Saturday, December 31, 2011

REVIEW KOMEN TERBANYAK 2011 DALAM BLOG

salam terakhir 2011..entri terakhir dalam tahun ini...nak review back penulisan terbaik dan komen terbanyak sepanjang 2011..tahun 2011 mencatatkan kenaikan dalam blog aku..alhamdulillah..banyak komen membina dan semangat aku dapat dari komen2 semua...antara penulisan yang mendapat komen tertinggi:


1- 70 komen - Vlog yang buat korang senyum sorang2..hehe..(khas untuk Ben Ashaari)


aku memang selambur...1st time buat vlog..cakap pun gelabah2..tapiiiiiii CUTE! aku tgk banyak kali video ni pun aku xboring..aku akan gelak dan senyum..dan mulut aku automatik berkata..cute juga budak ni.hehe..tu yang komen mencanak2 tu..

NAK BACA? KLIK SINI...

2- 68 komen - Ben Ashaari buat aku menitikkan air mata terharu..:)


ni tindakan paling berani yang aku pernah buat dalam dunia blog..aku cabar abg ben ashaari..cabar gaduh?mesti la bukan..aku buat satu permintaan utk abg ben angkat aku sperti di atas..ramai orang sokong..komen byk tanda sokongan..bila wahai BEN ASHAARI 

NAK BACA? KLIK SINI..


3- 48 komen - HOTFM IMPIANKU

entri kali ni aku terpilih sebagai peserta kelima layak untuk menerima wang tunai RM 50k dalam rancangan Hotfm Impianku..ala...ala2 Sejuta Impian..sangat teruja..impian aku pun sangat besar..tapi aku pun tak pengakhiran pertandingan ni..diam je..sapa menang pun xthu..huhu~~

NAK BACA? KLIK SINI..

4- 22 komen - Kejadian aneh : Dugong terdampar di pantai Port Dickson


entri pasal kejadian aneh yang berlaku di pantai PD..kejadian yang menjadikan pantai PD menjadi pantai terhangat 2011..ada dugong terdampar..hahaa..memang lawak..korang bacala..

NAK BACA? KLIK SINI..


5- 22 komen - Aku Terpilih sebagai Blog Pilihan BEN ASHAARI hari ini ..sukanyeeee.....


blog aku menjadi blog pilihan ben lagi...titik kemuncak bila ben ashaari sudi berkongsi link dengan aku..promotekan aku..jujur cakap, abg ben banyak membantu menaikkan nama blog aku..

NAK BACA? KLIK SINI..

6- 19 komen - Selamat tinggal Kuala Lumpur...


cerita pasal pengalaman nak ke kelantan..nak belajar sikit2 bahasa kelantan..baru gu cakap ngn diorg..ye x?memang best kalau mampu kecek very well..tulx?hehe..

NAK BACA? KLIK SINI..


7- 18 komen - Kelantan sama macam France atau Japan??


debaran nak ke Kelantan..almaklumla..sorang2 nak fly ke kelantan..angkat beg sorg2.turun flight sorg2..pergi kelantan tak tahu sapa jemput..memang best..pergi kelantan sebab nak sampaikan ceramah motivasi..

NAK BACA? KLIK SINI..

8- 16 komen - USOP WILCHA ABPBH VS SUKUR IBRAHIM


hahaha..nak tulis pun dh tergelak..memang lawak..usop wicha vs sukur troli...memang stylo..i like this entri...

NAK BACA? KLIK SINI..

9- 17 komen - Gambar Pelik tapi Benar...komen please!!!


gambar ni memang pelik..gambar ni tertarik..gambar ni simple tp best..macamne la aku leh setinggi pemegang besi tu yer??hahahaa....

NAK BACA? KLIK SINI..

10- 16 komen - joegrimjow hadiahkan aku MacBook


last sekali..entri paling sikit komen dalam kategori banyak komen ni adalah cerita pasal joegrimjow ni..dia dengan baik hati sudi bagi aku macbook dia..gempak n baik x dia? ramai orang komen sebab jeles..hehe..

NAK BACA? KLIK SINI..

tak kisah sapa pembaca blog saya, adik beradik, saudara mara, kawan2, dan mungkin pembaca baru, terima kasih banyak2 kerana sudi menjadikan blog sy ini blog yang selalu mendapat tempat di hati semua..hehe..perasan x? paling penting..sudi2 lah komen selalu dalam blog sy k!

Wednesday, December 21, 2011

WW#11 PELBAGAI


WW#10 PEJUANG


Tuesday, December 20, 2011

SATAY WILLY- REVOLUSI SATAY

Aku kadang-kadang tak tahu nak letak tajuk apa untuk kebanyakan entry, bila ada tajuk rasa macam over tapi apa nak buat, itu sahaja yang terlintas dalam fikiran...

Satay adalah antara makanan kegemaran aku dan pasti ramai kat luar sana pun sama kan? sedappp wooo satay...boleh dikatakan dalam sebulan sekurang-kurangnya 3kali makan satay kadang kadang pernah buat marathon 5 hari tanpa skip yer. Apakah ada unsur-unsur ketagihan? Itu semua nafsu serakah je ok!

Jom aku review 3 jenama satay yang mendapat tempat di hati dan perut juga nafsu aku:


Satay Kajang Haji Samuri



Satay ni memang satay sepanjang zaman lah bagi aku, kesedapannya memang tersendiri... Aku selalu makan satay ni dekat Restoran Yus yang dekat dengan Sungai Ramal Junction, dulu suka jugak pergi yang kat Kajang tu tapi ramai sangat orang dan kena self-service jadi carilah alternatif untuk memudahkan diri. Haha. Satay ni paling glamour dan berleluasa dalam perut aku masa rumah terbuka aidilfitri. Memang jenama yang terkenal. Sedap tu memang semua akui kan?


Satay Urat Ketin 





Ha, satay ini pun ada fenomena tersendiri..perghh sapa yang duduk atau familiar dengan Seksyen 7 BBBangi mesti tahu bagaimana Satay Urat Ketin ni menapau lot-lot kedai kat sana....Memang sentiasa ramai orang..banyak kali datang, satay habis....bila kedai dah bertambah di depan dan belakang baru lah masalah kehabisan satay selesai. Tapi aku jarang pergi sebab ke dalam sangat lah Seksyen 7 ni.ececece.... jarang-jarang pun lebih la jugak dari jumlah jari jemari tangan ku...Tapi aku pun macam dah lupa-lupa rasa dia macam mana...tapi sedap lah, hehehe..Sedap sungguh lah senang kata....tengok pun da tau kan?kan?


Satay Willy





Satay Willy memang mendapat tempat dalam Carta Hati untuk satay sekarang, tempat yang strategik dan senang untuk aku pergi....Satay ni ada di Sungai Ramal Junction.....Rasa yang sangat membuai...Hahaha over! Tapi aku suggest kan kalo nak pergi haruslah bersabar sebab memang ramai orang dan macam agak lama untuk menunggu tapi berbaloi la untuk aku yang suka satay dan ada kawan berborak yang pandai open topik keh ke keh...


*aku suka sangat satay ayam
*lagi suka makan dengan lontong (yang balut guna daun pisang tu) dari ketupat/nasi impit..emm wangi hehe

GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM

Jarang aku ada giveaway yang sesuai untuk aku join dek kekangan masa *eceeceece* Jadi sementara masih panas dan berkesempatan  ni aku join sebab aku pun memang suka baca blog kak ina 
GA ni bersempena dengan bulan December ni birthday kak ina dan dua orang anak beliau
untuk info and nak JOIN? KLIK SINI
Jadi haruslah kita semua memeriahkan bulan ni dengan join GA ni beramai-ramai



3 sebab kenapa saya suka baca blog kak ina

1.blog kak ina banyak tentang makanan, resepi dan tempat makan, jadi selalu bagi idea nak minta mak masak apa bila balik Melaka hikhik..pun boleh pergi tempat makan yang best

2. saya adalah stalker yang nak tau event apa yang kak ina join, jeles dengan kehebatan kak ina men'cover' event escpecially dr Nuffnang. dah bertahun aku dalam dunia blog tak pernah pun dijemput pergi mana-mana event*penanda aras aku memang tak dikenali langsung hikhik*

3. kak ina pandai bercerita melalui blog, bercerita sbg seorang ibu..bahasa yang berhemah dan sopan...saya suka! 

nota*GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM di taja oleh http://hazmanfadzil.com/ dan http://yanayassin.blogspot.com/

Monday, December 19, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH

-eh aku sekolah ke nak ada program cuti sekolah?ke aku cikgu selama ni?hehehe
Hari Khamis yang lalu, abang sulung aku sekeluarga datang dari Melaka untuk bawa anak-anak dia jalan-jalan sempena cuti sekolah..memandangkan sekarang aku pun dah menyewa sendiri jadi mereka lepaklah rumah aku...Jadi, aku pun terlibat juga dengan cuti-cuti Malaysia abang aku nih secara tidak langsung.
Khamis tu abang aku sampai dalam petang, malam tu bersempena dengan kupon Pizza Hut yang RM40 tu aku pun belanja lah makan malam tu...bertambah best bila adik aku yang kat Shah Alam pun datang sekali..rasa macam ada kat Melaka pulak lagi best jika mak dan abah pun ada jugak!*jarang aku terlepas mana-mana kupon makanan kecuali kepsi!*aku kan gigih.

amik gambar untuk jeleskan makngah yang berlagak tak nak dtg.hehe

Esoknya (hari Jumaat) abang aku ke Genting Highland aku pulak ada kerja hari tu tak dapat la join. Ada pasang karpet di Puncak Alam. Dah hujung-hujung tahun ni kena berusaha keras dapat kan sale, target sale tahun ni masih jauh....tapi percaya!hehe.. Abang kata kat Genting asyik hujan...Jumlah umat manusia kat sana tak payah kata la...cuti sekolah kan...sebab tu aku prefer jalan2 masa bukan cuti sekolah siap weekday. Tapi tetap jeles tak dapat ikut...huhu



berani jugak budak2 ni...macam pak cik mereka lah kan

Hari Sabtu tu pulak aku dapat join abang aku cuti-cuti Malaysia kat Taman Desa Water Park...Serius ramai sungguh umat manusia di sana tapi kami enjoy!!! Best nyer sebab da lama tak main air kat Taman tema kan...Aku siap lemas tapi berjaya diselamatkan. Hahaha excited sangat nak berenang, lupa pulak aku adalah tak reti berenang! Aksi-aksi lucah yang tak menahan tak payah cakap lah...mujur tak de yang menegur>>>eh awak Sukur Ibrahim kan?



comelkan kami...




kat sini pun nak lemas, gedik bila difikirkan semula...*hesh*



apalah aku cuba sampaikan nih!


over tu memang genetik rasanya....

Tak puas bercuti-cuti Malaysia dengan Desa Water Park, kami terus ke Muzium Negara (aku memang suka pergi tempat-tempat seperti ini) untuk mengunjungi Pameran Kapal Karam. Mungkin aku ni meletakkan harapan tinggi untuk tengok pameran ni..Jadi aku sedikit kecewa dengan pameran tersebut...Tapi bila dah pergi haruslah enjoy!!!



Pameran Kapal Karam

Memang bertuah kami datang Sabtu tu sebab ada Karnival Upin dan Ipin jadi terubat sedikit kekecewaan dengan pameran yang so-so tu..Anak-anak buah aku memang excited la kan dapat jumpa Upin dan Ipin
Kawan-kawan yang rapat dengan aku mesti tahu aku memang gigih bab-bab nak bergambar dengan sesiapa sahaja yang aku nak.


Upin Ipin dan Ihsan


Ihsan: Selamat Pagi Cikguuu...stylooo 


Malam tu pulak, abang aku teringin nak makan western, jadi bawaklah di ke Chop n Steak di Serdang....Berbaloi-baloi...
Selesai lah cuti-cuti Malaysia abang aku sekeluarga, harap diorang berpuas hati dengan layanan yang diberikan...walaupun aku agak homesick sebab tak dapat balik Melaka, kehadiran abangku sedikit mengubat kerinduaan...next weekend aku akan bercuti di pulau....tak dapat balik Melaka lagi...rindu makkkk.....nak baring atas perut mak hihihi..empuk...

Malaysia ni memang banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati...

Thursday, December 15, 2011

PENCERAMAH MOTIVASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog ini. Sepanjang tahun 2011, jemputan untuk mengadakan ceramah motivasi mencurah-curah. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan buat aku juga kepercayaan yang diberikan oleh semua yang sudi memberi jemputan buat aku mengembangkan lagi satu cabang diri untuk sama-sama dimanfaatkan.


Memang terlalu baru bagi aku untuk menapak dalam bidang ini. Secara seriusnya aku mula terlibat dalam bidang ini apabila dijemput untuk menjadi ahli forum untuk pelajar baru di Kolej Matrikulasi Selangor pada tahun 2010 atas jemputan Cikgu Shuhada, cikgu Kimia aku di Kolej Matrikulasi Melaka dulu. Alhamdulillah bermula di situ aku mula menapak, banyak pandangan positif dan kritikan membina yang aku perolehi untuk setiap ceramah yang pernah aku berikan. Namun, banyak juga lagi penambahbaikan yang aku mesti lakukan.

cute itu selalu orang cakap

Antara ceramah yang pernah diberikan:


Agensi swasta: INSPIRE ASIA 2011

Universiti: uitm, Hanis Zalikha (say:haiHanisZalikha*dalamhatijemasetu*)

sekolah-sekolah dll

pelajar sekolah rendah di Kelantan (UPSR)



Ada juga beberapa pelawaan yang terpaksa ditolak kerana bertindih waktu dengan beberapa perkara seperti hal urusan perniagaan. InsyaAllah pada tahun 2012, aku ingin lebih mengembangkan sayap dalam bidang ini. Mahu lebih teratur. Berkongsi rasa dan semangat diri dengan semua insan yang mungkin memerlukan sedikit motivasi diri untuk terus melangkah dalam kehidupan memberi kepuasan yang cukup berbeza. Biar sedikit sumbanganku tapi andai ada yang mampu sedikit tersenyum, gembira dan bersemangat dengan kata-kata dari ku cukup besar ertinya kan?

Menjadi penceramah motivasi ini bagi aku satu tanggungjawab yang besar. Aku selalu ingatkan diri kata-kata yang aku luahkan juga adalah nasihat untuk diri aku. Untuk sentiasa bermotivasi itu tipu bagi aku...kita semua manusia yang punya perasaan ok.sedih, duka, sakit hati, tawa dan riang. jadi kita perlukan seseorang atau sesuatu yang boleh membantu untuk untuk ingatkan dan bantu kita kembali bermotivasi....

Jadi untuk sesiapa yang ingin menjemput saya memberikan ceramah motivasi untuk tahun 2012 boleh lah menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya biasa-biasa sahaja, sekadar ada sebuah pengalaman tentang kecekalan, ketabahan dan keazaman untuk hidup dari mula aku lahir hingga masih nafas diberi Allah. Bukan siapa-siapa, masih bertatih juga dalam bidang perniagaan juga yang yakin pada nya adalah 9 dari 10 punca rezeki

hensom pun ada orng cakap

Wednesday, December 14, 2011

UNIFI sudah tiba

Yeay! Saya da jadi pelanggan Unifi untuk hari yang pertama. Akhirnya setelah beberapa kali mesyuarat diadakan bersama rakan perniagaan, kami telah pun membuat keputusan untuk melanggan Unifi. Sebenarnya, agak berat hati nak ambil Unifi sebab aku bukan nya selalu ada di pejabat pun, masa lebih banyak dihabiskan di dalam kereta dan di luar pejabat untuk bertemu pelanggan.

Namun disebabkan beberapa faktor positif lain tentang pentingnya Unifi, maka hari ini, wujudlah Unifi dalam kamus hidup aku…Kekeke, semoga dengan kehadiran Unifi, perniagaan aku akan lebih mantap-InsyaAllah.....Tiada lagi alasan lambat menghantar emel kepada pelanggan kerana broadband dah lebih limit penggunaan kekekeke…*sebenarnya dalam hati berbunga-bunga dapat bermovie marathon, gelak guling-guling layan MatLutfi dll perkara*

Yelah selama ni aku pakai broadband Celcom yang RM68 setiap bulan, kadang-kadang terleka dengan Youtube melayan Najwa Latif nyanyikan lagu Jar of Heart yang sodap tuh kekeke tau tau je internet dah lembab tahap gaban, emel kat client pulak tak terhantar..hehehe.

Bila dah ada Unifi ni boleh la juga menambahkan semangat nak update blog bersama banyak-banyak gambar tanpa perlu tunggu nak loading gambar berbelas-belas minit.

Kehadiran Unifi ni jugak semakin melengkapkan pejabat aku...yelah untuk perniagaan aku yang baru berpindah ke pejabat baru ni, pertambahan untuk penambahbaikan perlu, sikit demi sikit.....aku nak pastikan pejabat aku yang sedia ada ini mampu menghasilkan lebih banyak keuntungan dan peluang untuk aku terus maju ke hadapan..Cukup berimpian besar untuk punya empayar sendiri....

Wah bukan main aku memuji-muji Encik Unifi ni.hihihi, semoga segalanya baik-baik sahaja oke.


excited


tadddddaaaaaaa.....

Monday, December 12, 2011

WEDDING @ MENARA KUALA LUMPUR

Hai korang...pernah pergi Menara Kuala Lumpur? Pastilah ramai dah pergikan....kali terakhir aku pergi sebelum Ahad yang lepas adalah pada tahun 2009 kot...Ahad yang lepas aku berkesempatan pergi ke resepsi perkahwinan kenalan aku. Rezeki lah kiranya sebab last minit diajak oleh sepupu..kekekeke...tempat seperti Menara Kuala Lumpur, haruslah aku bernafsu untuk pergi. Wedding di Menara Kuala Lumpur. I teruja u olls. Hesh, keduniaan sungguh aku nih.

semoga bahagia hingga ke syurga

Sampai je terus nak bergambar dengan kereta yang dipamerkan kat escalator

aku suka memperut bukan mendada

Baru je amik sekeping dua gambar, pengantin pun sampai: awesome

cantik dan bergaya kan pengantin? aku memang teruja bila tengok pasangan pengantin*bilaturnakuwoi*


So, bila naik Menara Kuala Lumpur, haruslah pakai pelekat sebagai pas untuk masuk ye,

pelekat dan aku melekat sebab struggle nak ambil gambar dlm lif yang ade insan lain



Ada banyak juga persembahan masa majlis tu, ada zapin, tiup-tiup (lupalah nama dia), video presentation dll



Makanan yang disajikan memang sedap, sesuai dengan tempat Menara Kuala Lumpur ok...Tak boleh nak ambil gambar sangat sebab duduk semeja dengan orang yang tak dikenali, kena behave ye Sukur..... Walaupun aku sangat teruja, aku tak boleh lelama kat situ sebab pukul 10malam ada jumpa client kat Ukay Perdana. Oke fine konon-konon aku lah manusia paling busy*malam-malam pun kena ukur karpet, best kan? semoga cepat kaya dengan penuh keberkatan dan boleh buat majlis kat Menara KL juga....

sebelum balik, ambil gambar dengan pasangan pengantin yang sangat friendly, semoga dia ingat aku lagi hehehe

menempel adalah hobi terbaru saya

cantikkan awan, Subhanallah



pss: semalam Abah dah tebang 3 pokok mangga kat rumah sebab nak letak kanopi untuk majlis kahwin aku nanti.okeh fine abah. Jangan psiko aku plzzz

Friday, December 9, 2011

PERKONGSIAN JUMAAT#1 SEDEKAH

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar, ‘Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah.’ Kemudian dia keluar dari rumah membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan pencuri. Melihatkan hal itu, orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Dengan sini mereka berkata kepadanya, ‘Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’ Namun orang itu berkata dengan tenang, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku mampu bersedekah walaupun kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’



Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang pelacur. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pelacur.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur.


Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’ Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang yang kaya. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang yang kaya.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pencuri, pelacur dan kepada seorang yang kaya.’


Pada malam harinya, lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan, ‘Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri, mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan mencuri. Manakala sedekahmu kepada pelacur, mudah-mudahan sedekahmu itu akan menyebabkan dia menjauhkan dirinya daripada zina. Begitu juga sedekahmu kepada orang kaya, mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu, sehingga dia mahu menginfaqkan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya kepada orang lain.’” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) :

SUMBER DARI http://amalansedekah.blogspot.com/



~~~~~~~~~~~~~~~~~


Boleh aku katakan rakyat Malaysia ni masih ramai yang berhati mulia...namun, sebab banyaknya sindiket-sindiket penipuan melalui peminta sedekah, pasti ada kegusaran untuk memberi sedekah...

jadi bergantung pada individu, jika rasa nak bersedekah, sedekahlah...jika tak nak jangan lah nak meninggi suara atau menuduh/ memfitnah selagi tiada bukti itu. Cakap elok-elok sudah


terus terang, dengan fizikal aku yang sangat berlainan dengan orang normal, potensi untuk menerima sedekah memang ada...

*tengah shopping di KLCC tiba-tiba ada orang masukkan RM50 dalam poket baju, sedekah katanya

*baru selesai berwudhuk tiba-tiba ada orang hulur RM200, sedekah juga katanya dah lama berhajat

*selesai sahaja mengaminkan doa, tiba-tiba ada orang bagi RM10 itu memang selalu berlaku, doa agar murah rezeki terlalu cepat sampai rasanya

*pernah jumpa selebriti TV yang memang agak mengenali aku, diberinya dia RM50 buat aku, duit untuk makan tengah hari katanya


pernah dahulu nak menolak, tapi bila tengok muka si pemberi sedekah muram kerana tolakan, aku terima, semoga sedekah itu mampu aku panjangkan...semoga aku juga ada sikap suka menderma dan bersedekah. Biar siapa pun kita, berbuat baiklah sesama manusia. aku pun bukanlah baik sangat rasanya, tapi bila ada orang berbuat baik pada aku, aku pasti tersentuh dan ingin menjadi seperti orang yang baik tu. bila orang bersedekah pada aku aku pun rasa, aku juga patut bersedekah....

Thursday, December 8, 2011

BIAR IA MENJADI MAJALAH WAJIB DI RUMAH KORANG SEKARANG...


yeah!!! untuk permulaan sila dapatkan Majalah Mingguan Wanita
edisi 1464. cover majalah adalah penyanyi ezylnn..

saya baru beli nye tadi...kisah perjalanan hidup saya sebagai seorang usahawan...
beli tau..wajib ok! jadikan bahan bacaan utama korang bulan ni..:)

nanti nak review penulisan dia..
tp skrg korang wajib beli..

tadi saya dah beli 3 buah...hehe..


da...

Tuesday, December 6, 2011

SIBUK DAN BUAT-BUAT SIBUK

Hai korang! Assalamualaikum...10 Muharam kan hari ni? Pasti ramai yang berpuasa sunat...jadi nanti masa berbuka, saya ucapkan selamat berbuka dan semoga amalan kita diterima...


Sekarang aku kat Rawang, buat apa? mestilah pasang karpet, tapi perlu diingatkan bukan aku tukang pasang...aku tukang bagi arahan untuk kerja pemasangan karpet.hihi. Inilah sumber rezeki aku dari Allah....projek kecil-kecil je, tapi penuh harapan di hati suatu hari nanti mampu dapat projek yang lebih besar....

Beberapa hari yang berlalu memang agak sibuk atau buat-buat sibuk hehe.

Jumaat lepas ada jemputan untuk ceramah motivasi di Avillion Port Dickson untuk pegawai-pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Alhamduillah, mendapat maklum balas positif dari pihak penganjur...Seronok rasanya bila dapat berkongsi sedikit kekuatan diri dengan orang ramai, banyak lagi juga yang perlu aku tingkatkan agar lebih banyak yang aku boleh sampaikan....



terima kasih atas sokongan dan pandangan semua

Sabtu pula konon-konon #retis melepak di Sri Pentas Bandar Utama dari pagi sampai malam...Sebenarnya aku hanyalah pergi sebagai buruh kasar...pasang karpet kat sana...propa betulkan...sedih juga sebab pergi hari Sabtu time ade Jom Heboh, sunyi jer Sri Pentas.. tak dapat la jumpa ramai seleberiti..tapi dapat juga jumpa Amyrah Arteh, penyampai sambilan di Hotfm.kekeke. Comel Amyrah ni, sama la macam aku...oke fine...terserempak Syarifah Nur, pengacara Nasi Lemak Kopi O...merangkap junior masa kat UKM dulu. Masa makan-makan kat cafe situ, terjumpa dengan salah seorang krew tv3 yang turut datang ke rumah aku di Melaka untuk rakaman INSAN TERPILIH tahun 2010 dulu...da setahun pun kan? Masih ingat lagi dia pada aku...aku pun ingat kat dia juga...


abaikan ape2 yang tak sedap mata memandang.hehe


pergi Sri Pentas jadi buruh la, bukan #retis hukhuk


Amyrah Arteh yg cute mcm aku..keke. kat belakang tu telekung yang sangat banyak menimbun


Ahad pulak buat makan-makan kat ofis...sebenarnya tak rancang pun, tapi sebab ada orang belikan 50 biji (ke keping , potong ke?) brownies, tu yang tiba-tiba terfikir buat makan-makan sebab tak tahu macam mana nak habiskan brownies tu, jadi ada baiknya saya kongsi dengan orang ramai...tapi ramai pun tak dapat datang sebab secara tiba-tibakan..huhu...Menu hanyalah bihun goreng, rojak buah dan air sunquick. hikhik...makanan utama adalah brownies..heehehe. Awalnya nak ajak makan brownies je, tapi alang-alang dah orang datang buat la makan-makan, lagi banyak makanan lagi lama leh lepak dan bual-bual.

i care about u all juge



Senang kata, segala kata-kata di atas adalah antara alasan aku kenapa aku skip update blog 2 hari, sedangkan azam awal Muharam nak update blog setiap hari..kekeke..aku tabik spring la kat blogger-blogger yang setiap hari update blog...

ni gambar Wani amik masa aku tidur dekat site tadi, nasib kerja sendiri kalo tidak kena minta maaf dengan bos sebab mengular time kerja...penat sangat muka aku kan? poyo je