Monday, October 31, 2011

INSPIRE ASIA 2011


Mari bersemangat untuk berkongsi tentang Inspire Asia 2011. Sebenarnya, aku sangat terharu dan tersentuh hati apabila aku dijemput untuk menjadi antara salah seorang speaker untuk pogram tersebut. Dalam rasa terharu tu aku memang sebenarnya cukup bersemangat untuk berkongsi pengalaman dan kekuatan diri dengan semua yang bakal mendengar.

berjalan penuh gaya..:)
Pukul 7 pagi aku da keluar dengan harapan nak jadi antara peserta juga dalam program Inspire Asia 2011. Speaker yang hebat-hebat, jadi aku mestilah amik peluang ni untuk belajar dari mereka, antara speaker yang terlibat Datuk Dr Palan , Dato’ Mahathir Lokman dan Datin Paduka Marina Mahathir..

MC of the day...


saya encik Penceramah...;p
Namun apa kan daya, selepas sesi pertama oleh Dato Dr Palan, aku terpaksa keluar, telefon berdering-dering. Mana tau ada projek juta-juta nak dapat (layan kan aje). Perniagaan aku sekarang memang keutamaan. Punca rezeki dari Allah buat aku, menjadi penceramah motivasi adalah minat aku yang mendalam. Tamak kan?

aku di apit 2 speaker hebat


makan time
Selepas makan tengah hari, aku tekad memberi tumpuan penuh pada setiap sesi yang tinggal. Mendengar kata-kata dari Dato’ Mahathir Lokman yang sememangnya dikenali seluruh Malaysia mahupun dunia dengan kehebatan beliau sebagai pengacara majlis serta menguasai 7 bahasa.


dato' dale dan bakal dato' sukur...:)
Beliau berkongsi kisah hidup beliau yang pernah melalui detik2 sukar antara tanggungjawab buat negara dan keluarga. Betapa sifat profesional serta tanggungjawab dalam kerjaya itu perlu dititikberatkan. Beliau memang family guy, sama macam aku haha. Masa kerja, kerja bersungguh –sungguh dan berdedikasi, bila masa untuk famili, pastikan sangat berkualiti masa itu.Tiba-tiba rindu mak.

sesi ceramah ku...best!
Lepas giliran Dato’Mahathir Lokman, tiba lah giliran aku, bercakap dihadapan lebih 100 hadirin.Apa yang aku kongsikan adalah kesimpulan ringkas hidupnya aku di bumi Allah ini. Memberi ingatan buat hadirin juga diri sendiri kehidupan ini satu bonus yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin walau apa pun situasi kini dan mendatang. Every single thing that we have is a great bonus!

menerima cenderahati
Sesi terakhir disudahkan oleh Datin Paduka Marina Tun Mahathir yang sememangnya terkenal dengan penglibatan sebagai aktivis HIV/AIDS. Memperjuangkan hak-hak penghidap HIV/AIDS yang sewajarnya dilayan seadilnya sebagai manusia. Lantang meluahkan setiap yang dirasakan perlu. Memang bersuara lantang itu perlu.

datin paduka Marina Mahathir
Secara keseluruhan, Inspire Asia 2011 sangat memberikan inspirasi buat aku sendiri untuk terus maju dalam bidang yang diceburi. Menjadi insan yang mampu memberi impak untuk negara Malaysia tercinta.
terima kasih kepada kak Yanie...
insan yang bertanggungjawab dalam menjemput aku menjadi Penceramah..
untuk pengetahuan semua, kak Yanie ni jumpa aku di blog...
terima kasih blog ku...:)

3 comments:

azie namico said...

taniah!!!dan semoga berjaya di masa akan datang...

Mohd Sukur Ibrahim said...

terima kasih

Kak Yanie said...

Terima kasih banyak2 Sukur. Terima Kasih sebab sudi hadir. Terima Kasih sebab sudi berkongsi dgn kami semua. We are inspired by your story. 45min tue sgtlah amatlah tak cukup.. xpuas sgt tak dpt duduk 100% dalam session awak sbb sibuk kat luar.

Awak dah buat yg terbaik. InsyaAllah bnyk pahala dah awak dapat kalau yg mana dtg tue dapat berubah menjadi terbaik.

Awak hebat! Teruskan menjadi lebih hebat.Jangan Lupa akak yer..