Waktu pelajar sakit, guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes, guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah, guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru, guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia, ikhlaskanlah hati
selamat hari guru, untuk semua warga pendidik
guru yang pernah mengajar aku masa aku darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak.
dapat contact balik lepas 16tahun terpisah...terharu sangat..
dapat contact balik lepas 16tahun terpisah...terharu sangat..
Guru penolong kanan HEP sekolah menengah aku..korang tengok gambar ni, relax giler aku pijak meja dia untuk ambil gambar...korang ada?hehe..beliau antara guru yang memberi semangat aku untuk terus berjaya
Cikgu Talib..guru matematik masa aku sekolah menengah merangkap warden asrama aku..pernah main kejar-kejar dengan beliau masa duduk asrama dulu, sebab fly pergi bandar tanpa mohon..haha.. kenangan dengan beliau banyak, yerla..aku kan student baik sangat kan..siap pernah kena rotan kat bontot sebab buat salah kat asrama dulu...
tudung pink ni adalah pensyarah aku di Kolej Matrikulasi Melaka dulu...beliau lah yang banyak mengubah persepsi aku berkenaan subjek kimia ni sebenarnya senang..yerla..sebelum ni tak pernah score kan..haha..
Puan Suhada ni aku still keep in touch sampai sekarang..hubungan kami rapat seperti adik dan kakak...
sedih juga haritu masa nak hantar beliau di KLIA. beliau dinaikkan pangkat dan berpindah ke Labuan..tak dapat manja-manja dah..hehe..
selamat hari guru semuA...
3 comments:
IM belum pernah main kejar kejar dengan guru. maklumlah, student yang baik!
Assalamualaikum sudara Mohd Sukur,
Salam perkenalan. Kak baca blog awak menerusi brother Insan Marhaen. Teruskan menulis,.still sedang menghadam blog you secepat mungkin.
salam ceria selalu ><
selamat hari guru.. best kan kalau dpt jumpe guru2 lama..
Post a Comment