lagi beberapa jam..tahun 2010 bakal melabuhkan tirai..suka?duka?pahit?manis? semua aku satukan menjadi satu kenangan terindah-samson..hehe..paling penting mendewasakan aku yang perasan masih umur 12 tahun ni..seriusly 2010 memang best..tahun permulaan utk aku naik semula..2011 watch out!!! siap la..akan aku belasah kaw2..
Friday, December 31, 2010
Kenangan Terindah 2010..2011 nak kawin...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:44 AM 4 comments
Thursday, December 30, 2010
Penulisan & Komen Terbaik 2010...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:47 AM 0 comments
Wednesday, December 29, 2010
AKU HAMPIR MATI KETIKA MEYOKONG PASUKAN MALAYSIA..
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:51 PM 10 comments
Tuesday, December 28, 2010
2010 countdown
Sedar tak sedar baki 3 hari sahaja lagi 2010 akan menutup tirainya. Warghhhhhh!!!Tahun 2010 memang antara tahun yang sangat penuh dengan warna-warni yang benar2 menyemarakkan lagi perjalanan aku di Bumi Allah ini
Tahun yang penuh dengan hilai tawa, esak tangisan dan pelbagai suka duka yang kesannya AKU TETAP AKU....yang baik aku kekalkan yang buruk aku mintak jauhkan...benar aku tak bohong...hahaha..
Nantikan entry Disebalik Tirai 2010 Mohd Sukur Ibrahim (macam la ada orang ternanti-nanti...*gelak guling2 jap)
***
Ok kawan2 semangat patriotik masih berkobar2 siap menggelegak dalam jiwa batin aku nih...so semua marilah kita memberi sokongan padu pada semua pemain Malaysia untuk Piala Suzuki AFF esok....sorak jangan tak sorak!!!
Disebabkan semangat membara aku ni tak boleh nak tertahan-tahan dah aku ciptakan satu rangkaian kata buat kamu Harimau Malaya!
*i blushing tau ni*ehehehe
aku bukan lah gagah persis perwira
aku bukan lah handal persis pahlawan
tapi aku tetap aku
yang punya semangat untuk berjuang
yang punya hati untuk menang
aku tetap aku
yang teguh menyokong memberi paduan
yang teguh bertahan demi kemenangan
aku tetap aku
yang pasti bersorak sakan demi kamu
Harimau Malaya
chaiyok Malaysia!Malaysia Boleh!
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 1:13 PM 0 comments
Monday, December 27, 2010
500 BLOG!
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 2:29 AM 3 comments
Sunday, December 26, 2010
Semangat perlawanan Final Malaysia vs Indonesia..
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 7:17 PM 3 comments
Friday, December 24, 2010
Tuhan..Baru ku sedar, Indah nikmat sihat itu
sila klik play untuk lebih menghayati
Muhasabah Cinta
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 8:09 PM 5 comments
Wednesday, December 22, 2010
Aku Nak Jadi DIVA boleh ke???
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:32 PM 3 comments
Tuesday, December 21, 2010
Bagaimana Nak Hidup Lama??
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 9:03 AM 5 comments
Monday, December 20, 2010
monday blues~~~
ha..aku memang tengah bersemangat, nak bekerja dengan bersungguh2...nak dapatkan ape yang hak...jom kawan2 sama2 berjaya!
Mesti rajin tau , ceria selalu.....
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:40 AM 0 comments
Sunday, December 19, 2010
dari aku untuk kamu
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 4:36 PM 9 comments
Friday, December 17, 2010
SUKUR sampai ke Broga Hill (part 1)
memang tak logik dek akal..sebab aku cukup berkemahuan nak panjat bukit broga..tapi takde highway pun nak naik..kalau tak, dah lama aku sampai naik kereta..tak yah susah payah nak panjat....hahaha
isnin lepas memang satu pengalaman yang aku pasti akan igt dalam sejarah hidup aku.satu koleksi lagi kejayaan yang aku tempa..kerana aku sampai juga ke puncak broga..nak ikutkan malam sebelum pergi memang malas nak pergi.almaklumlah..bukan senang nak panjat ke sana..nak2 aku yg xberapa slim n paling penting fit ni kan?hahahaha..
tapi berkat janji hazim n yazid yang kononnye akan bersama aku susah atau senang..aku turutkan juga kehendak aku ni..pukul 5.30pagi dh kluar umah..ke masjid semenyih.kat sana kitorg solat subuh dan siap nak panjat bukit broga..
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 6:19 PM 5 comments
Thursday, December 16, 2010
10 Muharram - Hari Asyura..Peristiwa Penting
10 Muharram : HARI ASYURA
(PERISTIWA DAN AMALAN YANG SANGAT DIGALAKKAN)
Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura :
~ Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
~ Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala.
~ Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat.
~ Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
~ Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
~ Allah menjadikan Siti Hawa.
~ Allah menjadikan Syurga.
~ Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
~ Taubat Nabi Adam diterima Allah.
~ Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
~ Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Zamrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
~ Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
~ Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura :
~ Berpuasa - Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
~ Mandi dan membersihkan diri - Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
~ Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga - Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
~ Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka - Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
~ Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
~ Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya - Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
~ Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
~ Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
~ Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali - Doanya dimakbulkan Allah.
~ Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
~ Sunat menginai dan mengerat kuku.
~ Menjamu dan memberi minum kepada orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
~ Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
~ Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
~ Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 8:33 AM 5 comments
Monday, December 13, 2010
adakah anda pembaca blog ku yang setia??
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 11:53 AM 21 comments
Sunday, December 12, 2010
Program Cuti Sekolah ke Muzium Negara
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:11 AM 4 comments
Thursday, December 9, 2010
Doakan seorang sahabatku yang sedang sakit...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 1:51 PM 5 comments