Thursday, May 24, 2012

MANUSIA BERNILAI

Assalamualaikum....

Kehidupan ini sejak lahir lagi satu cabaran buat aku... Bersyukur sungguh dah hampir 17 tahun 28 tahun hidup di muka bumi Allah ini. Cukup makan, cukup pakai, ada tempat berteduh, ada mata, mulut, hidung dan segala kesempurnaan lain yang sangat aku bersyukur... Walaupun kekurangan fizikal yang sangat ketara buat aku berbanding manusia yang lain, masih ada lagi pelbagai nikmat yang aku sangat syukuri...sangat hargai....

Kehidupan aku memang sebuah perjalanan yang sangat mencabar untuk aku tempuhi..walaupun kekurangan masih ada yang dengki khianat, walaupun langkah tak panjang masih ada yang meletak pelbagai halangan untuk aku tempuhi... Namun tak pernah mampu untuk patahkan  semangat diri untuk berjaya...

bersyukurlah buat anda yang sempurna tangan: aku guna gigi nak koyak kan plastik dari kerusi.. 


Ingat OKU macam aku ramai yang nak simpati? Sori! Dunia ini terlalu rakus mengejar bahagian masing-masing.. Simpati sekadar sekali dua sahaja selepas itu orang pun dah penat nak beri simpati mereka...


Dugaan itu hanya sebuah picisan jika dibandingkan dengan pelbagai lagi nikmat yang lain...masih ada yang sayang, masih ada yang mesra, masih ada yang memahami... Masih ramai yang membantu. Terima kasih sangat aku ucapkan....Seronok apabila mengimbas segala kebaikan yang pernah dilakukan orang setiap orang kepada aku.... sangat seronok...

Setiap hari aku pandang cermin melihat diri aku dan aku luahkan aku mesti hidup dengan sempurna! Jadi manusia bernilai! Biar orang tak tahu asal diri aku tahu aku punya nilai... Jujur, hati bersih dan murni..

setiap hari semangat kobar-kobar nak dapat job besar-besar


Kehidupan aku bukan lah sentiasa gembira,banyak kesedihan... Apa yang aku ingin kongsikan dengan kalian hanyalah kegembiraan.... Mari kita sebarkan kegembiraan.... jadi manusia bernilai....

Hidup ini terlalu indah... Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih Maha Penyayang..apa yang diberikan kepada kita adalah apa yang termampu kita menanggungnya... apabila terasa payahnya kehidupan ini, carilah kekuatan nun disudut hati yang selalu kita abaikan.... Keluarkan kekuatan itu! Hadapi lah hidup yang penuh dengan nikmat dan kasih sayang Allah...

Tak lama sahaja lagi, insyaAllah aku akan menjejak ke usia 28 tahun..aku harap dengan pertambahan umur menjadi pertambahan nilai dalam diri aku.... Bukan sekadar ingin berjaya seorang tapi bersama setiap keliling aku.... Anda kaya dan berjaya!

Doakan aku menjadi manusia yang lebih baik... lebih berjaya..lebih berat badan eh..hehehe..lebih hensem


aku kadang-kadang pelik dengan aksi melampau aku depan khalayak ramai... ini menagih simpati ke menagih maki? hehehehe..*kiutnye saye*

*motif entry nak bagitau 6hb Jun nanti birthday sayer haha* tak derlah..cuma rasa nak meluahkan sesuatu.. nak luahkan yang saya kuat untuk berjaya! 


2 comments:

feeda said...

bl sy down, sy mst bc blog mq sukor..huhuhu!ok skrg sy mmg down sngt2!!!!huwaaaaaa...bl bc entry rasa nk marah diri sendiri! :(

LadyBird said...

salam awk.. awak mampu.. insya-Allah.. simpati bukan perkara utama.. saling memahami amatlah penting.. dan tidak pentingkan diri sendiri..

kalau org memahami kesukaran oku dan tidak berkepentingan diri.. mereka tidak akan sesekali mencantas usaha oku.

tetapi hakikat kehidupan di alam ini, ramai antara mrk yg oku hati.. oku mental..

namun begitu.. biarlah berapa ramaikan pun mereka.. kekuatan rohani, mental oku menyempurnakan kehidupan oku itu sendiri melebihi 'kesempurnaan' org normal yang hakikatnya hanyalah normal pd pandangan kasarnya shj..

syabas awk.. teruskan ush.. amt2 jarang org yg mcm awk yg pernah sy kenali.. seumur hidup sy yng hanya tinggal beberapa ketika je lagi ni.. hanya awk seorg shj yg sy kenal.. tu pun melalui alam maya..