Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Monday, June 4, 2012

BLOGGER VERSUS PERUNDING MOTIVASI

Assalamualaikum semua....

Sampai je KL dari Melaka semalam pukul 10.15malam... jalan jem okey.. terus siap-siap ke Jusco Maluri pasang karpet needle punch untuk booth client.

Memang banyak kerja kena setelkan minggu ni sebab kerja yang janji nak siapkan Sabtu yang baru ni tertangguh sebab aku mahupun staff aku semua tak tahu Sabtu lepas adalah cuti umum.Terpaksa lah tidak menepati janji kepada pelanggan-pelanggan aku sekalian yang aku janji Sabtu nak pasang karpet lah, vynil lah, partition lah..semua lah. Apeda.. Lidah tak bertulang betul, sedap je berjanji dan tidak menepati...

Eh kenapa mcam pernah dengar tentang lidah tidak bertulang ni...

Hahaha...okey, itu tajuk wawancara dalam Generasi Y yang mana aku dijemput sebagai perunding motivasi untuk episod Sabtu lepas. Gelak sambil menangis sekarang juga..

Layannnnn......

tak berjaya nak sorok sekalian bekas jerawat hahaha


Aku memang malu sendiri nak tengok sebab aku tahu aku adalah sangat debor ketika itu..mana taknya, aku datang lenggang kangkung dengan penuh persedian sebagai seorang BLOGGER santai bukan PERUNDING MOTIVASI.....





Aku simpan lagi dalam mesej-mesej yang dihantar kepada aku antaranya:


" Saya dh tgk blog saudara n GENERASI Y berminat nak jemput saudara sebagai panel di studio. Detail seperti dibawah....."

Nampak tak ada perkataan blog... aku baru je nak berbangga sebab ini program atau acara pertama yang aku dijemput sebagai blogger tapi nan hado.... sebagai Perunding Motivasi...kau ada?

Aku ni memang bukan blogger ke? Takde orang sedari ke kewujudan aku yang terlalu comel dalam dunia keblogeran ni? Haha

Memang blog aku pun biasa-biasa je, UV memang paling ciput, mungkin syok sendiri jugak lah....



Sebenarnya lah kan, rasa nak hantuk je kepala kat dinding bila 10minit sebelum rancangan baru aku diberitahu aku dijempt sebagai Perunding Motivasi *ulang 8 kali*... maka memang begitulah hasilnya.... amik kau Perunding Motivasi... hahaha... aku ni Pengongsi Pengalaman je senah oi...




Namun, banyak juga pujian yang aku perolehi, paling banyak memang cakap aku hensem dan comel..Biasa sangat dah pujian ni*makanpenamparjekangni*

Tapi, ada juga yang mengkritik cakap muka aku pucat la, gabra la bla..bla..bla..bla... hahaha... terima kasih kerana terlalu prihatin kepada saya....


Secara peribadi, memang aku berikan yang terbaik hari tu walaupun terkejut tahap kena renjatan , tetap eksaited memang tahap melampau lah dapat masuk TV hahaha.... Lain kali pasti akan buat yang lagi terbaik... Jadi semua TV panggillah aku tau...

BUNGA

Pengalaman yang sangat bermakna untuk aku sebab pertama kali masuk RTM TV1 hehehe...jumpa Bunga Cinta Lestari yang cantik, *aku siap kecik hati, ramai juga mesej bukan nak sibuk pasal aku tapi sibuk nak tanya contact no Bunga kat sebelah aku* hahahaha... memang tak dapat lah sebab aku pun takde, pergi lah layan Youtube die yang best gila dan berinformasi dan ada juga yang tahap boleh melayakkan beliau masuk Raja Lawak yer cik Bunga...



Okey, nampaknya aku dah kena mempersiapkan diri aku sebagai Perunding Motivasi, mana taknya, ramai dah tahu tau hahaha....

Masa tengok Generasi Y ni kat Melaka dengan keluarga aku, Abah siap telefon adik beradik dia paksa tengok TV1 hahaha..

Okey nak tidur dah, hari Rabu ni jangan lupa tau semua hahahaha....


Monday, May 28, 2012

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Assalamualaikum....


Korang semua selalu dengar radio apa ea kalo dalam kereta? Aku boleh dikatakan pendengar setia Hotfm lah kot..  Memang la kadang-kadang berbulu dengar lagu yang sama 4 kali dalam masa terdekat hahaha...tapi deejay dia best gilo!  Lagu yang diulang tu pun walaupun 4 kali diulang memang lagu yang best dan terhangat la masa kini... 

Selain dengar hotfm  nak menghiburkan hati terutamanya masa hotfm am krew....arggghh AG dengan Fifi memang over.....aku pun banyak dapat tips dan info berguna.... antara segmen yang sangat aku respek dan terus melekat nak dengar Hotfm ni adalah bila ade pesanan-pesanan berguna yang ditegur dan dinasihatkan dengan sangat sempoi... Aku harap ramai lah dengar dan ambil langkah sepatutnya dengan nasihat yang diberikan....

Antara tips atau khidmat pesanan masyarakat yang aku ingat antaranya :

1) Jangan over bila ada orang nak belanja makan
Dalam situasi masa khidmat pesanan ni, ada orang nak belanja mamat tu makan, boleh mamat tu order segala bagai aku tak ingat lah tapi banyak gila... lainlah orang belanja buffet ko hadap je lah kan.. Ni kalau kat mamak pun semua kau nak order.mee goreng mamak, nasi kandar, ayam tandori, roti canai..gila apa! hahaha. Dalam mesej yang disampaikan pun memang bagitahu yang elok-elok orang tu ikhlas nak belanja makan terus rasa macam teraniaya/ sakit hati... Bila orang nak belanja makan haruslah happy-happy..makan seronok-seronok jadi jangan lah buat bukan-bukan dengan order dengan mengikut nafsu membabi buta..

gigih berdiri dan jengket kaki nak pose! bila orang belanja buffet makan puas-puas!haha



2) Berbudi bahasa dan reti bahasa apabila dalam kapal terbang
Pesanan ni suruh semua penumpang kapal terbang jangan melalak atau menjerit atau membiarkan orang dibawah seliaan korang seperti anak-anak membuat sesuka hati dan juga kalo nak bukak kasut pastikan stokin tak busuk kah kah kah......aku terasa lah pesanan ni! Yelah dalam kapal terbang mungkin ada yang tengah penat baru balik dari melancong berjalan kaki bersungguh-sungguh, penat nak rehat.. Mungkin juga ada yang pening kepala kerana mabuk kapal terbang.. jadi tolong lah memahami... kapal terbang dahlah kadang-kadang kapal terbang punya seat merimaskan...


3) Tak menepati masa
Ha...pesanan ni pasal orang berjanji pastu cakap lagi 5 minit sampai...tapi tak sampai-sampai..sampai 3 hari pun tak sampai-sampai..Ini sangat ramai yang perlu sentap... jom sama-sama berubah! 

kalau bab makan tak ramai lah yang tak menepati masa cam aku hahaha

4) Tak hargai kemudahan yang diesediakan
Pesanan ni memang sempoi...ada mamat ni bawak kereta laju-laju dekat bonjol (bumper) dia tak brek main jalan je laju-laju.so minah naik kereta dengan dia tegurlah..boleh mamat tu jwab balik, takper bukan kereta dia, kalau kereta dia baru jaga elok-elok... ini memang haram J... hahaha... orang dah bagi kemudahan siap bagi guna kereta ofice ko boleh pulak melanyak kereta tersebut...cuba lah kalo korang jadi bos! ada pekerja guna kereta milik ko dengan sesuka hati! Arggh... memang baru kau tahu rasanya


Hehe..okey, cukuplah pesanan khidmat masyarakat aku nak kongsikan...jangan kita dengar hiburan je..apa yang dinasihatkan dengarlah dan ambil tindakan untuk berubah!

bukan sekadar hiburan tapi punya nilai setiapnya...

***dah like fan page saya..mari LIKE ramai-ramai

Friday, May 25, 2012

REZEKI MASING-MASING

Assalamualaikum...

Selamat malam... okey update blog sambil berfikir-fikir apa yang nak dikongsikan untuk jemputan ceramah pagi esok... bukan last minit tapi imbas kembali apa yang perlu dikongsikan... nak berikan yang terbaik buat semua...kalau hanya 1 sahaja dari apa yang aku sampaikan mampu mereka terima dah cukup bermakna untuk aku.... kalau mereka hadam lebih banyak dari yang aku jangka kan pasti la meloncat kegembiraan seperti :


tinggiiiiii sambil ngangaaaaa -puas cari gambar ni...susah nak melompat sekarang..


Bila ada perasaan nak berkongsi datang mula lah rajin nak update blog.
Semalam dapat job supply barang untuk GSC Alamanda..kecik kecik je. sementara tunggu main-con datang, aku pergi lah solat dulu kat surau yang dekat dengan Famous Amous berbau wangi tahap mengecurkan air liur meleleh lelleh tapi taknak singgah apatah lagi nak beli pun sebab mahal bagi aku hahaha...

Masa ambil wudhuk da rasa ada ramai gilo mata tengah usha je kecomelan aku...so aku cool je..control hensem... Lepas doa, cepat-cepat rasa nak keluar sebab rasa hensem sangat bila RASA konon diri diperhatikan... amik kau tahap keyakinan diri melampau jauh menyimpang ni...

Baru je aminkan doa, ada seorang abang ni tegur, "Apa khabar?". Aku jawablah sihat... lepas tu air mata dia mula bergenang...muka dia sayu...oh aku cannot control lah bila orang touching dengan aku... terima kasih atas perhatian dan perasaan itu..sangat terharu..antara kekuatan untuk aku jgk. ...Lepas tu jeng..jeng.. jeng...

Lepas tu dia salam aku dan seperti ada sesuatu tertinggal lepas dia salam aku...  tengok-tengok ada RM50 sekeping kat celah jari...

Kata beliau lepas tu, sayu tengok ketabahan aku... Terima kasih lagi... Aku macam terdiam nak tolak macam tak manis... rezeki jangan ditolak...Dah banyak kali juga aku cerita dalam blog ni apa jadi bila aku tolak pemberian orang... Aku belajar untuk menerima..... Jadi penerima dan pemberi yang baik...

Berbual sikit-sikit dan beliau ajak nak belanja makan..jika takda kerja yang menanti memang aku nak lepak  je.. boleh la berbual panjang... terpaksa aku tolak... Aku pun tak bagitahu dia lagi aku seorang usahawan... Nanti bila ada kelapangan mesti nak bercerita panjang lagi...InsyaAllah...
Tu je nak cerita


***

Rezeki masing-masing.... Aku tersedar perkara ni masa pergi satu program Dr Azizan Osman..IMKK. Masa sesi Abang Abu:

"Bila rezeki itu dah ditetapkan untuk kau, takde siapa pun yang boleh halang atau boleh ambil rezeki tu kecuali kau"


"Bila rezeki itu dah ditetapkan untuk dia, takde siapa pun yang boleh halang atau boleh ambil rezeki tu kecuali dia"

*sentap*

Konsepnya macam aku yang rasa konon teraniaya apabila orang yang tolong aku selama ni tiba-tiba buat bisnes yang sama sebijik siap amik dari supplier yang sama... Aku bukan sahaja membekal dan menyediakan perkhidmatan memasang karpet, ada juga supply signboard di SYARIKAT AKU, pun budak tu tiru bulat-bulat... Semualah... Sakit  je hati bila pergi kilang signboard tu nampak nama company dia..Rasa macam dia amik rezeki aku..euwwww..hehe.. itu dulu..sekarang dah tak amik tahu pun..rezeki kan masing-masing punya bahagian....

Sakitnya hati memang aku rasa aku sorang jelah yang faham..Konon-konon dunia terlalu kejam untuk aku...Keh keh keh..apeda.....

Jadi, apabila ada orang yang mampu sedarkan aku yang rezeki itu masing-masing punya bahagian...aku surut kan api dendam marah aku... belajar dan rasa untuk melupakan dan abaikan perasaan marah dan dendam timbul... biarlah orang buat jahat kepada aku, jangan aku buat jahat pada orang....

Apabila tiada lagi rasa dendam dan marah tu, aku dapat rasakan hidup aku lebih gembira... ceria dan bahagia... Alhamdulillah

Jadi sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini...jom ingatkan diri masing-masing...setiap orang pasti ada rezeki masing-masing... Anda kaya dan berjaya!

masa program Dr Azizan Osman...Best!

Selamat malam... nak mimpi main salji di Jepun...

Thursday, May 24, 2012

MANUSIA BERNILAI

Assalamualaikum....

Kehidupan ini sejak lahir lagi satu cabaran buat aku... Bersyukur sungguh dah hampir 17 tahun 28 tahun hidup di muka bumi Allah ini. Cukup makan, cukup pakai, ada tempat berteduh, ada mata, mulut, hidung dan segala kesempurnaan lain yang sangat aku bersyukur... Walaupun kekurangan fizikal yang sangat ketara buat aku berbanding manusia yang lain, masih ada lagi pelbagai nikmat yang aku sangat syukuri...sangat hargai....

Kehidupan aku memang sebuah perjalanan yang sangat mencabar untuk aku tempuhi..walaupun kekurangan masih ada yang dengki khianat, walaupun langkah tak panjang masih ada yang meletak pelbagai halangan untuk aku tempuhi... Namun tak pernah mampu untuk patahkan  semangat diri untuk berjaya...

bersyukurlah buat anda yang sempurna tangan: aku guna gigi nak koyak kan plastik dari kerusi.. 


Ingat OKU macam aku ramai yang nak simpati? Sori! Dunia ini terlalu rakus mengejar bahagian masing-masing.. Simpati sekadar sekali dua sahaja selepas itu orang pun dah penat nak beri simpati mereka...


Dugaan itu hanya sebuah picisan jika dibandingkan dengan pelbagai lagi nikmat yang lain...masih ada yang sayang, masih ada yang mesra, masih ada yang memahami... Masih ramai yang membantu. Terima kasih sangat aku ucapkan....Seronok apabila mengimbas segala kebaikan yang pernah dilakukan orang setiap orang kepada aku.... sangat seronok...

Setiap hari aku pandang cermin melihat diri aku dan aku luahkan aku mesti hidup dengan sempurna! Jadi manusia bernilai! Biar orang tak tahu asal diri aku tahu aku punya nilai... Jujur, hati bersih dan murni..

setiap hari semangat kobar-kobar nak dapat job besar-besar


Kehidupan aku bukan lah sentiasa gembira,banyak kesedihan... Apa yang aku ingin kongsikan dengan kalian hanyalah kegembiraan.... Mari kita sebarkan kegembiraan.... jadi manusia bernilai....

Hidup ini terlalu indah... Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih Maha Penyayang..apa yang diberikan kepada kita adalah apa yang termampu kita menanggungnya... apabila terasa payahnya kehidupan ini, carilah kekuatan nun disudut hati yang selalu kita abaikan.... Keluarkan kekuatan itu! Hadapi lah hidup yang penuh dengan nikmat dan kasih sayang Allah...

Tak lama sahaja lagi, insyaAllah aku akan menjejak ke usia 28 tahun..aku harap dengan pertambahan umur menjadi pertambahan nilai dalam diri aku.... Bukan sekadar ingin berjaya seorang tapi bersama setiap keliling aku.... Anda kaya dan berjaya!

Doakan aku menjadi manusia yang lebih baik... lebih berjaya..lebih berat badan eh..hehehe..lebih hensem


aku kadang-kadang pelik dengan aksi melampau aku depan khalayak ramai... ini menagih simpati ke menagih maki? hehehehe..*kiutnye saye*

*motif entry nak bagitau 6hb Jun nanti birthday sayer haha* tak derlah..cuma rasa nak meluahkan sesuatu.. nak luahkan yang saya kuat untuk berjaya!