Monday, May 7, 2012

KENDURI KAHWIN KELUARGA 3R

Assalamualaikum semua...

Jom kita meningkatkan semangat nak mendirikan rumahtangga dengan post tentang kelahiran anak dan kita tambah pula pasal majlis perkahwinan...hehehe...

Ni memang cerita paling dah lama tapi nak juga lah cerita sebab best... Beberapa bulan lepas kot... Pergi Majlis Perkahwinan abang kepada kawan aku di Perak... Nama kawan aku Renni, abang dia yang kahwin Remy, kakak dia Rina.. Maka jadilah keluarga 3R...suka hati aku je kan....

Aku bertolak dari Cheras menuju ke Sungai Buloh sebab nak pergi ambil bakal tunangan orang tu di rumah beliau....

Kawan-kawan persekitaran semua dah nak kahwin, bertunang dan menambah anak...aku je yang belum nampak sinar...camna? Yakin, masanya kan tiba..Hoyyyyeeeehhhhhh! Eh kenapa begitu galak?

Aku boleh klasifikasikan sebagai pengalaman ke Perak adalah pengalaman tumpang kereta orang dengan driver yang paling mengutamakan keselamatan..hahaha..Hai Azizi!

Paling tak tahan bila ada orang call dia, dia akan jawab macam ni: "Aku tengah drive, tak boleh nak cakap sekarang. Kang kalo aku terlanggar orang macam mana".Terus letak..Hahaha.. Hai Azizi!*mintaklempang*

Akhirnya sampailah kat Perak lepas keluar tol Simpang Pulai..... Kat belakang aku tu Renni lah... sebelah dia Rina... Hai tuan rumah!



senyummmmm sebab kenyang sangat hehehehe....


Masa kami sampai tu, pengantin pun sampai sekali..memang jalan kat red carpet sekali sambil ramai yang ambil gambar..tapi malangnya takde sapa kenal hahahaha...jadi pergi main jauh-jauh....


 masa aku kahwin mesti aku senyum lagi paling lebar dan manisssssss....erkk




ni door gift..kelas kau maria! siap sampul cokelat pun tulis nama pengantin

Lepas lepak-lepak dan bergambar bersama pengantin...kita orang gerak cecepat sebab nak ke rumah Pak Itam aku.....lepas tu nak mandi manda di air panas.... maklumlah bila pergi destinasi yang jauh kena manfaatkan dengan optimum, sambil menyelam minum air dan lemas hahahhaha...



perut tak dapat di selamatkan lagi sebab terlalu gembira dapat cokelat!sayalah juara! eh..



pss: pembaca sekalian, harapnya anda tidak bosan malah bersemangat dengan kempen untuk mengundi saya bagi DiGi Awards... sampai 13hb 5 ni sahaja lepas itu tamat  sudah, kita kempen pilihanraya pula


KLIK SINI untuk mengundi saya....  terima kasih...

2 comments:

insan marhaen said...

Owwah... Kampung IM kat Ipoh jer. Depan Stadium Perak.

Best kan kenduri di Perak?

Jangan pergi lebih dari pukul 3 petang. Kalau lebih dari itu, alamat jumpa pengantin dah pakai kain pelikat..he..he..

KuNanGKuNanG said...

amboi..sakan ye...nnt time kenduri aak jgn lupe lak jemput geng2 blogger...he3