Tuesday, December 20, 2011

SATAY WILLY- REVOLUSI SATAY

Aku kadang-kadang tak tahu nak letak tajuk apa untuk kebanyakan entry, bila ada tajuk rasa macam over tapi apa nak buat, itu sahaja yang terlintas dalam fikiran...

Satay adalah antara makanan kegemaran aku dan pasti ramai kat luar sana pun sama kan? sedappp wooo satay...boleh dikatakan dalam sebulan sekurang-kurangnya 3kali makan satay kadang kadang pernah buat marathon 5 hari tanpa skip yer. Apakah ada unsur-unsur ketagihan? Itu semua nafsu serakah je ok!

Jom aku review 3 jenama satay yang mendapat tempat di hati dan perut juga nafsu aku:


Satay Kajang Haji Samuri



Satay ni memang satay sepanjang zaman lah bagi aku, kesedapannya memang tersendiri... Aku selalu makan satay ni dekat Restoran Yus yang dekat dengan Sungai Ramal Junction, dulu suka jugak pergi yang kat Kajang tu tapi ramai sangat orang dan kena self-service jadi carilah alternatif untuk memudahkan diri. Haha. Satay ni paling glamour dan berleluasa dalam perut aku masa rumah terbuka aidilfitri. Memang jenama yang terkenal. Sedap tu memang semua akui kan?


Satay Urat Ketin 





Ha, satay ini pun ada fenomena tersendiri..perghh sapa yang duduk atau familiar dengan Seksyen 7 BBBangi mesti tahu bagaimana Satay Urat Ketin ni menapau lot-lot kedai kat sana....Memang sentiasa ramai orang..banyak kali datang, satay habis....bila kedai dah bertambah di depan dan belakang baru lah masalah kehabisan satay selesai. Tapi aku jarang pergi sebab ke dalam sangat lah Seksyen 7 ni.ececece.... jarang-jarang pun lebih la jugak dari jumlah jari jemari tangan ku...Tapi aku pun macam dah lupa-lupa rasa dia macam mana...tapi sedap lah, hehehe..Sedap sungguh lah senang kata....tengok pun da tau kan?kan?


Satay Willy





Satay Willy memang mendapat tempat dalam Carta Hati untuk satay sekarang, tempat yang strategik dan senang untuk aku pergi....Satay ni ada di Sungai Ramal Junction.....Rasa yang sangat membuai...Hahaha over! Tapi aku suggest kan kalo nak pergi haruslah bersabar sebab memang ramai orang dan macam agak lama untuk menunggu tapi berbaloi la untuk aku yang suka satay dan ada kawan berborak yang pandai open topik keh ke keh...


*aku suka sangat satay ayam
*lagi suka makan dengan lontong (yang balut guna daun pisang tu) dari ketupat/nasi impit..emm wangi hehe

4 comments:

Anonymous said...

terliur aih......ekeke.....nak kena cari nieh...

Suwaibah YS said...

haah..satay willy terbaik

slalu gak makan dgn family kat situ..
and sumtimes drive dri sentul ke kajang semata2 nak tapau satay ni..
besh!!!

Syazana said...

satay Pak Berahim TERBAEKK!

LadyBird said...

gmbr ni menguja sy tuk beli satay esok.. :D