Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

JEMPUTAN PENCERAMAH MOTIVASI (ENTRY PENUH GAMBAR)

Assalamualaikum semua...
Baru je balik dari bercuti dari Vietnam Ahad lepas... Sampai je Malaysia, esoknya (semalam) ada jemputan ceramah. Excited untuk berkongsi tentang Vietnam sebenarnya. Dah cool down sikit nanti aku cerita tentang Vietnam...Tapi kita layan dulu gambar-gambar jemputan ceramah yang saya terima. 

Kerja-kerja D Strike Solution banyak sangat yang menimbun memerlukan perhatian lebih. Sangat berusaha agar perniagaan yang aku usahakan dengan pelbagai memori ni akan terus meningkat maju! Saya perlukan sokongan anda semua.. 

Ramai yang memberikan cadangan supaya aku terus fokus dalam bidang ceramah motivasi ni,  sebab suara aku memang sedap utk ceramah orang haha.Pasti ramai tak tahu betapa D Strike Solution ni antara pemberi semangat untuk aku terus bangun dan berjaya selepas kejatuhan dalam 3 perniagaan sebelum ni...

Ceramah motivasi ni hanya picisan bakti yang ingin aku kongsi dengan semua yang sudi betapa kehidupan ini terlalu indah untuk disia-siakan. Betapa istilah putus asa dan malas perlu kita buang dalam sebuah perjuangan kehidupan.


1. Jemputan ceramah untuk pelajar SBP Zon  Tengah dan Selatan



memperkenalkan diri yang belum cukup popular mcm Aaron Aziz! takde org kenal.. sedih!haha

ber"chicken dance" supaya lebih jelas kecomelan aku (pengsan)

terima kasih pelajar2 yang bersungguh-sungguh menjadi peserta

aktiviti 

peluk peluk atas pentas adalah sangat cute!

siapa sangka terjumpa kembali Cikgu kat Vietnam... Terima kasih ingat saya dan belanja minum di sana


2. SMK Lenga (Muar)





bersemangat! mulut dan tangan!

amboi gembira ya adik-adik sekalian...

kena denda sebab nak berjaya! hahaha.. 

terima kasih sudi menjemput saya!


3. SMK Hang Kasturi (Masjid Tanah, Melaka)


terima kasih atas ekspresi kesungguhan adik-adik semua.. Semoga mendapat manfaat!


Aktiviti

terima kasih guru-guru luangkan masa mendengar perkongsian saya

pelajar tngkatan 4



Puan Maizatul, guru kaunseling yang sudi menjemput saya.




ada juga cikgu-cikgu masa saya belajar di SGB dulu.. tak sangka saya masih cute, eh!


Ada lagi beberapa jemputan ceramah yang gambar dalam kamera lain. Antaranya, Pusat Tuisyen Elitis, Kuala Pilah, Pusat Tuisyen Elitis, Seksyen 13, Shah Alam yang dimiliki oleh antara sahabat baik saya! 



Thursday, October 4, 2012

PENJAGA OKU- Komuniti Mulia

Hai korang. Lama sangat tak update blog adalah kebiasaan bagi aku. Haha. Hidup penuh pancaroba lagi onak duri memang menjadikan aku terkekang dengan masa dunia sendiri. Susah nak mengintrepitasikan (canggih ayat!) keadaan hidup aku sekarang. Abaikan sebab aku bukanlah attention seeker dari segi kehidupan aku seharian cukuplah korang semua perasan koCOMELan aku. Itulah perhatian yang aku perlukan.

Banyak nak berkongsi tapi apakan daya.....

Kali ini topik yang lebih serius!



Penjaga OKU- Komuniti Mulia Amat



Tajuk yang sangat lah aku nak tulis berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu hanya kerna kau ratu laksana disinggahsana yang lalu tapi rasa belum mampu lagi jari jemari bulat dan gebu ni nak menaipnya. Cuma beberapa waktu terdekat ni aku seperti selalu sangat berdepan dengan ramai penjaga OKU tak kisahlah ibu bapa, guru-guru PDK, guru-guru pendidikan khas dll.



Dan juga dalam Bajet 2013 yang dibentangkan PM Dato Seri Najib juga ada berkenaan Projek Perintis bagi pelaksanaan TASKA OKU yang aku pun kurang pasti bagaimana dan apa perbezaan nya dengan pusat PDK (pemulihahan dalam komuniti) yang sedia ada. 



Aku pun dahulu adalah antara bekas pelajar di PDK Batang Pinang di Melaka selama hampir 7 tahun.. walaupun sudah memasuki sekolah rendah setiap hujung minggu aku pasti berkunjung ke sana menyertai setiap aktiviti tersedia. Memang bagi aku sendiri pengorbanan penjaga-penjaga, sukarelawan, pihak pengurusan PDK banyak membantu aku dan kawan-kawan yang lain terutama dari segi pengurusan diri sendiri sangat aku hargai. Ingat lagi Cikgu Aminah yang dari umur aku 5 tahun sehingga sekarang beliau masih di PDK Batang Pinang. Kesabaran dan kasih sayang beliau memang tiada perkataan yang mampu terungkap...


Cikgu Aminah tengah tepuk tangan, aku nun nampak kepala bersungguh-sungguh berkaraoke. 2 tahun lepas.... 


Pelajar setia di PDK Batang Pinang dari aku umur 5 tahun hingga saat aku amik gambar ni dia masih di pdk. (2 tahun lepas jugak gambar ni)

Paling penting rasanya kesabaran- untuk mereka OKU yang bersikap hyperaktif, susah memahami arahan dan tidak dapat menguruskan diri sendiri kesabaran memang perlu wujud!



Pendidik yang terlibat dengan golongan OKU ini seharusnya diberi perhatian agar mereka sentiasa sabar dan bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik dan menjadi contoh kepada pendidik yang lain.

*ada macam karangan BM Tingkatan 5 tak?*


Kawan di PDK


Masa open house di rumah mak abah masa bulan Syawal yang lalu, aku jumpa dengan kawan sewaktu aku di PDK dahulu, Firdaus namanya. Dulu Firdaus tak boleh berjalan... kalau nak berjalan pun guna tongkat yang ada empat... Hasil latihan di PDK sebelum ni dan kasih sayang mak dia, Firdaus sekarang dah boleh berjalan dan menguruskan diri sendiri.. siap dah bekerja... 

Aku pun dulu sebelum dihantar ke PDK, makan memang mak yang suapkan..mak taknak suap aku taknak makan.. Kecik kecik dah gedik! Masuk PDK baru reti nak guna tangan yang comel tu.

Kenangan terindah dengan Firdaus masa kami sama-sama berlakon pentomin untuk PDK masa umur aku 6 tahun kot...aku berlakon jadi wakil JKM menasihatkan Firdaus yang merupakan seorang ayah yang suka mendera anak-anak OKU. *sila bayangkan kecomelan aku berlakon menasihatkan ayah orang- "Encik, anak-anak anugerah Allah yang datang bersama rahmat dariNya"* siap alih suara DJ radio Melaka yang buat tau... Kelas kau!

Terima kasih warga PDK dan JKM yang memberi memori indah untuk aku ingati. Tempat yang membuatkan aku tabah menerima diri dalam sebuah komuniti.




Firdaus dengan mak dia yang sudi datang ke rumah aku. Semoga dipermudahkan urusan kamu sekeluarga


-Tentang sekolah dan kawan-kawan

*nanti aku ceritakan betapa meriahnya sekolah dan kawan-kawan, bila? tak janji hahahha* Tapi terima kasih buat kawan-kawan yang menjaga aku di sekolah asrama dahulu, matrik Melaka dan UKM... Yang tolong encang (kendong) pergi masjid nun jauh nak menapak, redah sungai membawa aku yang sepikul dan lain-lain. Korang semua episod penting dalam hidup aku. Tentang cikgu yang rotan bontot aku. Sangat indah.




-Tentang Keluargaku 
Mungkin sudah nasib mak mempunyai anak OKU seperti aku... Dan bukan aku seorang tapi masih ada 2 lagi adik beradik aku yang terlantar di rumah. Sudah 28 tahun mak jaga anak-anak OKU. Entah ubat kebal mana yang mak makan sehingga begitu hebat membesarkan kami.



Abang (Abang Tuah) aku yang kedua hilang upaya masa umurnya lebih kurang 5 tahun, kata doktor masalah saraf yang menyebabkan tulang2 mengecut dan lama kelamaan dari seorang kanak-kanak yang sudah boleh mengaji, berlari bermain bersama-sama kawan yang lain  Abg Tuah kini terlantar di rumah tanpa boleh bergerak. Kaku di atas katil 

Perkara sama berlaku pada adik bongsu ku..... Cuma keadaan adik (Atul) lebih baik dari Abg Tuah. Atul boleh mengensot untuk ke mana-mana, boleh main permainan dia yang kita orang panggil MenMen-seekor lebah yang dah patah sayap. Album-album gambar dalam almari semua dikoyak dan ada kesan air liur nya.... Itulah penyeri hidup mak.

Sumpah aku sayang mak lebih dari nyawa aku! Kesabaran mak membesarkan kami. Menerima kami sebagai anak dan menjadi ibu yang sempurna kepada aku tak mungkin terbalas. 

Entah apa perasaan mak aku pun tak dapat gambarkan... dan seboleh-bolehnya taknak pun bayangkan luluh hati seorang ibu melihat 3 anaknya  bukan manusia normal... 

Sehingga kini rutin hidup mak masih sama, seawal jam 7.00pagi dah memasak nasi untuk Abg Tuah dan Atul yang makanan nya hanya nasi berlauk dan air milo. Lambat sikit dari jadual memang suara Abg Tuah akan memenuhi ruang rumah.. Tangisan Abg Tuah tiada siapa pun mampu hentikan. Tapi Abg Tuah jarang menangis.... Baik Abg Tuah ni....

Lebih kurang pukul 10pagi baru Abah mandikan Abg Tuah dan Atul. Siap-siapkan, bedak wangi-wangi dan sikat rambut. 

Pukul 1, masa untuk makan tengah hari pulak...

Pukul 6 petang suapkan untuk makan malam... dan mandikan...

Abg Tuah memang senang tidur sebab itu sahaja yang mampu dia buat dalam keadaan dia terbaring. Atul pulak suka main sampai pukul 2-3 pagi. Tengok pada mood dia waktu tu.
Mak terpaksa berjaga takut-takut Atul sampai ke dapur entah apa yang dicapainya nanti.

Tukar pampers , suap makan, mandikan, pakaikan baju, tidurkan... mudah je aku taip untuk melaksanakan memang satu tanggungjawab besar. Lebih 25 tahun kut buat perkara sama... Zaman-zaman dulu lagilah bila mana nak mencari rezeki lagi membesarkan anak-anak lain yang masih kecil....

Bila nak kemana-mana memang mak abah akan fikirkan abg Tuah dan Atul dahulu... Keterbatasan pergerakan antara perkara yang menjadi isu dalam menjaga OKU lebih lebih lagi yang terlantar di atas katil 

Ingat mak takde rasa malas, penat dan jemu ke? Tentu ada... Tapi kasih sayang seorang ibu tulah yang buat mak tak pernah berhenti menjadi mak yang terbaik buat anak-anak (Mesti mak korang pun macam ni kan? Baik sangat)


Semua ahli keluarga kecuali anak buah yang sulung *kakak yang merajuk di pagi raya sebab Cik Sukur lebih cute dari dia

Tentang Aku-

Mana entah kekuatan mak abah dapat untuk membesarkan aku. Beri aku peluang untuk bersekolah sama seperti Abg Epul, Kak Ngah dan Pijon. Hantar aku ke asrama sejak aku masuk ke Tingkatan 1. Hantar aku masuk UKM...

Walaupun belum seberjaya mana... pun tak berjaya jadi Doktor mahupun Majistret(eh apa kaitan?) .... Aku tetap katakan apa yang aku punya sekarang ada hasil pengorbanan mak abah! Nak lebih berjaya... 

Perniagaan D Strike Solution yang aku bina dengan susah payah dalam masa 3 tahun ni juga antara hasil pertolongan mak abah yang bagi sedikit sebanyak hulurkan modal (hahaha tapi tak da share ponggggg! Hokkkk alooohhh kata Jozan dalam Lawak Ke Der 2!)

Kesabaran dan kepercayaan yang mak abah bagi kepada aku seorang anak OKU untuk terus membesar dan menikmati kehidupan hingga ke hari ini pastinya tak  mampu terbalas. Semoga aku mampu jadi anak yang mengenang budi betapa mulia kedua ibubapa aku dalam membesarkan kami.

Terima kasih kat Abg Epul dan Kak Ina yang banyak berjasa pada kami bertiga, Tuah, Sukur, Atul. Terima kasih Kak Ngah, terima kasih Pijon.


Panjang entry kali ni....yang aku ambil masa 3 hari untuk siapkan. Yang aku fikir berbulan-bulan yang lalu untuk dikongsikan....

Harapan aku (amboi siap ada harapan kau!hahaha)

Semoga semua yang punya anak OKU, pendidik warga OKU  dan semua orang disekeliling warga OKU menjdi penjaga OKU yang kuat dan tabah.. mampu menikmati hidup dengan gembira walaupun terlalu sibuk dan penat menguruskan kami. Anda komuniti mulia.

Friday, June 15, 2012

FORUM : BUDAYA BELAJAR DI MATRIKULASI

Assalamualaikum semua...

Tahun ini adalah tahun ketiga aku dijemput untuk menjadi antara ahli panel Forum: Budaya Belajar Matrikulasi, sempena Minggu Orientasi Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)....Sungguh terharu lagi berbesar hati sebab masih dijemput untuk menjadi ahli panel kali ketiga berturut-turut.... Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya yang comel lagi hensem ni...kannnnnnn......

Tahun ni sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya sebab beberapa perkara... Antara yang paling dirasakan

*dah takde lagi cikgu kesayangan aku di KMS ni, beliau baru berpindah ke Matrik Labuan.... sedih je masa datang hari tu...okey aku gedik.Rindu mee rebus campak-campak beliau haha
*dapat heret kawan sendiri, Abid datang sekali untuk jadi ahli panel haha. Terima kasih Abid! Terbaikkk...


Memang beribu lemon lah pelajar yang berjaya mendaftarkan diri di KMS hari tu...semoga apa yang aku kongsikan dapat memberi serba sedikit gambaran, peringatan dan pesanan yang berguna untuk dijadikan  bekalan sepanjang setahun atau dua tahun mereka berada di sana nanti....

Seingat aku (akibat lambat sangat baru reti nak update dalam blog) program tu hari Rabu, jadi, lepas je setel kerja dalam pukul 6.30 petang,aku gerak sekali dengan Abid dan geng aku.... Seri Kembangan ke Banting lenih kurang satu jam....

Aku cadangkan nama Abid kepada penganjur....Abid ni student master kat UPM, tengah buat kajian pasal apa pun aku tak tahu hahaha tapi ada kaitan dengan pemakanan la... Aku saja cadangkan nama Abid supaya beliau boleh berkongsi dengan lebih detail lagi sebab beliau pun pelajar sepenuh masa sekarang...

Kali ini aku rasa sangat seronok dan bersemangat sebab Pengarah KMS, Tuan Haji Mustafar pun turut sama sewaktu sesi ni... Aku sangat kagum dengan kehebatan dan semangat Pengarah sendiri yang bersungguh-sungguh mendengar perkongsian dari kami ahli panel.... Pengarah okkkkeyyyy...

Pelajar-pelajar KMS sepatutnya lebih bersemangat dan gembira sebab ada Pengarah yang begitu baik, mengambil berat dan bersemangat...Bertuah adik-adik semua....

Orait masa yang ditunggu telah tiba...  Jom layan gambar yang menunjukkan betapa cutenya aku...

comel sangat la aku duduk...camna ni? 

peluk microphone... kalau ikutkan hati nak karok lagu Lelaki Ini...

siapa setuju saya cute? angkat tangan...

apa abang ni? cute ke? conpius.....

terima kasih Tuan Pengarah dan warga KMS sudi jemput saya, tahun depan jemput lagi *blushing*


Last sekali mestilah sesi gambar wajib aku: Gambar skema, siap aku yang susun sendiri kerusi untuk bergambar di bawah ni... Aku memang over bila aku siap susun aku terus je naik atas kerusi tu duduk diam-diam kat tengah-tengah...aku lupa ada Tuan Pengarah hahahaha... aku kalau bab bergambar terus lupa semua..fokus sangat nak bergambar...hahaha...

Seronok jumpa semua... Abid paling cantik! Yang lain hensem hehehe

Okey, jumpa lagi di entry seterusnya...sebelum tu nak ajak kawan-kawan semua like FB page RopolRopol.com ni.... boleh kan? Pelbagai koleksi menarik untuk anda atau orang tersayang...

Friday, June 8, 2012

CERAMAH TEROKAI DIRI SENDIRI

Assalamualaikum semua..

Mencuri masa... Tapi mengaku sahaja ada masa lah tu.. dah lama nak siarkan entry ni tapi tak sempat nak cari mana gambarnya.
Minggu lepas dapat menjayakan program untuk Institut Pengurusan Kesihatan untuk berkongsi berkenaan tajuk Terokai Diri Sendiri.

Aku dijemput oleh Puan Aida Hashim yang pernah menjadi antara peserta semasa sesi ceramah aku yang lalu. Terima kasih memberi kepercayaan kepada saya.

Perkongsian tentang diri sendiri yang selayaknya dihargai dan melakukan yang terbaik untuk bukan untuk diri sendiri sahaja, juga untuk ibubapa, keluarga dan setiap yang keliling.

Aku sangat ingin menyampaikan setiap kita semua ada kekuatan masing-masing. Pilih untuk hidup gembira dan bahagia.

Kelemahan memang fitrah manusia...Terima dan rasa kerdil. 
Kekuatan memang anugerah terbaik yang perlu di kongsi, sebarkan dan hargai.

Setiap hari aku pun terus mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup aku ni...
Apabila aku berkongsi dengan kalian, aku juga sedang mengingatkan diri sendiri betapa banyak liku-liku yang telah aku lalui dahulu dan kini semua telah pun aku lalui....
okey!
Marilah melayan gambar yang penuh dengan kecomelan aku



Request semua duduk depan untuk lebih nampak dengan jelas betapa comel dan kacak aku ni

terima kasih atas kesungguhan yang dipamerkan

Eh, ni promote diri melampau ni....ini sudah lebih..haha

khusyuk sungguh mendengar celoteh aku

sekejap je 2 jam berlalu dah habis sesi ku



Okey, semakin lama semakin aku mencintai dunia pentas perkongsian... seronok rasa berkongsi. Banyak lagi yang perlu aku baiki dan ilmu yang perlu diserap...

Masa bagi ceramah memanglah berdebar dan gementar sampai kadang-kadang aku hilang perkataan apa yang perlu dicakap... 
Ada satu waktu tu aku tengah cerita pasal sindiket peminta sedekah boleh pulak aku sebut konspirasi peminta sedekah... hoi konspirasi hoi! punyalah pendengar aku ni buat muka kaget ->>konspirasi ? konspirasi peminta sedekah? 
Nasib baik ada yang bantu mendapatkan perkataan sindiket...ulang 8kali sindiket 
Banyak sangat konspirasi hidup aku ni_


pss:InsyaAllah saya dah bertemu antara mentor yang hebat untuk menjadi hebat juga...ceeewwwaahhh

Friday, May 25, 2012

REZEKI MASING-MASING

Assalamualaikum...

Selamat malam... okey update blog sambil berfikir-fikir apa yang nak dikongsikan untuk jemputan ceramah pagi esok... bukan last minit tapi imbas kembali apa yang perlu dikongsikan... nak berikan yang terbaik buat semua...kalau hanya 1 sahaja dari apa yang aku sampaikan mampu mereka terima dah cukup bermakna untuk aku.... kalau mereka hadam lebih banyak dari yang aku jangka kan pasti la meloncat kegembiraan seperti :


tinggiiiiii sambil ngangaaaaa -puas cari gambar ni...susah nak melompat sekarang..


Bila ada perasaan nak berkongsi datang mula lah rajin nak update blog.
Semalam dapat job supply barang untuk GSC Alamanda..kecik kecik je. sementara tunggu main-con datang, aku pergi lah solat dulu kat surau yang dekat dengan Famous Amous berbau wangi tahap mengecurkan air liur meleleh lelleh tapi taknak singgah apatah lagi nak beli pun sebab mahal bagi aku hahaha...

Masa ambil wudhuk da rasa ada ramai gilo mata tengah usha je kecomelan aku...so aku cool je..control hensem... Lepas doa, cepat-cepat rasa nak keluar sebab rasa hensem sangat bila RASA konon diri diperhatikan... amik kau tahap keyakinan diri melampau jauh menyimpang ni...

Baru je aminkan doa, ada seorang abang ni tegur, "Apa khabar?". Aku jawablah sihat... lepas tu air mata dia mula bergenang...muka dia sayu...oh aku cannot control lah bila orang touching dengan aku... terima kasih atas perhatian dan perasaan itu..sangat terharu..antara kekuatan untuk aku jgk. ...Lepas tu jeng..jeng.. jeng...

Lepas tu dia salam aku dan seperti ada sesuatu tertinggal lepas dia salam aku...  tengok-tengok ada RM50 sekeping kat celah jari...

Kata beliau lepas tu, sayu tengok ketabahan aku... Terima kasih lagi... Aku macam terdiam nak tolak macam tak manis... rezeki jangan ditolak...Dah banyak kali juga aku cerita dalam blog ni apa jadi bila aku tolak pemberian orang... Aku belajar untuk menerima..... Jadi penerima dan pemberi yang baik...

Berbual sikit-sikit dan beliau ajak nak belanja makan..jika takda kerja yang menanti memang aku nak lepak  je.. boleh la berbual panjang... terpaksa aku tolak... Aku pun tak bagitahu dia lagi aku seorang usahawan... Nanti bila ada kelapangan mesti nak bercerita panjang lagi...InsyaAllah...
Tu je nak cerita


***

Rezeki masing-masing.... Aku tersedar perkara ni masa pergi satu program Dr Azizan Osman..IMKK. Masa sesi Abang Abu:

"Bila rezeki itu dah ditetapkan untuk kau, takde siapa pun yang boleh halang atau boleh ambil rezeki tu kecuali kau"


"Bila rezeki itu dah ditetapkan untuk dia, takde siapa pun yang boleh halang atau boleh ambil rezeki tu kecuali dia"

*sentap*

Konsepnya macam aku yang rasa konon teraniaya apabila orang yang tolong aku selama ni tiba-tiba buat bisnes yang sama sebijik siap amik dari supplier yang sama... Aku bukan sahaja membekal dan menyediakan perkhidmatan memasang karpet, ada juga supply signboard di SYARIKAT AKU, pun budak tu tiru bulat-bulat... Semualah... Sakit  je hati bila pergi kilang signboard tu nampak nama company dia..Rasa macam dia amik rezeki aku..euwwww..hehe.. itu dulu..sekarang dah tak amik tahu pun..rezeki kan masing-masing punya bahagian....

Sakitnya hati memang aku rasa aku sorang jelah yang faham..Konon-konon dunia terlalu kejam untuk aku...Keh keh keh..apeda.....

Jadi, apabila ada orang yang mampu sedarkan aku yang rezeki itu masing-masing punya bahagian...aku surut kan api dendam marah aku... belajar dan rasa untuk melupakan dan abaikan perasaan marah dan dendam timbul... biarlah orang buat jahat kepada aku, jangan aku buat jahat pada orang....

Apabila tiada lagi rasa dendam dan marah tu, aku dapat rasakan hidup aku lebih gembira... ceria dan bahagia... Alhamdulillah

Jadi sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini...jom ingatkan diri masing-masing...setiap orang pasti ada rezeki masing-masing... Anda kaya dan berjaya!

masa program Dr Azizan Osman...Best!

Selamat malam... nak mimpi main salji di Jepun...

Thursday, May 24, 2012

MANUSIA BERNILAI

Assalamualaikum....

Kehidupan ini sejak lahir lagi satu cabaran buat aku... Bersyukur sungguh dah hampir 17 tahun 28 tahun hidup di muka bumi Allah ini. Cukup makan, cukup pakai, ada tempat berteduh, ada mata, mulut, hidung dan segala kesempurnaan lain yang sangat aku bersyukur... Walaupun kekurangan fizikal yang sangat ketara buat aku berbanding manusia yang lain, masih ada lagi pelbagai nikmat yang aku sangat syukuri...sangat hargai....

Kehidupan aku memang sebuah perjalanan yang sangat mencabar untuk aku tempuhi..walaupun kekurangan masih ada yang dengki khianat, walaupun langkah tak panjang masih ada yang meletak pelbagai halangan untuk aku tempuhi... Namun tak pernah mampu untuk patahkan  semangat diri untuk berjaya...

bersyukurlah buat anda yang sempurna tangan: aku guna gigi nak koyak kan plastik dari kerusi.. 


Ingat OKU macam aku ramai yang nak simpati? Sori! Dunia ini terlalu rakus mengejar bahagian masing-masing.. Simpati sekadar sekali dua sahaja selepas itu orang pun dah penat nak beri simpati mereka...


Dugaan itu hanya sebuah picisan jika dibandingkan dengan pelbagai lagi nikmat yang lain...masih ada yang sayang, masih ada yang mesra, masih ada yang memahami... Masih ramai yang membantu. Terima kasih sangat aku ucapkan....Seronok apabila mengimbas segala kebaikan yang pernah dilakukan orang setiap orang kepada aku.... sangat seronok...

Setiap hari aku pandang cermin melihat diri aku dan aku luahkan aku mesti hidup dengan sempurna! Jadi manusia bernilai! Biar orang tak tahu asal diri aku tahu aku punya nilai... Jujur, hati bersih dan murni..

setiap hari semangat kobar-kobar nak dapat job besar-besar


Kehidupan aku bukan lah sentiasa gembira,banyak kesedihan... Apa yang aku ingin kongsikan dengan kalian hanyalah kegembiraan.... Mari kita sebarkan kegembiraan.... jadi manusia bernilai....

Hidup ini terlalu indah... Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih Maha Penyayang..apa yang diberikan kepada kita adalah apa yang termampu kita menanggungnya... apabila terasa payahnya kehidupan ini, carilah kekuatan nun disudut hati yang selalu kita abaikan.... Keluarkan kekuatan itu! Hadapi lah hidup yang penuh dengan nikmat dan kasih sayang Allah...

Tak lama sahaja lagi, insyaAllah aku akan menjejak ke usia 28 tahun..aku harap dengan pertambahan umur menjadi pertambahan nilai dalam diri aku.... Bukan sekadar ingin berjaya seorang tapi bersama setiap keliling aku.... Anda kaya dan berjaya!

Doakan aku menjadi manusia yang lebih baik... lebih berjaya..lebih berat badan eh..hehehe..lebih hensem


aku kadang-kadang pelik dengan aksi melampau aku depan khalayak ramai... ini menagih simpati ke menagih maki? hehehehe..*kiutnye saye*

*motif entry nak bagitau 6hb Jun nanti birthday sayer haha* tak derlah..cuma rasa nak meluahkan sesuatu.. nak luahkan yang saya kuat untuk berjaya! 


Friday, April 13, 2012

PERKONGSIAN JUMAAT#3 - HIDUP INI PILIHAN

Assalamualaikum semua...

Selamat hari Jumaat kawan-kawan. Sebenarnya dalam proses untuk menghabiskan buku yang dah lama dibeli setiap kali ada pesta buku hehe... Best baca buku ni, selain rasa tenang dan aman aku pun dapatlah menambahkan ilmu dan motivasi di dada. Baca buku memang aktiviti santai yang sangat bermanfaat kan? So far ade 4 buah buku yang aku harap mampu aku habiskan pembacaan sehingga hujung bulan ni.... mudah-mudahan

Penting untuk aku baca buku sekarang terutamanya buku motivasi:

Mungkin bila anda seorang pelajar ada cikgu ataupun pensyarah yang akan memberi peringatan kepada anda-belajar rajin-rajin, siapkan homework dan tugasan dan lain-lain yang sememangnya positif untuk korang semua

Mungkin bila anda seorang pekerja ada bos yang akan memantau anda dan memastikan ada melakukan kerja dengan sebaik mungkin dan memastikan prestatsi kerja anda adalah terbaik untuk produktiviti syarikat atau organisasi *ewah*

Untuk aku yang bekerja sendiri, siapalah yang nak bagi motivasi, nasihat, panduan dan tunjuk ajar aku melakukan yang terbaik untuk perniagaan aku, kehidupan aku?

Selain mak dan abah mestilah diri sendiri. Aku pun manusia biasa lagilah serba kekurangan. Bila baca buku barulah rasa bersemanangat dan lebih berilmu untuk menghadapi hidup yang indah.....rugi bila hidup yang indah ini kita sia-siakan dengan emosi tak terkawal.


-ada waktu, pilihan itu jelas dan terang. Ada waktu, pilihan itu kelabu-

-Individu itu dikatakan menarik apabila mereka cantik dan tampan dari dalam diri- macam aku


-biar sedikit tetapi berpanjangan-


-anda yakin, anda berjaya-

Hidup ini Pilihan. Apa yang kita pilih untuk makan, untuk pakai, apa yang kita pilih untuk bercakap untuk bersuara, apa yang kita pilih untuk mengisi masa terluang.....

Banyak pilihan dalam hidup yang penting bagi diri aku sendiri aku nak peluang sebuah kehidupan yang aku ada sekarang dilalui dengan bahagia bersama orang sekeliling dunia dan akhirat...

Thursday, April 12, 2012

PENCERAMAH JEMPUTAN- INSTITUT KESIHATAN UMUM IKU

Assalamualaikum semua....

Minggu lepas punya cerita okey.... alhamdulillah 4/4/2012 yang lepas,  telah dijemput untuk mengisi slot ceramah jemputan Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diadakan di Port Dickson....

Boleh dikatakan sekarang kebanyakan ceramah yang aku terima jika untuk penjawat awam pasti hari bekerja jadi memang akan sedikit menghuru-harakan diri aku*over* Haha... yela nak tinggalkan cik DSS itu satu pengorbanan besar untuk aku. Cik DSS antara sebahagian jiwa aku.PANG!

Jadi apabila dah pergi memberikan ceramah aku pasti akan memastikan segalanya berbaloi-baloi untuk aku dan juga pendengar. Juga, bila aku pergi memberikan ceramah aku amat berharap walaupun cuma satu perkongsian aku memberi kesan buat pendengar...

Sebenarnya hari yang aku nak pergi tu entah macam mana aku dan dua orang staff aku boleh tertinggal kunci dalam pejabat kiteorang, panjang ceritanya. Memang kelam kabut la aku pergi Port Dickson dengan kamera blogger nya tertinggal dan macam-macam lagi. Namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar apabila dah tiba di sana.

Marilah layan gambar-gambar guna kamera Kodak.

berdebar itu sentiasa. 

terima kasih tekun mendengar perkongsian saya!


gambar wajib setiap sesi ceramah hehehe

Tajuk: Latihan Ketrampilan Diri

Kamera tak canggih. Puan Intan bertudung biru....

bersama Pengarah IKU

antara koleksi wajib juga

chicken dance yo!

ucapan Tuan pengarah



Terima kasih aku ucapkan kepada Puan Intan yang menjemput aku untuk memberikan ceramah...dan sekali lagi, blog comel ni juga yang menjadi medium untuk mempertemukan kami....

Kalau anda yang diluar nak menjemput saya untuk sesi perkongsian boleh hubungi saya. sukuribrahim@gmail.com