Monday, May 31, 2010

aku suka menangis!!!!:(

aku suka nangis???tul ke?huhu~~
ye betullll!!!!!
masa kecik aku suka nangis sgt..
paling penting aku malu kut dgn kekurangan yang aku ade..
setiap kali ade org dtg rumah aku..aku akan menyorok kt dalam bilik..
paling teruk siap masuk dlm almari atau bwh katil supaya xditemui langsung..
entahla knp...




huhu~~tula serba sedikit pasal aku yg dulu..cuma skrg aku lebih berani..sbb aku dpt sokongan n semangat dari ramai org...
aku nak sgt berjaya mcm org lain...
aku nak dpt apa yg org lain dapat..

apa2 pun..aku akan berusah utk capai masa depan aku yg lebih terbilang..
mmg perjalanan skrg mcm sukar.serius susah..
byk giler dugaan kut..
tapi kena tabah la kan..
semua org sebelum berjaya kena hadapi dugaan dulu..

tp bila igt zaman2 aku kecik..mmg kelakar la jugaa
apa2 pun aku tetap COMEL!!!!

Friday, May 28, 2010

koleksi kejayaan yang pernah dicapai

td buka2 pc tgk gambar lama2..rasa nak nangis pun ade..terasa diri ini begitu bertuah sekali..
kerana apa ek?yerla..maybe aku dikurniakan tubuh badan yg kurang smpurna..tapi alhamdulillah tuhan kurniakan aku akal fikiran yg sempurna..

sepanjang kehidupan aku, jarang aku tidak mendapat hadiah..dari sekolah lagi dari darjah 1 sampai darjah 6..aku wajib dpt no 1,2 atau 3..kalau x,ayah aku xkan dtg sekolah utk sign report kad..ganas kan ayah aku..almaklumla..kapten askar..didik anak2 pun ala2 tentera..

form 1 sampai form 5 lak wajib dpt street A..kalau x, jgn blk2 umah..almaklumla aku duduk asrama dulu...
tapi sebb disiplin juga la aku jadi manusia yg berguna skrg..sini aku nak share skit koleksi kejayaan aku selama ni..

masa darjah 1..comel kan..pegang no 1

sekolah agama rendah..pelajar terbaik!

penyanyi terbaik..yg pakai baju hitam tu..fatimah hamid..dj radio 3 Melaka..

satu je gmbr org xyah tunduk bila bg hadiah kt aku..wakaka

olahragawan OKU terbaik!

apa2 pun tanpa org di sekeliling yg memberi dorongan..aku xkan sampai ke hari ni..
tq semua...
orang cakap


"berat mata memandang..berat lagi bahu memikulnyea.."

Wednesday, May 26, 2010

Chocolate 2010 Fair - Free Chocolate Buffet @ Beryl's Chocolate


Event Duration
:
Fri, 28 May 2010 - Sun, 30 May 2010, 9.00am - 6.00pm
Company : Beryl's Location : No. 8, Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Telephone : 03-89256136 Event Description : Terms and Conditions: * Eat all you can with no wastage. * Strictly for dine-in only. * Unfinished chocolate will be charge according to our selling price. * Beryl's reserve the rights to change the terms and conditions without prior notice.


Tuesday, May 25, 2010

pendedahan eklusif..



gambar aku ketika darjah 1..comel kan?
aku baru terjumpa gambar ni..
kalau korg perasan kt sebelah aku dalam beg plastik tu ade bekal utk bawa ke sekolah
dulu aku gi sekolah hari2 mak aku bekalkan makanan..
xpernah makan kt kantin woo..
masa kecik2 ok lg..tp bila dh besar malu lak..geege..

Saturday, May 22, 2010

sapa nak tiket free utk konser AF final malam ni...??



sapa nak boleh hubungi aku di FB ...
xkisah u minat atau xminat af..
yg penting FREE...ade org bg ok..
mana ade benda free kt bumi ni kan..
tp aku leh dpt...
last2 xthu nak ajak sapa2..
jom2..

nantikan sapa kah pemenangnye malam ni...

tp aku still vote for ADIRA..

NO FON AKU
0133020890

Wednesday, May 19, 2010

Forum bersama Pelajar Matrikulasi Selangor


1st of all tahniah kepada pelajar2 lepasan SPM kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tggi.ada yg pergi tingkatan 6 amik STPM, ada yang ke Diploma, ada yg ke Matrikulasi dan xlupa ada juga yg dapat tawaran ke luar negara..sebelum terlupa nak ucapakan tahniah pada yang juga belum dpt mana2..insyaAllah ada rezeki kt mana2 tu.

alhamdulillah selesai sudah Program Forum kt KolejMatrikulasi Selangor haritu..

Forum Bersama Alumni Matrikulasi bersama para pelajar sulung KMS sesi 10/11 diadakan di Dewan Antares. Mereka terdiri daripada empat panel iaitu Dr. Faiz B. Md Ariffin, Cik Sharifah Nadirah Bt. Syed Ahmad Alhabshi, Dr. Mohd Shahir B. Anuar dan En. Mohd Sukur B. Ibrahim. Sesi forum ini dikendalikan oleh saudari berbaju hijau yang cantik manis iaitu Siti Hawa. semua hebat2 belaka wooo...


sepanjang yg aku thu, Kolej Matrikulasi Selangor ni baru sgt siap n pelajar2 tahun ni adalah 1st batch..wahh.best giler..semua pakai brg baru..jgn rosakkan k..sian pelajar yg akan dtg..kemasukkan 1st intake ni aku dgr dlm 1500 org.yg aku tahu kebanyakan dr Selangor juga.dekat la korg nak blk umah.hehe..


aku adalah ahli panel yg terakhir pada malam tu.start dgn Doktor Faiz.yang best nye, dr. faiz ni adalah Dr kt kawasan tu juga..selalu je pensyarah2 pergi klinik mengambil ubat dgn dia..hehe..
lepas Dr faiz adik Sharifah pulak..beliau ni student lg..UPM.kos enviromental health..huhu~~
skrg tgh praktikal kt Dutch Lady. Doktor seterus nye adalah Doktor Shahir.beliau ni ramai peminat wooo..psyko abis..time dia semua student2 mcm riang gembira je..
nak dikatakan Doktor Shahir ni mmg power la..penyampaian dia sgt laju n tepat ke hati para pelajar.siap guna vocab dalam cerita **Adnan Sempit lg..sampai aku pun dapat input yg byk dr beliau.kesimpulan mmg idol la dgn dia ni...


last sekali tiba part aku..aku start perkongsian aku dgn sebuah video yg baru malam tu siap..heheh..khas wei utk pelajar2 matrik tu..eklusif beb.video masih panas.org cakap gambar boleh bg seribu makna..pastu aku start la berkongsi dgn pelajar2..kisah silam aku.susah senang aku mengharungi alam matrikulasi n Universiti. xde apa2 persiapan loo..semua jujur n ikhlas dr hati utk adik2..


ni petikan dr website KMS pasal aku..

"En. Mohd Sukur B. Ibrahim memberi ceramah mengenai potensi diri untuk berjaya. Walaupun keadaan beliau yang kurang sempurna fizikal tetapi masih lagi boleh berjaya seperti orang lain juga. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya pada hari ini dan mempunyai syarikat beliau sendiri"

tq sudi bg tumpuan n mendengar perkongsian dr aku.


last sekali bergambar kenangan dgn salah seorg pensyarah KMS..Pn Suhada..bekas lecturer aku kt Kolej Matrikulasi Melaka dulu..comel kan dia..:p



lastly..quote for today:

banyak betul yang bertanya tentang nak pilih yang mana antara matrik, diploma or tingkatan 6 ... hemmmmm ... kan abang dah kata dah hari tu ... mana2 pun ok asalkan study hard ... kalau malas study .. main jeeeeee ... pergilah mana2pun anda pasti menghadapi jalan sukar. It's not about the place ... IT'S ALL ABOUT YOU!


kenali Mualana AF8 dan girlfriend nyee...

dah pukul 4.17 am woo..xleh tido naper ek?baru minum nescafe kut..huhu..
browse2 internet ni..tiba2 terbuka website kecoh2 ala mulut murai..hehe

layan2 gosip dalam ni tiba2 nk bg kt korg info slh seorg peserta AF8 ni..
aku xminat sgt pun dia..hehehe..




NAMA: Muhd Firdaus Maulana Mohamed

NAMA PANGGILAN:
Maulana

TARIKH LAHIR: 23 Januari 1988

TEMPAT LAHIR:
Johor Bahru

UMUR:
22 tahun

BANGSA:
Melayu

AGAMA:
Islam

TINGGI:
173 sm

BERAT:
64 kg

STATUS PERKAHWINAN:
Bujang

PEKERJAAN:
Pelajar (Ijazah Sarjana Muda, Graphic Design, UiTM)

PENDIDIKAN TERTINGGI:
Diploma

NAMA BAPA:
Mohamed Sehat (54 tahun)

PEKERJAAN BAPA:
Usahawan/Tutor

NAMA IBU:
Zaleha @ S.Mariam (60 tahun)

PEKERJAAN IBU:
Penyanyi

ADIK BERADIK:
6 orang (anak ke 5)

HOBI:
Bermain gitar, cipta lagu, designing dan menyanyi

GAMBARAN PERIBADI:
Periang, suka buat lawak, sakat orang, kadang-kadang panas baran.

MAKANAN KEGEMARAN:
Nasi putih ayam masak merah

MINUMAN KEGEMARAN:
Milo ais

MUZIK KEGEMARAN:
Jazz & funk

PELAKON LELAKI KEGEMARAN:
Shah Rukh Khan

PELAKON PEREMPUAN KEGEMARAN:
Sandra Bullock

PENYANYI LELAKI KEGEMARAN:
Al Jareau & Tompi

PENYANYI PEREMPUAN KEGEMARAN:
Hetty Koes Endang & S.Mariam

FILEM/DRAMA KEGEMARAN:
I Am Sam & Heroes

FESYEN KEGEMARAN:
Retro/Kasual/Smart

WARNA:
Ungu, Putih Hijau


haa..eksklusif ni..gambar awek maulana kt luar akademi...namanye

cantik juga kan.



apa2 pun kt AF8 ni aku tetap akan sokong adira..sedap woo suara dia..
sokong je tapi xpernah mengundi pun..hahha

aku melawat AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)


td aku saje folo kawan aku teman dia pergi dgr ceramah pasal pengurusan kewangan..
actually AKPK ni terletak kt Maju Junction Mall tingkat 8...

sebenarnya masa mula2 sampai tu xthu juga apa peranan AKPK ni...
tp bila aku baca n dptkan info pasal dia..menarik juga
tlg org2 yg berhutang kt bank n xmampu nk byr..

kt sini aku ade copy skit peranan AKPK:

"Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dengan objektif untuk secara proaktif memastikan sektor isi rumah terus berdaya tahan dengan menyediakan saluran bagi peminjam individu dan bakal peminjam mendapatkan nasihat dan bantuan berhubung dengan pengurusan kredit dan, pada masa yang sama, menggalakkan sistem perbankan yang teguh dan mantap dengan memudahkan usaha pembayaran balik hutang dan meminimumkan kes-kes tidak berbayar akibat daripada pengurusan hutang yang kurang cekap."

maksudnye sblum ni kita mampu pakai semua benda tp sebab sesuatu berlaku..semua yg kita pakai n guna xmampu nak bayar.mungkin sebab
1- uzur..
2- putus mata pencarian
3- bayar bil hospital
4- belajna berlebihan

sesi kaunseling dia mmg menarik..sedikit sebanyak aku terkena berdas2 tembakan gak la..
sbb ade yg ada kaitan dgn aku..tp bagus la utk pengetahuan..

**nasihat aku..berigt sebelum berbelanja..terutama ketika menggunakan kredit kad..
leh buat bankrup woooo...

Tuesday, May 18, 2010

aku pijak meja cikgu...kuang ajar x?


sempena hari guru yg lepas aku nak tabik spring n salute kt cikgu aku ni..
nama nye
PN. NUBAH BTE ATON

dia antara guru terawal yg bg aku kasih syg dan semangat masa aku belajar di
SEKOLAH MENENGAH GHAFAR BABA
masjid tanah dulu..

sampai skrg aku still igt kata2 dia yg menyayangi aku n nak aku berjaya..
tq sgt2 cikgu..skrg alhamdulillah aku dh jd manusia yg berguna..

kalau boleh nk jumpa cikgu2 lama dulu n nak bg penghargaan sbb percaya kt aku utk jd sebahagian anak murid mereka...

**aku bkn budak baik sgt...hehe

mana x aku pijak n panjat meja cikgu ni..nak bergambar bersama..org cakap duduk sama rendah berdiri sama tinggi...hebat x?aku sorg je tau boleh pijak meja cikgu..hehe








Sunday, May 16, 2010

burger oblong terbaik di Melaka..

balik melaka kali ni adalah satu perjalanan yg sgt bermakna..byk aktiviti yg aku buat...
antaranya bbq bersama family..jalan2 pergi Melaka Wonderland, pergi Philea Resort and Spa tempat abg aku bakal kerja nnti..
tp paling best adalah pengalaman aku membeli dan makan burger oblong..
sebenarnye aku xde la nak makan sgt oblong ni.tp ade sorg kwn aku ni mengidam sgt nk makan oblong.dari bbrapa minggu lepas dh cari oblong ni..tp kedai tu asyik tutup je.bkn rezeki kut..
tp harini mmg xleh lepas dah..tgk kedai oblong ni buka terus serang..
alang2 nak beli n makan..biar sampai puas...hahaha..nafsu dh sampai ni..relax2..aku tempah 4 terus.eh eh..bkn aku makan sorg..tp utk family di rumah jg..







sempat usha2..cmne cara nak buat oblong terbaik ni..senang curi resepi dia..leh jual depan rumah lak pasni..pasni sapa nak beli oblong leh beli kt sy k..hehehe..berangan nak tggi...




paling xtahan sebelum balik tiba2 aku ade peminat misteri nak temu ramah n amik gambar..terkesima seketika ok..siap peluk2 aku lg..blushing ai...hehehe..tp layan kan juga..peminat nye pasal..cantik x peminat aku..??taraa....:p

last sekali..oblong ni mmg terbaik..rasa la..anda pasti xcukup nak makan satu...

Friday, May 14, 2010

Kerja Kosong Kerajaan,GLC,Badan Berkanun Dan Swasta

mungkin skrg ramai graduan yang dh abis belajar ataupun graduate dr Universiti nak cari keje..tul x?mereka tercari2 peluang keje yang bersesuaian dgn kos yg di ambil..tula..aku pun rasa nak pergi minta keje la..boleh x?hahaha.keje apa ek yg sesuai..terus jadi bos boleh ke?xnak masuk jawatan2 bawahan ni..(demand terlebih..gedik ok)

sbnrnya aku tgh menolong seorg kawan aku yang baru abis belajar di UPM dalam jurusan Sains Pemakanan..ala2 Doktor Makanan la..so dia dh selamat abis belajar n tgh tggu konvo.
so skrg sementara nak konvo dia tgh mencari kerja2 kosong kt luar sana yg bg keje kt dia..
dia pun xdemand gaji..dalam RM 1800 sebulan ok la tu..hahaha..
byk ke?xla..huhu..

tapi kat sini aku ade senaraikan beberapa website yang menawarkan atau mengeluarkan iklan2 jawatan kosong xkira dari sektor kerajaan, swasta ataupun badan berkanun..sapa yang berminat leh serve sendiri la yer..ikut suka kamu...

http://malaysiancareer.com

http://search-kerja-kosong.blogspot.com

http://my.jobstreet.com



yang paling best start harini sampai ahad ni kt PWTC akan berlangsungnye satu klinik Resume dan kerjaya JOBSTREET di K3G'10.

korg leh tgk sendiri peluang kerjaya yg korg nak..yang paling penting pakai formal n bawa salinan resume utk bg kt mana2 company yg korg berminat...
silap2 boleh terus dpt interview tu...
cubala..,mana thu rezeki kamu..

Reader's Digest awards for three Malaysians..

click picture ni utk mengelakkan anda juling ketika membacanye..T__T

perghhhh!!!!wowww!!! betul ke ni??mcm xcaya je??

itulah reaksi pertama aku bila dapat satu panggilan dari Majalah reader's digest Malaysia yang menganugerahkan aku sebagai Malaysian Inspiring Award pada tahun 2002..aku bg kategori remaja purba..haha..masa skrg la remaja purba..dulu mmg remaja trangtangtang..:p

aku xthu atas ukuran apa aku diberikan award ini tapi syarat utk jadi pemenang ini ialah dimana seseorg itu telah mencapai satu pencapaian yang membanggakan yang mana boleh menjadi kebanggaan rakyat Malaysia seterusnye boleh menjadi inspirasi kepada org lain...cewah..panjang lebar kalau bab2 puji diri sendiri ni kan..hehehe

apa2 pun aku menerima award ini bersama 2 org lain yang mana dalam kategori yg berlainan..


Founder MAKNA : dato' farid ariffin (open category)
k.jeyathesan (special category)
mohd sukur ibrahim (youth category)


kalau nak baca kisah aku..boleh baca kt dalam paper tu yer..tu la serba sedikit latar belakang aku...semoga kejayaan aku itu menjadi semangat n pendorong utk aku berjaya dgn lebih jauh lg..






Thursday, May 13, 2010

kenapa orang suka tgk cerita ADAMAYA?

dari episod awal sampai akhir..xsempat betul nak tgk cerita ni. harini last episod ke?hehe..
kecoh kt fb mahupun kt blog ni..semua orang bercerita pasal ADAMAYA ni..knp ek?

sebab hero dia hensom ke??
sebab heroin dia cantik sgt ke??
xpun sebab pelakon kanak2 dia yang comel??

apa2 pun cerita melayu tetap ade peminat dia juga kan?walaupun ade org duk kutuk2 cerita melayu..xpun xlayan langsung cerita melayu..tp cerita melayu tetap ade fan dia yg tersendiri..

kite tgk seterusnya..lepas ni ade cerita apa lak yg menjadi FENOMENA MALAYSIA!!!

sekali lg ucapan tahniah kepada ADAMAYA..walaupun aku xlayan..bkn sebb aku anti..tp xsempat nak tgk bro..:p..

tp dia boleh lawan ke CERITA NURKASIH???

mengapa aku tak pernah di panggil interview???

tensennye..knp la intenet ni begitu lembap sekali...byk benda yang aku nak postkan utk beberapa hari ni..tp oleh kerana internet yg lembap menyebabkan kelembapan otak aku aku utk berfikir juga..huhu..leh kena kanser otak ni..huhu~~~

beberapa harini mmg hari tough gak la bg aku..byk keje aku yg stuck separuh jalan..huhu..
mula rasa penat pun yer..cmne yer buat bisnes cmni..n cmne pulak org yg bekerja? terutama badan2 kerajaan..tgk mcm senang jer...hehe..( maaf org2 kerajaan)..

yela..bg sapa2 yg xthu..sejak aku tamat degree lg..aku xpernah menjawat sebarang jawatan pekerjaan..kerja sendiri je..dah hampir 5 tahun kut..xpernah makan gaji..tggu gaji hujung bln..makan meggi sebb terlebih shopping kena tggu gaji..

tp tula..tiba2 rasa terpanggil nak gi keje lak tiba2..nak rasa suasana pergi keje..suasana tmpt kerja..tgu gaji setiap bln..mcm best juga..tgk xde apa2 nak ditensenkan..cukup 3bln boleh buat loan..buat kredit kad..beli rumah..mcm tu ke?hahahahaha

lg satu..aku mana pernah ade resume..xpernah buat resume..n xpandai..tlg buatkan boleh?
sapa ade contoh resume yg power2..boleh la bg aku sebagai rujukan..

interview cmne pulak?cuak ke nak masuk bilik interview?n paling aku xbrapa nak pandai bila nak masuk exam..esp SPA atau PTD..dr sharing kawan2 aku..mcm susah giler babas...hahahah..

entahla..apa2 pun..minta kekuatan utk aku teruskan apa yg aku buat skrg..amin...

Monday, May 10, 2010

PETUA SIMPAN DUIT BANYAK2..

Saya pasti ramai yang sudah tahu dan pernah mendengar nasihat tentang pengurusan kewangan yang berbunyi..

Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda

Bermakna.. jika gaji anda sebulan RM2,000.. anda perlu simpan RM200 sebulan.
Jika gaji anda RM3,000 sebulan.. anda perlu simpan RM300 sebulan.

Dalam masa setahun, anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM200 X 12bulan = RM2,400

RM2,400 ? Oh.. nampaknya impian anda untuk menjadi jutawan masih jauh lagi..
Jika anda masih meneruskan simpanan bulanan anda sebanyak RM200 sebulan.. berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menjadi jutawan?

Jawapannya…. 400 Tahun!
Hah? Nampaknya.. dunia telah kiamat pun anda masih belum lagi jadi jutawan.. Oh!

Sebenarnya, nasihat menyimpan 10% daripada wang gaji kita itu sememangnya suatu nasihat yang baik. Tetapi, bagi saya, jika anda dapat menyimpan lebih dari 10%…. maka, itu adalah lebih lebih lebih baik lagi!

Persoalannya? Macam mana nak simpan lebih dari 10%?
“Saya tak boleh… kalau simpan lebih 10%.. nanti, makan pasirlah saya jawapnya.” ujar anda..

Jangan cepat berfikiran negatif… fikirkan perkara yang positif!
Sebenarnya, ada satu rahsia yang membolehkan kita menyimpan wang gaji kita lebih dari 10%. Jadi.. saya ingin kongsikan ia bersama anda, ini adalah rahsia peribadi saya… saya telah menguji dan menggunakannya pada diri saya sendiri, dan ikhlas saya katakan.. dengan rahsia ini.. saya mampu menyimpan wang sebanyak 200% daripada wang gaji saya setiap bulan!
(Diulangi… wang gaji yer.. bukan wang pendapatan.. ho! ho! ho! Bermaksud… JIKA gaji saya RM100 sebulan.. maka, saya mampu menyimpan RM200 sebulan..)

Anda nak tahu apakah Rahsia itu?
Baiklah.. saya beritahu anda rahsia yang bernilai RM497 ini secara percuma. Khas untuk pembaca-pembaca blog ini.

Rahsianya ialah.. .. “Keghairahan”… ho! ho! ho!… ataupun dalam bahasa omputihnya.. “Passion”

Oh! jangan salah sangka.. ini bukan ghairah seks.. ini ghairah lain.
(Kenapa yer?.. setiap kali sebut perkataan ghairah.. mesti orang akan ingat seks.)

Keghairahan yang saya maksudkan disini ialah keghairahan anda untuk mencapai cita-cita anda!.. Iaitu, suatu cita-cita yang memerlukan anda memiliki duit yang banyak untuk mencapainya.

Contohnya…..
Keghairahan untuk menjadi jutawan…
Keghairahan untuk memiliki kereta mewah..
Keghairahan untuk memiliki rumah banglo yang besar dan indah..
ataupun.. keghairahan untuk memiliki isteri 4.. ho! ho! ho!

Semua keghairahan ini memerlukan anda mempunyai duit yang banyak. tanpa duit yang banyak.. agak sukar untuk anda memenuhi keghairahan tersebut. Jadi.. jadikanlah keghairahan tersebut sebagai motivasi anda untuk menyimpan duit dengan banyak.

Anda masih tidak percaya bahawa keghairahan boleh membuatkan anda menyimpan duit dengan banyak?..

Baiklah! Mari kita imbas kembali zaman kanak-kanak anda? Sewaktu anda kanak-kanak dahulu, setiap hari, anda akan diberi wang poket oleh ibu atau bapa anda untuk belanja persekolahan anda. Kalau anda tidak ingat.. tidak mengapalah… tetapi saya masih ingat.

Sewaktu saya bersekolah rendah dulu, bapa saya akan memberikan saya wang poket sebanyak 30sen sehari. Ya, 30sen sahaja sehari, saya sememangnya bukanlah daripada golongan orang-orang yang berada. Bapa saya hanya bekerja di kampung dan saya dibesarkan sebagai seorang budak kampung. Dengan wang 30sen itu, saya akan membeli sepinggan mee goreng yang berharga 20sen dan segelas air yang berharga 10sen. Begitulah setiap hari, wang belanja yang diberi pasti akan dihabiskan dengan membeli mee goreng dan juga segelas air diwaktu rehat.

Sehinggalah, pada suatu hari, sewaktu sedang berjalan pulang dari sekolah, tapak kasut sekolah saya tercabut dibahagian depannya. Kasut itu memang sudah agak buruk. Sudah 2 tahun saya memakai kasut tersebut.. jadi memang tunggu masa sahajalah untuk ia menjadi arwah.

Sampai dirumah, saya memberitahu ibu tentang kasut tersebut. Tapi ibu kata, “Alaa.. boleh pakai lagi nie.. tampal je dulu dengan gam gajah!.”…Tanpa Banyak soal.. saya pun ambil gam gajah serta getah gred untuk melekatkan semula hujung kasut tersebut dan mengikatnya.

Selepas itu, disekolah, sewaktu rehat, saya tidak lagi bermain bola atau pergi berjalan-jalan keluar kelas atau ke kantin. Saya hanya akan duduk di dalam kelas dan buat-buat sibuk membaca buku cerita. Saya tak nak banyak bergerak sebab saya takut kasut saya akan terkoyak lagi. Jadi, saya hanya duduk diam-diam didalam kelas dan makan “jemput-jemput” yang dibuat oleh ibu. Duit sekolah yang diberi oleh ayah, saya simpan.. nak buat beli kasut baru. Jika sebelum ini saya agak malas dan segan membawa bekalan makanan ke sekolah, tetapi, pada waktu itu saya dah tak kisah. Saya akan bawa bekal makanan setiap hari dan duit yang ada pula saya akan simpan untuk membeli kasut baru… sememangnya masa itu saya dah tak pikir tentang malu, segan atau sebagainya.. apa yang saya tahu.. saya kena simpan duit untuk beli kasut baru.

Mungkin kisah saya agak berlainan sedikit dengan kisah hidup anda… tetapi.. saya pasti setiap anda pernah mengalaminya. Sewaktu kecil dulu, apabila anda teringinkan sesuatu.. tak kiralah.. basikal baru ke?, beg sekolah baru ke?, mainan baru ke? jajan baru ke? atau pun nak beli mercun sewaktu hari raya… anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyimpan duit sekolah anda. Sanggup tak makan atau tidak membeli makanan ringan semata-mata nak simpan duit untuk beli barangan yang anda idamkan. (Jika anda anak orang kaya dan selalu dapat apa sahaja yang anda hajati…. mungkin anda tidak mempunyai pengalaman sebegini!.. jadi, bersyukurlah bagi mereka yang tidak dilahirkan di dalam keluarga yg kaya-raya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.)

Bagaimana?.. masihkah anda ingat kisah-kisah zaman silam anda sewaktu di zaman persekolahan dulu?.. Penuh dengan keghairahan bukan? Begitulah juga pada waktu ini… jadikan keghairahan anda untuk memiliki sesuatu itu sebagai motivasi anda… dengan keghairahan tersebut.. saya pasti.. setiap dari kita akan mampu meningkatkan peratus wang simpanan kita setiap bulan!

Jadi… carilah dan wujudkanlah suatu keghairahan di dalam hidup anda!

P/s:- Kepada yang sudah berkahwin.. mungkin anda boleh mengimbas kembali kenangan anda sewaktu anda ingin “mencari duit kahwin”. Anda sungguh ghairah bukan waktu itu? Keghairahan seperti itulah yang diperlukan.. jika dulu keghairahan anda untuk adalah untuk berkahwin.. kini, gunakan keghairahan yang sama, untuk menjadi jutawan pula..

Sunday, May 9, 2010

pembaca blog aku serata dunia...


cuba korg tgk carta kt bawah ni..xkisah carta pai or jadual kt bawah ni..menunjukkan pembaca blog aku bukan saje di Malaysia..tapi di Japan, Indonesia, Singapore, Korea dan paling xtahan Norway...alhamdulillah.jgn lupa dtg lg yer..








bila pembaca dari UAE nak baca blog aku ni?hehe..

Lalat berak dimuka ku...disebalik rahsia tahi lalat..


Boringnye hari ahad kalau xde buat apa2...jom kite usha2 tahi lalat kite n kawan2 kite..;p
Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat
Hahaha. Mari-mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat. Semua orang ada tahi lalat. Tetapi tak tahu la saya kalau-kalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat ini.
Thanks kepada saudari Mazrah Yusop kerana sudi berkongsi artikel Rahsia Tahi Lalat

TandaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas
Kelopak mata kiri bawahAgak bodoh, kurang bijaksana