Showing posts with label rajin. Show all posts
Showing posts with label rajin. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

MANUSIA BERNILAI

Assalamualaikum....

Kehidupan ini sejak lahir lagi satu cabaran buat aku... Bersyukur sungguh dah hampir 17 tahun 28 tahun hidup di muka bumi Allah ini. Cukup makan, cukup pakai, ada tempat berteduh, ada mata, mulut, hidung dan segala kesempurnaan lain yang sangat aku bersyukur... Walaupun kekurangan fizikal yang sangat ketara buat aku berbanding manusia yang lain, masih ada lagi pelbagai nikmat yang aku sangat syukuri...sangat hargai....

Kehidupan aku memang sebuah perjalanan yang sangat mencabar untuk aku tempuhi..walaupun kekurangan masih ada yang dengki khianat, walaupun langkah tak panjang masih ada yang meletak pelbagai halangan untuk aku tempuhi... Namun tak pernah mampu untuk patahkan  semangat diri untuk berjaya...

bersyukurlah buat anda yang sempurna tangan: aku guna gigi nak koyak kan plastik dari kerusi.. 


Ingat OKU macam aku ramai yang nak simpati? Sori! Dunia ini terlalu rakus mengejar bahagian masing-masing.. Simpati sekadar sekali dua sahaja selepas itu orang pun dah penat nak beri simpati mereka...


Dugaan itu hanya sebuah picisan jika dibandingkan dengan pelbagai lagi nikmat yang lain...masih ada yang sayang, masih ada yang mesra, masih ada yang memahami... Masih ramai yang membantu. Terima kasih sangat aku ucapkan....Seronok apabila mengimbas segala kebaikan yang pernah dilakukan orang setiap orang kepada aku.... sangat seronok...

Setiap hari aku pandang cermin melihat diri aku dan aku luahkan aku mesti hidup dengan sempurna! Jadi manusia bernilai! Biar orang tak tahu asal diri aku tahu aku punya nilai... Jujur, hati bersih dan murni..

setiap hari semangat kobar-kobar nak dapat job besar-besar


Kehidupan aku bukan lah sentiasa gembira,banyak kesedihan... Apa yang aku ingin kongsikan dengan kalian hanyalah kegembiraan.... Mari kita sebarkan kegembiraan.... jadi manusia bernilai....

Hidup ini terlalu indah... Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih Maha Penyayang..apa yang diberikan kepada kita adalah apa yang termampu kita menanggungnya... apabila terasa payahnya kehidupan ini, carilah kekuatan nun disudut hati yang selalu kita abaikan.... Keluarkan kekuatan itu! Hadapi lah hidup yang penuh dengan nikmat dan kasih sayang Allah...

Tak lama sahaja lagi, insyaAllah aku akan menjejak ke usia 28 tahun..aku harap dengan pertambahan umur menjadi pertambahan nilai dalam diri aku.... Bukan sekadar ingin berjaya seorang tapi bersama setiap keliling aku.... Anda kaya dan berjaya!

Doakan aku menjadi manusia yang lebih baik... lebih berjaya..lebih berat badan eh..hehehe..lebih hensem


aku kadang-kadang pelik dengan aksi melampau aku depan khalayak ramai... ini menagih simpati ke menagih maki? hehehehe..*kiutnye saye*

*motif entry nak bagitau 6hb Jun nanti birthday sayer haha* tak derlah..cuma rasa nak meluahkan sesuatu.. nak luahkan yang saya kuat untuk berjaya! 


Saturday, April 28, 2012

KEMPEN BERSIH 3.0

Assalamualaikum semua....


Untuk pengetahuan semua, aku pun ada melibatkan diri secara aktif dalam Kempen Bersih 3.0 ni..
tapi bukan berhimpun DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka atau di mana2..

tapi aku melakukan pembersihan di tempat-tempat yang sepatutnya di bersihkan..

harap semua enjoy dengan gambar-gambar Bersih 3.0 aku ni yer..:)







membersihkan surau Kolej Tun Perak UPM selepas pemasangan karpet




membersihkan surau di Klang..masa ni pukul 5 pagi sebelum solat Subuh


membersihkan surau menggunakan Vakum tanpa kepala (kepala tetinggal)huhu..



membersihkan lantai selepas pemasangan Vinyl..


# walaupun korang nampak aku ni kekurangan dari segi fizikal, tapi bukan alasan untuk aku duduk bersenang lenang..aku mampu melakukan apa jua..ada inisiatif, paling penting ada hati nak membantu dalam proses pembersihan..kan2??:p

ala..syarikat sendiri.. DSS ..takkan bos tak boleh membantu?tul tak?

kenapa Bersih 3.0?? suka ti la nak letak 3.0 ke, 3.142 ke...3.15 ke..Kempen aku sendiri..hehehe

ok bai! esok nak hantar Karpet kat area KL..harap2 jalan tak jem..kasihani lah kawan mu ini yang nak mencari sesuap nasi yer..

pss:kawan-kawan tolong vote/ UNDI saya di sini dan share / kongsikan di Facebook dan Twitter anda... jasamu dikenang....KLIK SINI