu..
sedihnyeeeee....
naik flight pukul 4 petang..insya allah dalam pukul 2 aku akan berada di LCCT...
sapa2 yang free esok boleh la teman aku...tolong angkat beg aku ke..tolong angkat aku ke..hahaha..tak la berat mana..:)

sampai kelantan dalam kul 5..so sapa2 orang kelantan nak jumpa aku..silakan..
aku akan berada di sekitar Pengkalan Chepa..
selama 2hari..sampai Sabtu aku akan balik ke KL semula..

apa2 roger aku k..boleh la jumpa blogger2 kelantan..nak sangat...

*** betul ke orang cakap wanita kelantan cantik2??hehehe..




Tuesday, March 8, 2011

Ben Ashaari buat aku menitikkan air mata terharu..:)

apa ni ben ashaari???

apa yang telah ben lakukan ni??

apa salah aku??

kenapa aku di perlakukan sebegini rupa??

ni yang tak puas hati ni??

tengah asah tangan ni...

nak tumbuk ben je rasa..

tapi fikir-fikir balik tangan ben je dah besar badan aku...

sekali dia henyak aku, mau jadi lempeng..

tak leh jadi ni...

heheehe..

cmne nak balas apa yang ben buat ni??

satu hari buat sampai 3 entri untk aku..

siap suruh geng2 blogger buat entri khas untuk aku...


http://www.benashaari.com/2011/03/vlog-khas-buat-aku-ben-ashaari-hero.html

http://www.benashaari.com/2011/03/blogger-orang-punya-dia-kutip-sendiri.html

http://www.benashaari.com/2011/03/penghormatan-buat-blogger-ini.html


ben..terima kasih sangat2..

terharu gilerr..

ni bukan pengsan 8kali dah ben

ni mau nangis air mata sekolam masjid..

huhu..

kalau la ben dekat sebelah aku, mesti dah peluk lengan ben yang besar tu..hehe


tapi ben..

saya ada satu permintaan..

kalau la kita dipertemukan kelak..

boleh tak ben...










angkat aku seperti gambar di atas??

hehehe....

boleh laa...sekali je..

korang semua setuju tak?

ben kan kuat?hehehe..

tak perla..gurau je...:)



###tengah berusaha terjah dan komen kat semua blog yang buat entri pasal aku.

tq ben,,

Monday, March 7, 2011

Vlog yang buat korang senyum sorang2..hehe..(khas untuk Ben Ashaari)

korang budak baik kan???

korang sayang aku kan???


korang semua kena janji...


jangan gelak dengan Vlog ni...


jangan kutuk masa tengok Vlog ni...


nanti kita kecik ati...hahaha..


memang satu keje giler buat Vlog ni..


cakap pun kelam kabut dan gelabah...


tapi enjoy...


paling penting aku tahu aku cute..


heheee...


enjoy k..






Sunday, March 6, 2011

Gambar Pelik tapi Benar...komen please!!!

semalam berkesempatan melakukan aktiviti bersiar2..
almaklumla..nama je duduk kl dan berdekatan dengan Putrajaya.
tapi jarang dapat ke sana.

yerllaaaa..saya ni VVIP..kena ada driver baru leh bergerak..
so bila ada driver yangbaik hati suci murni sudi bawa...
saya dengan rasa sukacita ikutt...hahahaha..



nak minta korang komen gambar di bawah....





excited giler dapat tengok cruise tu...



tapi cmne aku leh tinggi sangat sampai leh pegang tiang penghadang tu??



pelik....



~



~




~



~




~


ni la gambar sebaliknye...



~



~



~




~



~








comeyyyllll tak???

aku tersangkut di tiang tu...

hhaahhaa


aksi akrobatik ok!!!


Vlog yang bakal menggegar dunia...


tengah mencari ilham nak membuat Vlog pertama..

nantikan di corong2 speaker dan skrin laptop atau komputer anda..

Vlog yang bakal mengganggu gugat Vlog blogger2 terhebat yang lain..(yeke?)

tengok jer la nanti..komen kemudian ok..hehehe

tengah proses editing ni..

tak best pun..tapi nak try..

jangan gelak k..



Saturday, March 5, 2011

Aku Terpilih sebagai Blog Pilihan BEN ASHAARI hari ini ..sukanyeeee.....


hai korang...(sambil melambai tangan ke skrin..ala2 buat vblog la konon)haha.. hari ni macam kurang biasa lak..kena lepak kat rumah je..sebab kenderaan takde.jadi budak baik saya seketika..hehe..

bila balik dari makan tengahari dengan ousmate tercinta (kitorg naik motor berpelukan tau) jangan jeles..hehe..
aku dapat satu notification dari seorang blogger hebat..

dalam hati aku, apahal pulak ben ashaari ni paste link dia kat aku ni?? selalu nye aku je yang sangat menyibuk paste link kt fb dia..almaklumlaa curi traffic..hehe..aku relax je..tp tertanya2 juga..

takkan ben ashaari nak cakap pasal 500 blog dalam segmen ben ashaari yang pernah aku join dulu????

tak pun segmen Kenangan Ramadhan bersam Ben Ashaari dulu..dah lama sangat kut..bulan ramadhan tu...


ke sebab aku Jatuh Cinta Pandang pertama dengan Blog Ben Ashaari ni...



tiba-tiba!!!!!


~


~


~



aku klik la link tu..mana tahu kisah blogger giler traffic lagi ke..
tak pun tiru gaya blogger poste ke..ben kan macam2..hahaha






tiba - tiba

~

~

~

~




blog aku menjadi blog pilihan ben harini...waaaahhhh...tak ku sangka...ben sudi terjah blog aku yang xseberapa ni..yerla..ben ashaari kan hebat..ala2 abg sasa gitu..sekali pukul aku terus penyek...hahaha

pengsan sebab ben sudi pilih blog aku sebagai blog pilihan harini..


hasil dari terjahan dari pembaca2 ben ashaari..

pengsan 2kali..hehe ..
banyak x org komen..??



pengsan 3kali...
ben ashaari sudi komen kat blog aku beb...
tak sangka ben ashaari ni baik orangnya...
tq ben..luv u..muah2..gahahaah




pengsan 8kali..tq ben..


Friday, March 4, 2011

Kisah Aku anak seorang Tentera Darat

walaupun saya OKU, sejak dari kecil lagi abah dah terapkan cara dan disiplin ala ketenteraan dalam kehidupan. tak suka, terseksa dan memberontak..bila dah besar dan berjaya, baru sedar pentingnya disiplin. terima kasih abah.abah bersara daripada tentera pada 1993 sebagai Pegawai Waren 2..


muka garang abah.

kalau korang nak tahu abah aku ni memang seorang yang garang dan tegas. yerla..seorang pegawai tentera kan? ada karisma dan disiplin yang perlu diterapkan. oleh kerana aku ni anak askar, kehidupan kitorg memang la selalu pindah randah. dari satu kem ke satu kem yang lain. dan bila dah jadi askar ni, tidak lari daripada mengikuti latihan dan kursus yang lama. terpaksa meninggalkan keluarga.

aku pun di mengandungkan di Kem di Kuching Sarawak. tapi di lahirkan di Muar, Johor. dibesarkan dan di beri didikan di Kem Terendak Melaka. mak aku cakap pun, masa aku lahir pun, abah aku ni takde di sisi. pergi kursus. nasib la mak aku ni seorang yang tabah dan kuat semangat.

secara jujurnya, didikan awal ala tentera komando dan askar melayu memang tak boleh lari dari kehidupan aku. pening gak. dari cara bangun pagi.pemakaian ke sekolah mesti kemas dan bersih, cara belajar di sekolah, lepas balik rumah kena buat apa. serta malam hari perlu buat apa.semuanye berjadual.


dan benda paling aku gerunkan adalah peringatan abah aku ni, setiap tahun peperiksaan mesti dapat no 1. mesti ok! kalau tak dapat no 1 walaupun no 2, abah aku takkan datang ke sekolah untuk menandatangani buku rekod. ganas kan??sedih kan kalau mak abah tak datang ke sekolah kalau cikgu panggil. tu yang setiap tahun dapat no 1 kat kelas tu..hehe

merasa la juga pergi sekolah naik trak askar. naik land rover askar. buka boot kasut abah dan sebagainye..


Selamat Ulangtahun Tentera Darat Malaysia.teruskan berjuang! tengah tengok MHI TV3 live at Dataran Merdeka.

sempena dengan Hari Tentera Darat yang di sambut pada 1 Mac setiap tahun, mari kita sama2 memperingati pahlawan2 negara dalam menumpaskan komunis seterusnya memerdekakan negara kita.

aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman damai dan bangga menjadi anak abah.hehehe.

** banyak aturcara telah disediakan sempena Hari Tentera Darat ni.korang datangla ke Dataran Merdeka k.