Monday, March 14, 2011

12 fakta tentang Dato' Lee Chong Wei Juara Seluruh England




Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan
kejuaraan Seluruh England apabila menumpaskan pemain
China, Lin Dan pada final perseorangan di Birmingham, sebentar tadi.

Chong Wei menang 21-17,21-17 untuk singkirkan
musuh tradisinya itu dalam masa 52 minit.

oleh kerana terlalu meng admire kan beliau, aku sediakan 11 fakta pasal beliau kat bawah ni..

1- beliau pada zaman kanak-kanak gemar bermain bola keranjang bukan badminton.
2- pada tahun 2006 beliau pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas makan malam, apabila kereta beliau di langgar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang hilang kawalan akibat tayar bocor.
3- beliau dihantar ke Sunway Medical Centre utk dirawat dan mendapat 6 jahitan di kepala.
4- beliau pernah memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia sebanyak 7 kali (2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011)
5- beliau mendapat ganjaran sebanyak RM 300,000 pada 2008 kerana memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik
6- mendapat pencen sebanyak RM 3000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008.
7- beliau di kurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang.
8- pada tahun 2009, beliau di kurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Hari keputeraan Rasmi Baginda atas kejayaan beliau di Sukan Olimpik 2008.

9- dilaporkan pernah menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka.




10- beliau memiliki sebuah kereta Nissan GTR 35 yang berharga hampir
RM 600,000.

11- musuh tradisi semestinya jaguh China Lin Dan. pernah menang dengan Lin Dan sebanyak 8 kali termasuk tadi. dan Lin Dan kalahkan beliau sebanyak 15 kali.
12- mengekalkan kejuaraan Seluruh England buat kali ke 2 berturut-turut.

TAHNIAH DATO' LEE CHONG WEI..

saya bangga dengan anda...

9 comments:

Pendekar Berkuda said...

memang mengujakan bila ada info macam ni.. thanks~!

JOM TENGOK KEPUTUSAN PENUH LAK...

http://www.pendekarberkuda.org/2011/03/keputusan-final-all-england-2011-lee.html

Bella Bell said...

yup2..memang berbangga dengan dia :)

afsal_8281 said...

rugilah tak tgk malam tadi
lambat sgt...

apa pun bangga sbb dato' LCW dah kalahkan lin dan

miss hirda said...

nice info!

miss hirda said...

nice info!

pearl jade said...

bangga dengan LCW...
sll skit jntung kalo tgk die main dgn lin dan...huhu

RABUN said...

maksudnya Lin Dan boleh dijinakan...come on olimpik lak

Kaoshi said...

lin dan xda sportmanship.. dia hnya main sungguh2 untuk world championship dan olympics.

eYRa said...

sukanya bila jumpa blogger yang ada passion yg sama dgn kita =)