Monday, December 19, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH

-eh aku sekolah ke nak ada program cuti sekolah?ke aku cikgu selama ni?hehehe
Hari Khamis yang lalu, abang sulung aku sekeluarga datang dari Melaka untuk bawa anak-anak dia jalan-jalan sempena cuti sekolah..memandangkan sekarang aku pun dah menyewa sendiri jadi mereka lepaklah rumah aku...Jadi, aku pun terlibat juga dengan cuti-cuti Malaysia abang aku nih secara tidak langsung.
Khamis tu abang aku sampai dalam petang, malam tu bersempena dengan kupon Pizza Hut yang RM40 tu aku pun belanja lah makan malam tu...bertambah best bila adik aku yang kat Shah Alam pun datang sekali..rasa macam ada kat Melaka pulak lagi best jika mak dan abah pun ada jugak!*jarang aku terlepas mana-mana kupon makanan kecuali kepsi!*aku kan gigih.

amik gambar untuk jeleskan makngah yang berlagak tak nak dtg.hehe

Esoknya (hari Jumaat) abang aku ke Genting Highland aku pulak ada kerja hari tu tak dapat la join. Ada pasang karpet di Puncak Alam. Dah hujung-hujung tahun ni kena berusaha keras dapat kan sale, target sale tahun ni masih jauh....tapi percaya!hehe.. Abang kata kat Genting asyik hujan...Jumlah umat manusia kat sana tak payah kata la...cuti sekolah kan...sebab tu aku prefer jalan2 masa bukan cuti sekolah siap weekday. Tapi tetap jeles tak dapat ikut...huhu



berani jugak budak2 ni...macam pak cik mereka lah kan

Hari Sabtu tu pulak aku dapat join abang aku cuti-cuti Malaysia kat Taman Desa Water Park...Serius ramai sungguh umat manusia di sana tapi kami enjoy!!! Best nyer sebab da lama tak main air kat Taman tema kan...Aku siap lemas tapi berjaya diselamatkan. Hahaha excited sangat nak berenang, lupa pulak aku adalah tak reti berenang! Aksi-aksi lucah yang tak menahan tak payah cakap lah...mujur tak de yang menegur>>>eh awak Sukur Ibrahim kan?



comelkan kami...




kat sini pun nak lemas, gedik bila difikirkan semula...*hesh*



apalah aku cuba sampaikan nih!


over tu memang genetik rasanya....

Tak puas bercuti-cuti Malaysia dengan Desa Water Park, kami terus ke Muzium Negara (aku memang suka pergi tempat-tempat seperti ini) untuk mengunjungi Pameran Kapal Karam. Mungkin aku ni meletakkan harapan tinggi untuk tengok pameran ni..Jadi aku sedikit kecewa dengan pameran tersebut...Tapi bila dah pergi haruslah enjoy!!!



Pameran Kapal Karam

Memang bertuah kami datang Sabtu tu sebab ada Karnival Upin dan Ipin jadi terubat sedikit kekecewaan dengan pameran yang so-so tu..Anak-anak buah aku memang excited la kan dapat jumpa Upin dan Ipin
Kawan-kawan yang rapat dengan aku mesti tahu aku memang gigih bab-bab nak bergambar dengan sesiapa sahaja yang aku nak.


Upin Ipin dan Ihsan


Ihsan: Selamat Pagi Cikguuu...stylooo 


Malam tu pulak, abang aku teringin nak makan western, jadi bawaklah di ke Chop n Steak di Serdang....Berbaloi-baloi...
Selesai lah cuti-cuti Malaysia abang aku sekeluarga, harap diorang berpuas hati dengan layanan yang diberikan...walaupun aku agak homesick sebab tak dapat balik Melaka, kehadiran abangku sedikit mengubat kerinduaan...next weekend aku akan bercuti di pulau....tak dapat balik Melaka lagi...rindu makkkk.....nak baring atas perut mak hihihi..empuk...

Malaysia ni memang banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati...

5 comments:

Lydia Miza said...

wahh geng comel bercuti2 malaysia ye?bestnyer tgk sukur main2 air..hehe.jeles!

cida said...

akak pun rasa nk menyibuk sama gi bercuti sempena cuti sekolah..wpun xde kena mengena ngan apa2 pasal sekolah..tp saje nk gedik boleh?
hehehehhe..

salam kenal dr kak cida

feeda said...

mcm best part gelongsor2 tuh..hahaha!comel giler!

Suraya Aris said...

seronoknya dapat berjalan-jalan =)

MAY said...

wah..nak jugak cuti2 malaysia..tak sempat lagi..huk3..;(