Thursday, January 26, 2012

KAKI

Salam sejahtera buat semua pembaca,

saya sibukdan gigih dengan perniagaan saya. pemasangan Surau Kolej Tun Perak, UPM


Hari ini juga hari yang sangat sibuk untuk aku yang tak cukup kakitangan (baca: pekerja/pembantu). Cepatlah pembantu aku balik untuk membantu. Hari ini juga masih seperti rutin biasa ke hulu ke hilir mengejar dunia. Semoga akhirat tetap aku bawa bekal juga.aminnn..



Aku hanya ingin berkongsi sedikit cerita aku dengan kamu semua..Nak tak?  Nak je lah kan? Kamu yang pernah nampak aku berjalan mesti tahu betapa comel nya gigih nya aku menghayun menyeret kaki untuk berjalan. Walaupun saya seret kaki saya, Alhamdulillah mampu sampai ke destinasi. 

kaki berjasa yang ada kasut yang comel, tapi da rosak

ni Crocs yang dah rosak jugak, comelkan tapak kaki seret saya?



kemudahan ini amat saya hargai supaya bersemangat nak shopping!



Tiga langkah kamu, baru selangkah aku seret  kaki aku nih. Jadi memang agak memenatkan untuk aku berjalan. Dulu-dulu, masa zaman muda lah sangat travel ke France, Japan dan tempat-tempat lain waima Zoo Negara pun, kaki aku mesti melecet dengan sangat dasyat siap berdarah-darah. Tak tipu.

perlu lah kan ada bendera Malaysia...high sungguh!

Tapi aku sangat bersyukur, sebab aku masih mampu berjalan....

Sebenarnya aku nak cerita apa yang mak aku cerita kat aku macam mana aku mula berjalan..hahaha..... punyalah pendahuluan panjang....

Mak aku kata, aku umur TIGA tahun baru boleh berjalan. Dasyatkan? Nak tau kenapa?
(Ni mak yang bagitau, aku memang tak ingat okeh) 
Mak kata aku ni sangat penakut masa kecik-kecik dulu, yerlah orang datang pun aku menyorok dalam kotak yang ada bawah katil...Jadi dari segala aspek aku takut...

Alhamdulillah, setahun beberapa bulan selepas aku lahir, adik bawah aku pun lahir. 

Kami beza setahun je, adik aku (IJON) ni dalam kategori fizikal sempurna, perkembangan sihat, jadi dalam umur 9 ke 10 bulan dah boleh berjalan kedek-kedek..aku pulak meniarap je...bila dia dah boleh berlari-lari bagai, mula lah aku rasa cemburu, tak da kawan dah nak main-main...jadi aku pun mula memberanikan diri untuk berjalan...sebab nak main dengan Ijon yang dah siap boleh lari-lari masa umur dia 2 tahun. 

Mak kata, bila aku nak bertatih, mula lah aku menangis tak hengat! Tapi nak jugak bertatih berjalan sebab Ijon duk main lari-lari depan aku. Walaupun menangis tetap gigih nak bertatih. Mak cakap, bila aku dah mula berjalan, aku kerjanya asyik main dengan Ijon je..hahahhaha...(Matlamat nak main sama2 tercapai)
Siap bila dah expert berlari aku boleh main kejar-kejar, tangkap dan gigit telinga hahaha....

aku mestilah yang tengah pegang botol susu!Ijon belah kanan korang. Penat main kejar-kejar kita minum dulu!
*sapa yang amik gambar ni memang haru!


Pengajaran dekat sini ialah kita semua kena ada SEBAB yang sangat kukuh kenapa kita buat sesuatu, baru kita akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun 1001 ketakutan menyelubungi diri kita- selagi perkara tu baik di sisi Allah dan undang-undang!

Orang sekeliling juga penting untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini. Terima kasih Ijon! 



Jom layan video aku naik tangga, entah sapa yang ambik video ni aku pun tak tahu..tapi serius aku cute! hahaha


Tuesday, January 17, 2012

Tip Cepatkan Jodoh

Assalamualaikum semua!


Azam tahun 2012 saya hanya satu je...nak berkahwin...sungguh-sungguh ni tau...sebenarnya ini adalah azam tahun lepas, namun belum rezeki lagi jadi, haruslah saya bersabar dan berusaha untuk tahun ini pula...semoga Allah permudahkan urusan dan niat murni saya ni...

Kenapakah aku begitu gedik nak kahwin ni? Sorry! Bukan gedik tapi:

Perkahwinan adalah ibadah dan kelangsungan kepada sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan adalah kerja 'membina masjid' dan adalah amal yang mulia lagi besar pahalanya. (Majalah Anis bil 172)

Kamu semua doakan aku ye!


 Jom aku kongsikan Tip-tip untuk mempercepatkan jodoh yang diberikan oleh oleh ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood  dalam Majalah Anis untuk sama-sama yang belum sampai jodoh amalkan. .. USAHA KAN TANGGA KEJAYAAN!
 

1. Berdoa selepas solat lima waktu
 -berdoalah dari sekarang kerana doa perlukan masa untuk dikabulkan

2. Berdoa pada waktu malam

3. Doa ibu-bapa

4. Puasa pada hari lahir
-puasa ini dipanggil puasa hajat, pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa dosa. Jadi berpuasalah supaya hajat kita dikabulkan dan dipermudahkan

5. Solat sunat taubat
- Disarankan agar melakukan solat sunat Taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa agar diringankan jodoh yang terhalang


tak sabar nak beli 3 cincin, risik>tunang>nikah




6. Pohon restu ibu bapa
-Tanya ibu bapa terlebih dahulu apabila sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberikan isyarat jodoh yang terbaik buat kita. Namun, jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia baik untuk kita, disarankan supaya memujuk ibu bapa dengan baik. Berdoalah supaya Allah SWT melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya

7. Amalkan doa-doa pilihan
- Antara yang boleh diamalkan Surah Yusuf ayat 4untuk memudahkan dan mendapat jodoh yang baik
- Surah al- Qasas ayat 24 kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak

8. Solat hajat
-pohon agar dipermudahkan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik dunia dan akhirat


Memang benar, jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah tapi berusahalah untuk mencari dan menjejaki pasangan anda

Dianjurkan juga untuk mengamalkan surah Yunus ayat 81 untuk membatalkan sihir dan ilmu hitam, kadang-kala ia adalah antara faktor jodoh terhalang


jari saya tak panjang untuk masuk cincin, jam pun boleh kan?

pss: buat bakal isteri yang tersayang, semoga Allah permudahkan urusan kita. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...