Thursday, December 15, 2011

PENCERAMAH MOTIVASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog ini. Sepanjang tahun 2011, jemputan untuk mengadakan ceramah motivasi mencurah-curah. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan buat aku juga kepercayaan yang diberikan oleh semua yang sudi memberi jemputan buat aku mengembangkan lagi satu cabang diri untuk sama-sama dimanfaatkan.


Memang terlalu baru bagi aku untuk menapak dalam bidang ini. Secara seriusnya aku mula terlibat dalam bidang ini apabila dijemput untuk menjadi ahli forum untuk pelajar baru di Kolej Matrikulasi Selangor pada tahun 2010 atas jemputan Cikgu Shuhada, cikgu Kimia aku di Kolej Matrikulasi Melaka dulu. Alhamdulillah bermula di situ aku mula menapak, banyak pandangan positif dan kritikan membina yang aku perolehi untuk setiap ceramah yang pernah aku berikan. Namun, banyak juga lagi penambahbaikan yang aku mesti lakukan.

cute itu selalu orang cakap

Antara ceramah yang pernah diberikan:


Agensi swasta: INSPIRE ASIA 2011

Universiti: uitm, Hanis Zalikha (say:haiHanisZalikha*dalamhatijemasetu*)

sekolah-sekolah dll

pelajar sekolah rendah di Kelantan (UPSR)



Ada juga beberapa pelawaan yang terpaksa ditolak kerana bertindih waktu dengan beberapa perkara seperti hal urusan perniagaan. InsyaAllah pada tahun 2012, aku ingin lebih mengembangkan sayap dalam bidang ini. Mahu lebih teratur. Berkongsi rasa dan semangat diri dengan semua insan yang mungkin memerlukan sedikit motivasi diri untuk terus melangkah dalam kehidupan memberi kepuasan yang cukup berbeza. Biar sedikit sumbanganku tapi andai ada yang mampu sedikit tersenyum, gembira dan bersemangat dengan kata-kata dari ku cukup besar ertinya kan?

Menjadi penceramah motivasi ini bagi aku satu tanggungjawab yang besar. Aku selalu ingatkan diri kata-kata yang aku luahkan juga adalah nasihat untuk diri aku. Untuk sentiasa bermotivasi itu tipu bagi aku...kita semua manusia yang punya perasaan ok.sedih, duka, sakit hati, tawa dan riang. jadi kita perlukan seseorang atau sesuatu yang boleh membantu untuk untuk ingatkan dan bantu kita kembali bermotivasi....

Jadi untuk sesiapa yang ingin menjemput saya memberikan ceramah motivasi untuk tahun 2012 boleh lah menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya biasa-biasa sahaja, sekadar ada sebuah pengalaman tentang kecekalan, ketabahan dan keazaman untuk hidup dari mula aku lahir hingga masih nafas diberi Allah. Bukan siapa-siapa, masih bertatih juga dalam bidang perniagaan juga yang yakin pada nya adalah 9 dari 10 punca rezeki

hensom pun ada orng cakap

8 comments:

mashi said...

wahhh masyuk ni... awak keje sebagai ape ek sebenarnye

Yuyu Zulaikha said...

cececehhhhh ^^

Uwa said...

hahahaa. amenda la ko temberang bebudak tu shukuq oi huhuh

feeda said...

caya lah mq sukur!

Puan Surina Rashid said...

wahhhh.. very motivated... best ni klu nak panggil ehhh

Mohd Sukur Ibrahim said...

ramai ke tak tahu saya buat apa?klik la dekat side bar syarikat saya. saya mengalu-alukan sesiapa untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari saya...terbaik dari saya

Unknown said...

tahniah dah berbisnes ..dah makin glam dah ek kamu sekarang ni. semuga terus sukses

Unknown said...

Salam,,boleh saya dapat butiran lanjut bagaimana saya nak menghubungi Encik??Email@no fon..TQ:)