Bagi aku seorang sahabat mempunyai tiga makna iaitu
membahagiakan,
menggembirakan dan
menyenangkan.
Jika kehidupan selalu silih berganti datangnya
kebahagiaan dan penderitaan namun seorang
sahabat hadir dalam tiga perkara diatas sehingga
kehadiran orang sahabat saling memuliakan membuat
hidup kita menjadi indah.
Maksud sahabat sama seperti kawan
akan tetapi mempunyai makna yang lebih mendalam.
Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada
kita senang mahupun susah.
Mereka akan menolong kita sekiranya kita
dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil
sahabat hanya bersama kita dikala senang
dan meninggalkan kita ketika susah,
maka orang itu bukanlah seorang sahabat.
Ia hanyalah dikategori sebagai kawan.
"entri ni khas dibuat untuk seorang sahabat yang aku kenali suatu ketika dahulu..
seorang pelajar UM dalam bidang Pendidikan Awal Kanak2..
dia berasal dari Sarawak dan aku sendiri pernah bersama2 dia ke Kuching, Sarawak
untuk berjumpa dengan family dia..
banyak kenangan bersama dia..
memang seorang yang baik dan berhati waja..
banyak membantu aku bila aku memerlukan pertolongan dia..
tapi.....
kawan2..sekarang dia terpaksa bercuti dari belajar kerana mengalami sakit kanser darah..
Ya Allah..terperanjat nya aku bila mengetahui hal ini..
dia telah menjalani kemoterapi
dan akan menjalani kemoterapi ke 4 tidak lama lagi
semua memang sedia maklum kesakitan yang di alami bila menjalani kemoterapi tu..
saya harap2 jasa baik kawan2 yang sudi mengunjungi blog aku ini
untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dia..
agar dia dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala..
aku tidak sanggup kehilangan seorang sahabat yang sejati..
boleh add dia di FB..moga kita semua menjadi kekuatan untuk dia..
AMIN...
5 comments:
ya Allah...
moga dia lebih tabah menghadapi kemo itu...
n moga cepat sembuh dan smbg study..
Syafahallah...moga Allah menyembuhkan dia..aameen..;)
semoga dia cepat sembuh..
syafakillah
Salam.Simpati mokcik dgn sahabat awak.Semoga beliau akan cepat sembuh dan dipermudahkan beliau menjalani sesi rawatan.Moga beliau juga tabah mghadapinya.'TUHAN tidak menguji lebih dari apa yang kita mampu tanggung'..Salam dari mokcik..
Inilah dia kehidupan.. tak semua yang indah.kadang2 kita mengeluh kita kurang itu ini tapi ada lagi insan yang lebih susah dan menderita.. Semoga beliau tabah menjalani hidup yang penuh cabaran ni...
AMIN.
Post a Comment