Friday, September 24, 2010

taaakkutttnyeee....doktor please buat keje ikhlas skit..

KOTA BHARU - "Saya akan saman kerana kecuaian pihak hospital yang tertinggal kain kapas dalam rahim isteri saya selepas melahirkan anak telah menyebabkan saya kehilangan orang tersayang."

Itulah kata Musa Abdul Kadir, 44, yang mendakwa kecuaian pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ketika melakukan pembedahan yang menjadi punca isterinya mati di hospital itu Selasa lalu.

Menurut Musa dari Kubang Kerian, isterinya, Aumil Khairri Abd. Razak, 44, yang melahirkan bayi keempatnya di HUSM pada pukul 7.03 malam 17 Ogos lalu mengadu sakit yang teramat di dalam perut tiga jam kemudian.

"Selepas ujian X-ray, doktor mendapati ada satu objek tertinggal di dalam perut selepas pembedahan melahirkan anak kami.

"Selepas memberi kebenaran, doktor HUSM melakukan pembedahan kedua pukul 2 petang pada 22 Ogos dan dua keping kain kapas berjaya dikeluarkan di sebelah kiri dan kanan rahim isteri saya," ceritanya lagi.

Menurutnya, pada 25 Ogos, isterinya mengalami demam panas dan meracau kerana terlalu sakit menyebabkan doktor memberinya ubat tahan sakit sehingga membawa kepada koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia.

Thursday, September 23, 2010

kisah suka duka,menarik dihari raya

bagi aku hari raya tahun ni memang agak menarik dan bermakna setakat ni...sebab apa??sebab aku mengunjungi dan dikunjungi oleh insan-insan yang aku rasa aku sangat rapat dan sayang..hehe..romantik kan aku??tula..bak kata filem adnan sempit ~~dalam hati ada taman~~

1st off all bila korang tengok gambar ni mesti korang nak puji aku dulu kan??mesti korang nak cakap...comel la sukur ni..aku dah tahu..sapa yang mempunyai gerak hati yang sama seperti aku cakap ni..aku ucapkan ribuan terima kasih..hahaha..


gambar ni dirakamkan ketika aku mengunjungi rumah terbuka
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
nenek@wok ni adalah mak mertua beliau..untuk pengetahuan korang..nenek ni aku dah kenal sejak aku di sekolah rendah lagi..lama kan silaturrahim tu..alhamdulillah nenek masih sihat dan
di panjangkan umur.


rachel chris raja (kanan), adalah bekas tenaga pengajar di PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) kelas untuk orang-orang OKU yang disediakan oleh JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT..beliau banyak membantu keluarga kami dalam mengelolakan anak kurang upaya..tak sangka puan chris sudi datang rumah saya haritu..sgt hargai


lastly kawan yang aku kenal hampir 20tahun..YAAKOB..seorang OKU fizikal juga..cuba teka umur dia?dia berumur 44 tahun..dah tua kan??tapi alhamdulillah dia diberi kesihatan yang baik untuk terus hidup..masa 1st daya raya aku sempat melawat dia di bertam ulu melaka..dia ditempatkan di satu bilik yang ada tv, astro, radio dan bilik mandi sendiri..paling penting dia boleh uruskan sendiri..hebat kan??

**yang baik kita jadikan tauladan k..




Saturday, September 18, 2010

kisah motivasi Sylvester Stallone



Saya sangat pasti anda kenal dengan gambar yang ada di atas. Jika tidak kenal sekalipun anda tahu bahawa dia adalah salah seorang pelakon hollowood yang cukup terkenal. Filem lakonannya seperti Rambo, First Blood, Rocky dan lain-lain telah membawa nama pelakon ini ke pentas dunia glamour. Dia menjadi buah mulut ramai orang yang memuji lakonannya yang cukup mantap dan realistik dan disebabkan itulah, dia merupakan antara aktor hollywood yang mendapat bayaran tertinggi dalam sejarah iaitu 20juta USD untuk sebuah filem!

Sangat mengujakan! Dia seolah-olah sudah mencapai satu titik nasib yang cukup sempurna dari kaca mata orang yang memandang. Dengan bayaran yang begitu tinggi, kemewahan adalah sesuatu yang pasti.

Namun,adakah dia pelakon yang memiliki bakat semula jadi? Tidak! Adakah kehidupannya sebelum bergelar pelakon adalah kehidupan yang hebat dan penuh dengan kemewahan? Tidak!

Tidak ramai yang mengetahui kisah silam pelakon mahsyur yang di beri nama Sylvester Stallone ini.

Lahirnya cacat

Sylvester Stallone dilahirkan dalam keluarga yang cukup daif. Sewaktu kelahirannya, ibunya telah melahirkannya di tangga sekolah dan di sebabkan itu, Stallone mengalami kecacatan di bahagian muka dan menyebabkan beliau tidak dapat bertutur dengan baik.

Dengan menidakkan kecacatan diri sebagai penghalang, Stallone akhirnya mengambil keputusan yang sangat janggal dan langsung tidak masuk akal! Apakah matlamatnya? Stallone mahu menjadi seorang pelakon hollywood!

Langkah pertama yang di ambil adalah dengan mendaftar di sebuah sekolah lakonan dan selepas itu, Stallone mengikuti salah satu sesi ujibakat. Percubaan pertamanya tidak berjaya! Masakan tidak. Dengan cara pertuturan yang tidak jelas dan rupa paras yang tidak menawan, tiada siapa yang mahu mengambilnya sebagai pelakon.

Berpegang kepada matlamat, dia WAJIB menjadi pelakon, Stallone telah melakukan satu tindakan yang gila! Di dalam bilik uji bakat, dia tidak mahu berganjak selagi dia tidak di ambil sebagai pelakon! Akhirnya, setelah di pertimbang dan melihat kepada kesungguhan Stallone, dia akhirnya di ambil sebagai pelakon tambahan. Walaupun scene yang di lakonkan tidak lah lama, ia cukup untuk memberi satu peluang baru dalam hidupnya.

Malangnya, selepas itu, dia gagal mendapat peluang untuk mana-mana syarikat produksi filem.Dengan kehidupan yang daif, Stallone terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dollar.

Tidak lama selepas itu, Stallone berpeluang untuk menonton satu perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan Chuck. Ramai yang mengatakan bahawa Chuck tidak mampu bertahan walau 2 pusingan. Menakjubkan! Chuck berusaha sehingga 15 pusingan! Semangat yang di tunjukkan oleh chuck pada masa itu memberi inspirasi kepada Stallone.

Stallone akhirnya mendapat satu idea untuk menghasilkan sebuah filem daripada perlawanan yang baru sahaja di tontonya. Dia pulang ke rumah dan mula menghasilkan skrip pertamanya tanpa henti selama 84jam! Sesudah siap, Stallone cuba menjual skrip tersebut namun gagal! Tiada seorang pun berminat untuk membeli.

Tanpa ada rasa kecewa, dia berusaha keras lagi untuk mencari sekurang-kurang nya satu syarikat untuk membeli skrip tulisan nya. Akhirnya dia berjaya dan syarikat filem tersebut menawarkan harga 75 ribu USD kepada Stallone. Dia seharusnya gembira. Tetapi masih belum dapat memenuhi hasratnya. Bukan kewangan yang dia inginkan. Yang di inginkan adalah menjadi pelakon!

Dia hanya bersedia menjual skrip itu dengan syarat dia yang melakonkan watak utama. Stallone memang sudah di rasuk IMPIANNYA untuk menjadi pelakon agaknya!.

Ganjaran di naikkan sehingga 1 juta USD. Namun jawapan Stallone masih lagi tidak! Akhirnya, syarikat itu mengalah dan bersedia mengambil Stallone sebagai pelakon. Dan dari hasil lakonan itulah terhasil filem Rocky yang membawa Stallone menjadi salah seorang bintang hollywood terkenal.Keuntungan daripada filem itu mencecah sehinnga 170 juta usd dan ia menjadi salah satu pemenang bagi ketegori filem terbaik.

Kenapa semua ini terjadi? Adakah Stallone seorang yang berbakat dalam lakonan? Adakah dia seorang yang kacak dan mampu bertutur dengan baik? Adakah dia boleh menulis skrip dengan hebat? Kesemuanya tidak!

Ia hanya bermula dari sebuah IMPIAN!



***aku ada impian..cuku besar, kuat dan bermakna tapi aku tak cukup nekad untuk mencapai nya..adakah ini di namakan impian????

Pelakon M Rajoli meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama

Tuesday, September 14, 2010

rancangan TV CSI pengaruh pembunuhan kejam


pembaca dari seluruh dunia mengikuti perkembangan arwah datuk sosilawati

keyword sosilawati

takziah utk keluarga dato sosilawati dan 3 yang lain.. semoga pembunuh kejam di beri balasan yg setimpal.. memang betul.... kalau ada masalah ...boleh bincang dan selesai.....takan sampai bunuh.......kena bagi hukuman mati.....judgement ready for them.....
bukan je siasat ambil la tindakan cepat jgn jadi basi baru nak ambil tindakan...kalau time kita cepat je buat tangkap sana sini sumbat jel..yang lain buat lembab ...lembab ...lembab....

harap KDN dapat membuat pindaan pada kaedah hukuman gantung sampai mati dan rotan. Setiap kes hukuman gantung sampai mati dan rotan hendaklah dirakamkan/disiarkan secara langsung kepada warga penjara (terutamanya banduan) supaya meraka merasa takut untuk melakukan kesalahan2 yg berkaitan. Seeing is believing.

Bagusla lain kali perbanyakkan cerita jenayah ala2 CSI kat TV agar dapat membentuk minda jenayah dikalangan masyarakat. Bukan sekadar jenayah makin meningkat tetapi semakin kejam. Apa komen U all?


Saya mmg x setuju dan x pernah tgk siri CSI tu, yg memberi idea pd penjenayah kat sini.... Subhanallah....
kejam sungguh
Yg pastinya cerita jenayah yg sepatunya kejam dipertontonkan dlm gaya yg menghiburkan dan amat menarik. Namun secara tidak lansung mendidik dan membentuk minda jenayah yg amat licik. Kesan negatifnya bila ada individu yg terdesak atau memutuskan utk melakukan jenayah, maka secara semula jadi dia akan menjadi penjenayah yg hebat dan terancang sebab mindanya sudah diasah sebagai penjenayah. Mungkin semenjak kecil lagi. Sebab kecik2 lagi dah minat tengok cerita CSI dan seangkatan dgnnya.

**tengah bayangkan cmne agaknya azab mereka dibakar haritu..subhanallah..

gambar suspek pembunuh datuk sosilawati

gambar suspek pembunuh kejam

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Semua pihak hari ini diminta tidak memutarbelitkan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain dengan mengaitkannya sebagai isu perkauman.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, kes tersebut merupakan kes jenayah tulen dan ia langsung tidak ada kena mengena dengan isu perkauman walaupun suspek yang disyaki berketurunan India manakala mangsa di kalangan orang Melayu.

''Saya amat berharap tidak ada pihak yang akan memutarbelitkan kes ini kepada isu perkauman. Walaupun kita mengetahui suspek yang terlibat disyaki berketurunan India dan mangsanya berbangsa Melayu.

''Kes ini tidak ada kena mengena dengan isu perkauman. Ia adalah kes jenayah pembunuhan kejam. Itu sahaja,'' katanya.

Beliau mengulas kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelesaikan misteri kehilangan Sosilawati serta tiga mangsa yang lain di dalam entri terbaru yang bertajuk Tahniah PDRM di blognya, zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Zulkifli berkata, beliau perlu membuat kenyataan tersebut kerana terdapat segelintir individu di negara ini yang tidak mempunyai kerja selain bermain politik 24 jam.

Beliau dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada pasukan polis atas kejayaan menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut dalam tempoh yang begitu singkat.

Zulkifli berkata, ia jelas membuktikan kualiti yang terdapat pada PDRM yang padanya sangat membanggakan dan mungkin lebih hebat daripada kebanyakan pasukan polis di negara luar termasuk di negara-negara maju.

''Saya juga menyifatkan kejayaan polis menyelesaikan kes misteri kehilangan Sosilawati dalam tempoh singkat ini sebagai hadiah perpisahan terbaik buat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan satu permulaan yang baik bagi penggantinya, Tan Sri Ismail Omar.

''Sekarang menjadi tugas pasukan pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pula untuk memastikan pendakwaan yang terbaik dalam kes ini. Apatah lagi antara suspek kes ini dikatakan melibatkan peguam. Maka saya berharap pasukan pendakwaan akan membuat persediaan yang rapi dan teliti,'' ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta rakyat tidak terpedaya dengan golongan yang sering kali memburukkan imej pasukan polis bagi menutup kelemahannya.

''Kita sepatutnya berbangga dengan kehebatan pasukan polis kita tetapi pada masa sama kita juga akui di dalam mana-mana pasukan akan ada kambing hitam.

''Namun ada pihak yang menghadapi masalah peribadi mengambil kesempatan memburukkan imej pasukan polis semata-mata untuk menutup kelemahan nafsu serakahnya.

''Saya berharap rakyat tidak terpedaya dengan penipuan, pembohongan dan putar belit yang dilakukan oleh golongan lemah akal ini.,'' katanya.

Zulkifli turut menyelar tindakan seorang ahli politik kerana cuba mencemar nama baik Ketua Polis Negara yang baru dengan mendakwa polis akan memulakan tangkapan terhadap pemimpin pembangkang.

''Bagi saya kenyataan ini sangat tidak bertanggungjawab dan ia dibuat oleh mereka yang muflis dan tidak bertamadun,'' katanya lagi


Monday, September 13, 2010

Biodata Datuk Sosilawati Lawiya

Hari ini genap 12 hari sejak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang secara tiba-tiba bersama tiga lagi individu iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank.
Berita kehilangan pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu bukan saja mengejutkan masyarakat pada ketika umat Islam menghitung hari menyambut Aidilfitri malah menarik minat yang bukan sedikit terhadap perkembangan terbaru kehilangannya.

Walaupun Sosilawati dikenali ramai apatah lagi beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi kumpulan Lefthanded, Nasharuddin Elias atau Nash, tetapi tidak ramai yang mengetahui betapa berliku perjalanan wanita ini sebelum mampu membina empayar syarikat kosmetik sendiri seterusnya bergelar jutawan.

Sosilawati adalah anak keenam daripada 14 adik beradik hasil perkahwinan Allahyarham bapanya, Lawiya Abdullah Yusof serta ibunya, Yatmah Abdul Rahman, 80.

Bapanya yang juga seorang buruh kasar turut mempunyai seorang lagi isteri, Ruminah Wasidin dan tujuh lagi anak bersama isteri keduanya itu.

Menerusi adik ketujuhnya, Rosnani Lawiya, 45, antara saudara kandung paling rapat dengannya berikutan jarak usia yang hampir, segala jerih-perih Sosilawati, seorang anak kelahiran Kampung Sri Menanti, Sri Medan untuk ke puncak jaya dikongsi bersama untuk tatapan semua.

Rosnani berkata, kakaknya itu tidak pernah menyimpan cita-cita menjadi seorang jutawan mahupun seorang yang dikenali ramai apatah lagi membina empayar kosmetiknya sendiri.
“Hanya satu yang Kak Wati idamkan dan sering disebut-sebutkannya sejak di usia remaja, iaitu mahu membantu keluarga dan membantu mereka sedaya upaya. Dulu di kampung, kami antara keluarga orang susah tetapi hidup gembira seadanya.

“Ketika itu setiap kali musim raya tiba, Kak Wati selalu mengatakan kepada saya jika beliau mendapat kerja yang bagus nanti, dia akan membelikan semua ahli keluarga kami pakaian baru serta cantik seperti yang dipakai jiran tetangga,” katanya kepada Berita Minggu.

Disebabkan tekad kuat untuk membantu keluarga, Rosnani berkata, kakaknya sanggup belajar semula di sekolah swasta selepas gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu.

Beliau berkata, kakaknya turut mengajaknya yang juga gagal dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) untuk mengambil semula peperiksaan berkenaan di sekolah swasta.

“Bagi menampung perbelanjaan, Kak Wati dan saya akan menoreh getah seluas lima ekar (dua hektar) milik penduduk kampung, setiap kali selepas pulang kelas di bandar semata-mata bagi membayar tambang bas RM20 sebulan untuk ke kelas selain kos yuran.

Rosnani berkata, Sosilawati kemudian bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar daerah ini selama satu setengah tahun selepas berjaya menyelesaikan pelajaran di sekolah swasta terbabit sebelum bertukar haluan sebagai seorang kerani kaunter di sebuah hotel di sini.

Katanya, genap usia 20 tahun, kakaknya mengambil keputusan meninggalkan daerah ini untuk merantau ke Kuala Lumpur mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan berjaya mendapat pekerjaan sebagai setiausaha kepada pengurus sebuah bank di ibu kota.

“Ketika bekerja itulah, Kak Wati bertemu jodoh dengan pengurus bank berkenaan ketika berusia 21 tahun dan sempat melahirkan enam anak hasil perkongsian hidupnya sebelum berpisah 12 tahun kemudian.

“Detik perpisahan itulah bermulanya Kak Wati dalam dunia kosmetik, apabila berjinak-jinak sebagai jurujual kosmetik dari rumah ke rumah bagi menyara anaknya. Saya masih ingat lagi Kak Wati menceritakan dia terpaksa menebalkan muka mengetuk pintu dari rumah ke rumah bagi menjual produk kosmetik diedarkannya itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kakaknya itu sudah berjaya dalam hidup, beliau tidak pernah sekalipun meninggi diri serta melupakan asal-usul serta janjinya untuk membantu keluarga.

"Kak Wati seorang yang penyayang, lembut dan tidak pernah membanggakan diri malah menunaikan janjinya dulu untuk membantu setiap ahli keluarga kami. Apa yang paling mengharukan kami adik beradik ialah beliau pernah mengatakan dia tidak mahu melihat kami hidup susah di saat rezekinya dimurahkan Tuhan.

"Kak Wati tidak pernah kedekut menghulur bantuan termasuk wang ringgit malah sanggup memberi peluang pekerjaan serta perniagaan kepada kami supaya kami adik beradik dapat mengubah kehidupan kami sepertinya," katanya.

Sunday, September 12, 2010

Kematian Sosilawati: Peguam, adik dan enam pekerja ditahan

BANTING 12 Sept. – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. – Bernama

sosilowati mati dibunuh di Pantai Morib


KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

SUMBER DARI : Kosmo Online

Friday, September 10, 2010

ragam sehari sebelum raya...

"menjelang hari raya..berakhirlah puasa..bergema takbir senja..menyambut syawal tiba."

itulah bait2 lirik lagu raya yang masih diingati sampai skrg..salam selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam yang membaca blog ni.maaf zahir kalau ada salah silap sepanjang perkenalan atau pembacaan kalian di blog ini ada menggangugugat dan meruntun jiwa kalian.saya amat menyesalinye dan cuba utk berubah ke arah kebaikan..cewah!!!

dapat juga aku online malam sebelum raya ni sebab dari siang tadi memang aku busy gilerr membuat persiapan kerja2 rumah..ha ha..adala yg tak percaya tu..apa korang ingat aku malas sangat ke??hehe..

biasala rutin aku setiap tahun bila menjelangnya hari raya ialah memasang langsir.jangan salah fikir..aku pasang pin langsir..yang tukang gantungkan langsir tu adik aku..aku mana sampai woi!!!hahaha..langsir umah aku ni dah la 2-3lapis..sehari suntuk duk masukkan pin dia..

malam lepas buka tadi aku mengemas rumah, pasang carpet baru, sapu habuk dan sampah..paling penting menghias rumah aagar nampak cantik..itulah tugas aku..comel kan?haha..kalau korang akan datang rumah aku tu.tgk rumah aku cantik tu,hasil air peluh aku la tu.mengemas..penat wo..

tengah malam skit aku susun kuih raya kat dalam bekas kuih..tu pun aku gak yang kena buat..baik x aku???percaya?xpercaya tanya mak aku..

takde la nak cakap over-excited ke apa..tapi memang suka hari raya.setipa kali tibanye syawal memang aku akan pastikan sambutan kami sekeluarga cukup sempurna..kuih raya..paling penting juadah makan di pagi raya..ketupat daun kelapa..rendang ayam..kuah lodeh..daging kormak..kuah kacang..memang menu wajib keluarga aku...kalau nak rasa masakan mak aku..datang la rumah aku satu hari raya..cunfirm korang menjilat sudu..hehe..

aku nak share skit koleksi aku sempena raya aidilfitri 2010 tahun ni..preparation mengalahkan budak 5tahun walaupun badan aku menzahirkan untuk aku cakap aku 5tahun..hehe

kasut baru raya 2pasang...NIKE sponser

seluar jean 2helai..pendek dan comel kan seluar aku??

seluar aku pendek sebab potong wei..beli panjang cam biasa..rugi2..

koleksi t-shirt dan kemeja yang aku tapau dari JAYA JUSCO, ISETAN KLCC dan FOS

baju melayu colour MERAH MAROON..seluar still pendek..sebab??

aku potong wei seluar ni..sapa nak kain lebih dia??hehe

duit dan angpow raya..tukar kat bank abang ipar..hehe


last but not lease...
-
-
-
-
-
-
jeng..jeng..jeng...



muka raya...kena facial skit supaya nampak lebih bercahaya di hari raya..hahaha


Tuesday, September 7, 2010

OPS SIKAP 22 adakah menyedarkan sikap kita???

'KUALA LUMPUR 6 Sept. - Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya terus meningkat kepada 44 orang dalam tempoh tiga hari Ops Sikap Ke-22 dengan sebelas lagi kematian dicatatkan semalam.Bagaimanapun, jumlah itu menurun dua kes berbanding hari kedua operasi berkenaan.Jumlah keseluruhan kemalangan pada hari ketiga berkurangan kepada 973 kes berbanding 1,322 kes pada hari kedua manakala kemalangan maut pula hanya mencatatkan tujuh kes berbanding 20 kes sebelumnya.' petikan berita dari UTUSAN MALAYSIA

alhamdulillah..aku dah selamat sampai ke rumah ku syurga ku...di Melaka utk pulang berhari raya..saje balik awal skit berbanding adik beradik ku yang masih belum bercuti..hehe..biasa..tu kelebihan keje sendiri..

bila bercakap pasal balik kampung...terutama di hari raya..kita sering dikaitkan dengan kemalangan jalan raya.setiap tahun ada je kemalangan dilaporkan..bukan seorang dua..tapi boleh mencecah ratusan manusia...takutnye..alhamdulillah minta sangat dijauhkan so far sepanjang aku di jalan raya belum pernah berlaku kemalangan..

apa yg aku dpt perhatikan kat sini..kalau hanya kita seorg je yang berhati-hati pun tak guna kalau ada pemandu lain yang lebih mementingkan diri sendiri memandu ikut suka hati mak ayah mereka je..yela..mentang2 kereta besar,kuat dan maybe laju sangat ala2 ferrari.boleh jadi raja jalanan pulak kan..

jangan jadikan jalan raya sebagai sungai berdarah dan keluarga yang menunggu kita pulang ke rumah menyambut kita bukan dengan kegembiraan tapi kesedihan yang mana pergi tidak akan kembali..sedih gilerr..

terutama di hari raya ni..sapa2 yang nak balik raya..plz, plz, plz.. rancang perjalanan anda..pastikan kereta dalam keadaan baik..jangan mengantuk dan paling penting di jalan raya bukan tempat bermain atau menguji kecekapan.
co-pilot main peranan sangat besar dalam memastikan driver sentiasa dalam keadaan fokus terhadap pemanduan..

kat sini aku sertakan 'TRAVEL TIME ADVISORY' atau 'JADUAL MASA PERJALANAN' yang dikeluarkan oleh PLUS MALAYSIA..untuk mengelakkan kesesakan yang menggila di jalan raya..kalau boleh folo la yer..dan jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan boleh call hotline PLUSLINE 1-800-88-0000



Emm...tu jela khidmat nasihat dari aku..hope sempena hari raya ni kita kongsikan kegembiraan bersama..



INI adalah contoh balik kampung yang paling sempoi..sapa kata naik motorsikal tak boleh bawa barang banyak..hahaha..tapi bawa motorsikal kena hati2 k..


Sunday, September 5, 2010

sekolah kebangsaan tanjung bidara reunion...

alhamdulillah..dah nak sebulan pun kita semua berpuasa..xlama lagi dah nak hari raya..bahang raya masih belum sangat aku rasai..entah knp...rasa sekejap je sebulan berpuasa..rasa baru semalam rasanye aku bangun sahur pada hari pertama...hehe..


sesungguhnye bulan puasa tahun ni sangat berlainan utk aku..kerana apa yer?maybe xbusy macam2 tahun2 sebelumni kut..bulan ni aku banyak spend buka puasa n sahur kat kampung..rasa2 tiap2 minggu aku blk melaka kut...selebihnye aku banyak buka puasa kat rumah sewa je..almaklumlah...sebelum ni selalu buka puasa dengan rakan2 seperjuangan tapi skrg masing2 dah membuat haluan masing2...nak buat cmne..life must go on my dear!!!

aku bersyukur sangat puasa tahun ni apa yang aku rancangkan berjalan lancar..1st time aku nye idea nak mengumpulkan kawan2 sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan tanjung bidara..batch tahun 1991-1996..lebih kurang 14 tahun yang lepas..giler kan???kalau budak 14tahun dah sekolah tingkatan 2 pun..mmg sangat lama..ada yang mmg selalu contact dan ada juga yg semenjak abis sekolah darjah 6 tak pernah jumpa sampai skrg..huhu..mendebarkan jg..

tapi hasil usaha semua pihak..terutamanye my PA..hazimah bte hanapi..yang mengumpulkan contact2 kawan2 lama..kalau ikutkan aku..nak online pun kadang2 xde masa..hehe..terima kasih kepada encik mukabuku iaitu FACEBOOK yang memang bnyak giler membantu utk menjejaki kawan2 lama..itulah kelebihan dunia tanpa sempadan yang kadang2 ada orang yang menyalahgunakan...

gambar ni sangat cantik dan bermakna bagi aku sebab dapat mengumpulkan lebih kurang 20 orang kawan2 lama..mmg berbeza siut diorang dulu dan skrg..dulu masing2 comel, cute ala2 kanak-kanak ribena gitu tapi sekarang subhanallah..ada yang dah mengembang (bukan ditujukan kepada sapa2..kepada diri sendiri juga..hehe), ada yang dah berjambang..ada yang dah berkahwin..paling hebat norimah..anak 3 wooo...ada yang dah lebih cantik dari dulu, ada yang dah jadi polis, ada cikgu, ada cameraman.ada juga ingeneer jkr..masing2 dengan karier masing2....hehe..memang macam2 ragam dan cerita bila jumpa balik..yang penting enjoy...

tengok gaya aku yang sexy..haha

tq kepada encik cameraman..encik shahid..hasil kerja anda saya sangat puas hati walaupun gambar ku tak banyak..hehe..anyway ko mmg hebat...promote skit..
hope dapat jumpa korang lagi pasni..terutama time raya nanti..

sebelum berpisah aku hidangkan gambar aku yang comel dihadapan pintu gerbang sekolah rendah ku ini yang telah ku tinggalkan 14 tahun yang lepas..kenangan di sekolah ini serius xdpt aku lupakan...