Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Diisytiharkan oleh PBB pada 19 Oktober 1992
dengan menetapkan setiap 3 Disember adalah hari orang kurang upaya.
Kabinet dalam mesyuaratnya pada 12 Oktober 1994 telah mengesahkan
03 Disember setiap tahun sebagai hari kurang upaya peringkat Kebangsaan.
Dianggarkan 1% rakyat negara kita adalah terdiri daripada golongan Orang Kurang upaya.
Prihatinkah masyarakat kita dengan golongan OKU?
Luangkan sedikit masa dan tanyalah diri anda.
Prihatinkah anda?
Sedarkah kita tentang keperluan mereka terhadap sedikit
bantuan kita yang sihat walafiat dan bertenaga penuh ini?
bantuan tidak pernah diminta.
kehidupan harian ku penuh seribu satu ranjau...
Kalau aku perlu tolak pintu, maka tolaklah sendiri. Kalau naik tangga, aku akan diasak dari belakang supaya bergerak dengan lebih laju. Kalau ke pasaraya, awasilah kaki sendiri kerana orang-orang normal ni suka sepak kaki orang OKU. Kalau naik kemudahan awam seperti komuter atau LRT…terpaksalah aku serbu masuk atau keluar seperti orang yang normal. Kalau lambat anda akan dirempuh. Di dalam train pula belum tentu aku akan dapat tempat duduk walaupun kerusi khas untuk golongan ini memang ada. Namun yang duduk dengan gah, hebat dan bangganya di kerusi-kerusi ini adalah golongan normal yang perkasa dan cantik manis.
Itulah hakikat yang terpaksa aku hadapi bila jadi OKU. Kalau ada sesiapa yang sudi hulurkan bantuan,
atau sisihkan jalan untuk aku lalu, tahulah kita bahawa orang itu memang benar-benar berbudi.
Orang sebegitu dah mula pupus di Malaysia yang tercinta ini.
Jadi, hari ini, 3 Disimber 2008, sama-samalah kita lakukan perubahan.
Prihatinlah dengan keperluan orang kurang upaya.
Selagi anda sihat walafiat, mampu menguruskan diri dengan sempurna tanpa bantuan orang lain,
bersyukurlah. Lahirkan kesyukuran dan keinsafan itu dengan membantu OKU.
Sedikit sahaja bantuan anda, begitu besar maknanya bagi mereka.
walaupun aku sedar aku tak OKU mana..
Namun, aku hanya mohon agar sama-sama kita prihatin dengan OKU.
Mereka sedaya mungkin cuba untuk berdikari, namun kudrat adakala tidak sebesar harapan.
Apa salahnya kita membantu, kalaupun hanya sekecil bukakan pintu untuk mereka masuk.
Atau beri laluan untuk mereka keluar atau masuk dahulu ke dalam train. Mudah sahaja kan?
nak baca ada org buat entri khas utk aku..terharu...
4 comments:
saudara, saya bersimpati terhadap saudara dan rakan yang lain. Saya minta maaf kerana terlewat mngucapkan SELAMAT HARI OKU...
saya mintak izin saudara untuk review tentang ni di blog saya. Harap saudara benarkan.
xda msalah..sebenarnya sya pon trlibat scara lgsung ngan benda2 ni..sy studnt special education for the deaf.
It's not gonna be easy. Be strong!
Kamu hebat! :)
salam. singgah melalui blog lady bird. kagum dengan semangat saudara. IM juga mmasih kuat semangat menjaga 2 orang OKU di sisi...
Post a Comment