Sunday, December 19, 2010

dari aku untuk kamu

aku hanya insan yang ingin merasa apa itu kebahagian..jadi aku kuatkan hati dan tetapkan iman, aku yakin dengan setiap yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik buat aku...

kebahagian itu harus aku cari.....

pernah mengharap simpati orang, tapi sampai bila orang akan bersimpati....jadi aku perlu bangun dari lemahku menjadi pembela diri sendiri....


pernah aku rasakan hidup ini terlalu kejam untuk insan selemah aku, terumbang ambing di sapa ombak badai sakitnya hanya aku yang tahu...


tapi aku masih yakin diciptakan aku di dunia ini pasti ada tujuannya pasti ada hikmahnya jadi aku yakin kebahagian itu pasti datang buat aku...

kebahagian itu harus aku cari.....

Jadi, aku berpegang pada prinsip:
berpijak pada bumi, berbumbung pada langit....
bila aku merasakan aku dibawah, aku yakin, tanah itu masih dibawak tapak kaki ku...
bila aku merasakan aku ini berada diatas langit itu masih menongkah bumi

jadi lah aku insan yang menerima segala yang ditetapkan, tidak lari dari belenggu masalah tidak gentar pada kutukan orang, tidak ralat pada kelemahan diri

aku yang lemah ini pastinya melakukan kesalahan,mulut kadang terluah kata, jadi bimbinglah aku agar aku yang menumpang disudut dunia ini mampu menjadi lebih baik untuk masa ku yang akan datang

cerianya aku hari ini kerana setiap kamu yang disisi, setiap kamu yang mengerti, setiap kamu yang memahami

gembiranya aku kerana itu yang aku inginkan
bahagianya aku kerana itu yang aku cari


terima kasih buat semua yang pernah menyumbang budi sepanjang hidup nya aku di muka Bumi ini...


~~~Mohd Sukur Ibrahim~~~

cute kan?



9 comments:

suria lekatlekit said...

Kamuu seorang yg hebat di bumi ini sebenarnya kerana kamu tidak gentar melangkah walau dilahirkan kekurangan. Tp msh ada org yg sempurna fizikalnya takut nak menghadap kenyataan..

ibuintan said...

as salam sukur,

jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk memencilkan diri, bahagia mesti dicari, ianya tak kan datang sendiri

najah hijriah said...

jgn sdh2 k....huhuhu

Pemerhati Dunia said...

Salam. Janganlah sedih-sedih. Dkt sekiling awk rmai orang yang sygkan awk. Kita semua sama je. Btl tak.

Mohd Sukur Ibrahim said...

ayat ni dari saya untuk kamu semua...same2 mengharagi diri sendiri dan setipa dikeliling kita

Anonymous said...

La takhaf wa la tahzan,innallah ma'as sobirin..

azahrohaizah said...

ermmm memang cute sangat2..

senyum lah sedikit
kamu senyum orang lain akan berjangkit..
kerna senyum akan menghindar dari penyakit..!!hehehe

Kay- said...

gambar tu cute sangat.

sukur, u mengajar i utk lebih menghargai diri sendiri :)

thankx 4 d nice words.

misz norrahmah said...

cute..=)..
maju en sukur untuk negara.=)