Tuesday, December 6, 2011

SIBUK DAN BUAT-BUAT SIBUK

Hai korang! Assalamualaikum...10 Muharam kan hari ni? Pasti ramai yang berpuasa sunat...jadi nanti masa berbuka, saya ucapkan selamat berbuka dan semoga amalan kita diterima...


Sekarang aku kat Rawang, buat apa? mestilah pasang karpet, tapi perlu diingatkan bukan aku tukang pasang...aku tukang bagi arahan untuk kerja pemasangan karpet.hihi. Inilah sumber rezeki aku dari Allah....projek kecil-kecil je, tapi penuh harapan di hati suatu hari nanti mampu dapat projek yang lebih besar....

Beberapa hari yang berlalu memang agak sibuk atau buat-buat sibuk hehe.

Jumaat lepas ada jemputan untuk ceramah motivasi di Avillion Port Dickson untuk pegawai-pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Alhamduillah, mendapat maklum balas positif dari pihak penganjur...Seronok rasanya bila dapat berkongsi sedikit kekuatan diri dengan orang ramai, banyak lagi juga yang perlu aku tingkatkan agar lebih banyak yang aku boleh sampaikan....



terima kasih atas sokongan dan pandangan semua

Sabtu pula konon-konon #retis melepak di Sri Pentas Bandar Utama dari pagi sampai malam...Sebenarnya aku hanyalah pergi sebagai buruh kasar...pasang karpet kat sana...propa betulkan...sedih juga sebab pergi hari Sabtu time ade Jom Heboh, sunyi jer Sri Pentas.. tak dapat la jumpa ramai seleberiti..tapi dapat juga jumpa Amyrah Arteh, penyampai sambilan di Hotfm.kekeke. Comel Amyrah ni, sama la macam aku...oke fine...terserempak Syarifah Nur, pengacara Nasi Lemak Kopi O...merangkap junior masa kat UKM dulu. Masa makan-makan kat cafe situ, terjumpa dengan salah seorang krew tv3 yang turut datang ke rumah aku di Melaka untuk rakaman INSAN TERPILIH tahun 2010 dulu...da setahun pun kan? Masih ingat lagi dia pada aku...aku pun ingat kat dia juga...


abaikan ape2 yang tak sedap mata memandang.hehe


pergi Sri Pentas jadi buruh la, bukan #retis hukhuk


Amyrah Arteh yg cute mcm aku..keke. kat belakang tu telekung yang sangat banyak menimbun


Ahad pulak buat makan-makan kat ofis...sebenarnya tak rancang pun, tapi sebab ada orang belikan 50 biji (ke keping , potong ke?) brownies, tu yang tiba-tiba terfikir buat makan-makan sebab tak tahu macam mana nak habiskan brownies tu, jadi ada baiknya saya kongsi dengan orang ramai...tapi ramai pun tak dapat datang sebab secara tiba-tibakan..huhu...Menu hanyalah bihun goreng, rojak buah dan air sunquick. hikhik...makanan utama adalah brownies..heehehe. Awalnya nak ajak makan brownies je, tapi alang-alang dah orang datang buat la makan-makan, lagi banyak makanan lagi lama leh lepak dan bual-bual.

i care about u all juge



Senang kata, segala kata-kata di atas adalah antara alasan aku kenapa aku skip update blog 2 hari, sedangkan azam awal Muharam nak update blog setiap hari..kekeke..aku tabik spring la kat blogger-blogger yang setiap hari update blog...

ni gambar Wani amik masa aku tidur dekat site tadi, nasib kerja sendiri kalo tidak kena minta maaf dengan bos sebab mengular time kerja...penat sangat muka aku kan? poyo je


2 comments:

Unknown said...

perh kerja kuat nmpak!!kesian sampai penat..

aizamia3 said...

moga semakin kuat dan tabah dalam menjalani rutin harian.. ;)