Assalamualaikum...
Selamat malam... okey update blog sambil berfikir-fikir apa yang nak dikongsikan untuk jemputan ceramah pagi esok... bukan last minit tapi imbas kembali apa yang perlu dikongsikan... nak berikan yang terbaik buat semua...kalau hanya 1 sahaja dari apa yang aku sampaikan mampu mereka terima dah cukup bermakna untuk aku.... kalau mereka hadam lebih banyak dari yang aku jangka kan pasti la meloncat kegembiraan seperti :
tinggiiiiii sambil ngangaaaaa -puas cari gambar ni...susah nak melompat sekarang..
Semalam dapat job supply barang untuk GSC Alamanda..kecik kecik je. sementara tunggu main-con datang, aku pergi lah solat dulu kat surau yang dekat dengan Famous Amous berbau wangi tahap mengecurkan air liur meleleh lelleh tapi taknak singgah apatah lagi nak beli pun sebab mahal bagi aku hahaha...
Masa ambil wudhuk da rasa ada ramai gilo mata tengah usha je kecomelan aku...so aku cool je..control hensem... Lepas doa, cepat-cepat rasa nak keluar sebab rasa hensem sangat bila RASA konon diri diperhatikan... amik kau tahap keyakinan diri melampau jauh menyimpang ni...
Baru je aminkan doa, ada seorang abang ni tegur, "Apa khabar?". Aku jawablah sihat... lepas tu air mata dia mula bergenang...muka dia sayu...oh aku cannot control lah bila orang touching dengan aku... terima kasih atas perhatian dan perasaan itu..sangat terharu..antara kekuatan untuk aku jgk. ...Lepas tu jeng..jeng.. jeng...
Lepas tu dia salam aku dan seperti ada sesuatu tertinggal lepas dia salam aku... tengok-tengok ada RM50 sekeping kat celah jari...
Kata beliau lepas tu, sayu tengok ketabahan aku... Terima kasih lagi... Aku macam terdiam nak tolak macam tak manis... rezeki jangan ditolak...Dah banyak kali juga aku cerita dalam blog ni apa jadi bila aku tolak pemberian orang... Aku belajar untuk menerima..... Jadi penerima dan pemberi yang baik...
Berbual sikit-sikit dan beliau ajak nak belanja makan..jika takda kerja yang menanti memang aku nak lepak je.. boleh la berbual panjang... terpaksa aku tolak... Aku pun tak bagitahu dia lagi aku seorang usahawan... Nanti bila ada kelapangan mesti nak bercerita panjang lagi...InsyaAllah...
Tu je nak cerita
***
Rezeki masing-masing.... Aku tersedar perkara ni masa pergi satu program Dr Azizan Osman..IMKK. Masa sesi Abang Abu:
"Bila rezeki itu dah ditetapkan untuk kau, takde siapa pun yang boleh halang atau boleh ambil rezeki tu kecuali kau"
"Bila rezeki itu dah ditetapkan untuk dia, takde siapa pun yang boleh halang atau boleh ambil rezeki tu kecuali dia"
*sentap*
Konsepnya macam aku yang rasa konon teraniaya apabila orang yang tolong aku selama ni tiba-tiba buat bisnes yang sama sebijik siap amik dari supplier yang sama... Aku bukan sahaja membekal dan menyediakan perkhidmatan memasang karpet, ada juga supply signboard di SYARIKAT AKU, pun budak tu tiru bulat-bulat... Semualah... Sakit je hati bila pergi kilang signboard tu nampak nama company dia..Rasa macam dia amik rezeki aku..euwwww..hehe.. itu dulu..sekarang dah tak amik tahu pun..rezeki kan masing-masing punya bahagian....
Sakitnya hati memang aku rasa aku sorang jelah yang faham..Konon-konon dunia terlalu kejam untuk aku...Keh keh keh..apeda.....
Jadi, apabila ada orang yang mampu sedarkan aku yang rezeki itu masing-masing punya bahagian...aku surut kan api dendam marah aku... belajar dan rasa untuk melupakan dan abaikan perasaan marah dan dendam timbul... biarlah orang buat jahat kepada aku, jangan aku buat jahat pada orang....
Apabila tiada lagi rasa dendam dan marah tu, aku dapat rasakan hidup aku lebih gembira... ceria dan bahagia... Alhamdulillah
Jadi sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini...jom ingatkan diri masing-masing...setiap orang pasti ada rezeki masing-masing... Anda kaya dan berjaya!
masa program Dr Azizan Osman...Best!
Selamat malam... nak mimpi main salji di Jepun...
1 comments:
setuju dengan encik syukur..
if ALLAH da kata itu rezeki kita.
Pasti tiada siapa dpt halang rezeki yg patut kita dpt itu.. :)
*Apa2 pon, sy respect dgn en. syukur.
Post a Comment