Friday, December 9, 2011

PERKONGSIAN JUMAAT#1 SEDEKAH

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar, ‘Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah.’ Kemudian dia keluar dari rumah membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan pencuri. Melihatkan hal itu, orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Dengan sini mereka berkata kepadanya, ‘Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’ Namun orang itu berkata dengan tenang, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku mampu bersedekah walaupun kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’



Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang pelacur. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pelacur.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur.


Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’ Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang yang kaya. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang yang kaya.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pencuri, pelacur dan kepada seorang yang kaya.’


Pada malam harinya, lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan, ‘Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri, mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan mencuri. Manakala sedekahmu kepada pelacur, mudah-mudahan sedekahmu itu akan menyebabkan dia menjauhkan dirinya daripada zina. Begitu juga sedekahmu kepada orang kaya, mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu, sehingga dia mahu menginfaqkan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya kepada orang lain.’” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) :

SUMBER DARI http://amalansedekah.blogspot.com/



~~~~~~~~~~~~~~~~~


Boleh aku katakan rakyat Malaysia ni masih ramai yang berhati mulia...namun, sebab banyaknya sindiket-sindiket penipuan melalui peminta sedekah, pasti ada kegusaran untuk memberi sedekah...

jadi bergantung pada individu, jika rasa nak bersedekah, sedekahlah...jika tak nak jangan lah nak meninggi suara atau menuduh/ memfitnah selagi tiada bukti itu. Cakap elok-elok sudah


terus terang, dengan fizikal aku yang sangat berlainan dengan orang normal, potensi untuk menerima sedekah memang ada...

*tengah shopping di KLCC tiba-tiba ada orang masukkan RM50 dalam poket baju, sedekah katanya

*baru selesai berwudhuk tiba-tiba ada orang hulur RM200, sedekah juga katanya dah lama berhajat

*selesai sahaja mengaminkan doa, tiba-tiba ada orang bagi RM10 itu memang selalu berlaku, doa agar murah rezeki terlalu cepat sampai rasanya

*pernah jumpa selebriti TV yang memang agak mengenali aku, diberinya dia RM50 buat aku, duit untuk makan tengah hari katanya


pernah dahulu nak menolak, tapi bila tengok muka si pemberi sedekah muram kerana tolakan, aku terima, semoga sedekah itu mampu aku panjangkan...semoga aku juga ada sikap suka menderma dan bersedekah. Biar siapa pun kita, berbuat baiklah sesama manusia. aku pun bukanlah baik sangat rasanya, tapi bila ada orang berbuat baik pada aku, aku pasti tersentuh dan ingin menjadi seperti orang yang baik tu. bila orang bersedekah pada aku aku pun rasa, aku juga patut bersedekah....

1 comments:

KuNanGKuNanG said...

btl kata awak2, ramai yang sy dengar xnak bersedekah sbb takut peminta sedekah tu dari sindiket. tp bagi sy xperlula kita fkir sampai camtu. kalau setiap kali nak bersedekah kita fikir camtu, sampai bila2 pun kita xmampu tuk bersedekah. biarlah amalan sedekah kita tu dinilai oleh Allah.sekurang2nya kita dah berbuat 1 kebaikan..:)