Assalamualaikum....
Korang semua selalu dengar radio apa ea kalo dalam kereta? Aku boleh dikatakan pendengar setia Hotfm lah kot.. Memang la kadang-kadang berbulu dengar lagu yang sama 4 kali dalam masa terdekat hahaha...tapi deejay dia best gilo! Lagu yang diulang tu pun walaupun 4 kali diulang memang lagu yang best dan terhangat la masa kini...
Selain dengar hotfm nak menghiburkan hati terutamanya masa hotfm am krew....arggghh AG dengan Fifi memang over.....aku pun banyak dapat tips dan info berguna.... antara segmen yang sangat aku respek dan terus melekat nak dengar Hotfm ni adalah bila ade pesanan-pesanan berguna yang ditegur dan dinasihatkan dengan sangat sempoi... Aku harap ramai lah dengar dan ambil langkah sepatutnya dengan nasihat yang diberikan....
Antara tips atau khidmat pesanan masyarakat yang aku ingat antaranya :
1) Jangan over bila ada orang nak belanja makan
Dalam situasi masa khidmat pesanan ni, ada orang nak belanja mamat tu makan, boleh mamat tu order segala bagai aku tak ingat lah tapi banyak gila... lainlah orang belanja buffet ko hadap je lah kan.. Ni kalau kat mamak pun semua kau nak order.mee goreng mamak, nasi kandar, ayam tandori, roti canai..gila apa! hahaha. Dalam mesej yang disampaikan pun memang bagitahu yang elok-elok orang tu ikhlas nak belanja makan terus rasa macam teraniaya/ sakit hati... Bila orang nak belanja makan haruslah happy-happy..makan seronok-seronok jadi jangan lah buat bukan-bukan dengan order dengan mengikut nafsu membabi buta..
gigih berdiri dan jengket kaki nak pose! bila orang belanja buffet makan puas-puas!haha
2) Berbudi bahasa dan reti bahasa apabila dalam kapal terbang
Pesanan ni suruh semua penumpang kapal terbang jangan melalak atau menjerit atau membiarkan orang dibawah seliaan korang seperti anak-anak membuat sesuka hati dan juga kalo nak bukak kasut pastikan stokin tak busuk kah kah kah......aku terasa lah pesanan ni! Yelah dalam kapal terbang mungkin ada yang tengah penat baru balik dari melancong berjalan kaki bersungguh-sungguh, penat nak rehat.. Mungkin juga ada yang pening kepala kerana mabuk kapal terbang.. jadi tolong lah memahami... kapal terbang dahlah kadang-kadang kapal terbang punya seat merimaskan...
3) Tak menepati masa
Ha...pesanan ni pasal orang berjanji pastu cakap lagi 5 minit sampai...tapi tak sampai-sampai..sampai 3 hari pun tak sampai-sampai..Ini sangat ramai yang perlu sentap... jom sama-sama berubah!
kalau bab makan tak ramai lah yang tak menepati masa cam aku hahaha
4) Tak hargai kemudahan yang diesediakan
Pesanan ni memang sempoi...ada mamat ni bawak kereta laju-laju dekat bonjol (bumper) dia tak brek main jalan je laju-laju.so minah naik kereta dengan dia tegurlah..boleh mamat tu jwab balik, takper bukan kereta dia, kalau kereta dia baru jaga elok-elok... ini memang haram J... hahaha... orang dah bagi kemudahan siap bagi guna kereta ofice ko boleh pulak melanyak kereta tersebut...cuba lah kalo korang jadi bos! ada pekerja guna kereta milik ko dengan sesuka hati! Arggh... memang baru kau tahu rasanya
Hehe..okey, cukuplah pesanan khidmat masyarakat aku nak kongsikan...jangan kita dengar hiburan je..apa yang dinasihatkan dengarlah dan ambil tindakan untuk berubah!
bukan sekadar hiburan tapi punya nilai setiapnya...
***dah like fan page saya..mari LIKE ramai-ramai
3 comments:
pesanan yg sgt baik.. yg pertama tu kalau lady.. org belanja lady akan order seminimum mungkin..
bestnya entri ni.... ingat-mengingati sesama kita....
wah, ade fan page dh? :)
x blh nk like sgt...
ofis tak blh bukak FB..huuuuu
Post a Comment