Saturday, July 30, 2011

REVIEW AKSI PERLAWANAN DAN PENGALAMAN MENONTON DI STADIUM


Kehangatan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura masih terasa lagi walaupun dah berlalu semalam. aku antara orang yang berpeluang untuk menontot secara live di stadium nasional bukit jalil..mula2 macam nak tak nak je nak pergi..orang lain duduk sibuk pergi beratur panjang2 nak pergi beli tiket..aku buat tak tahu je..tapi hati ni berat nak pergi..poyo tak?

last2 keputusan yang nyata dh buat..aku nak pergi tengok live gak..almaklumla..stadium tu dengan rumah aku tak la jauh mana..jalan kaki pun sampai..tapi makan masa 1hari la..kalau dengan cara aku jalan ni..ehhehe..


cari2 tiket..last2 ada orang berkesudian nak tolak tiket dia kat aku...bukan tolak dengan ikhlas pun..ala2 berbisnes gak la..harga mahal skit dr biasa..tapi takpe..semangat nak sokong Malaysia punye pasal kan...tiket tempat duduk biasa?no! saya ambil grandstand ok...berlagak tak?hahaha..

di akui..aku memang fanatik bola sepak..banyak kat blog aku ni pun ada cite pasal bola..macam kisah Malaysia menang AFF SUZUKI yang lepas...lagi satu masa final Malaysia lawan Indonesia haritu, kisah aku HAMPIR MATI DIPIJAK PENONTON masa menonton di Dataran Merdeka dengan skrin besar..lagi best..aku dapat berjumpa FACE TO FACE DENGAN SAFEE SALI..siap amik gambar lagi..dia idola aku ok..hehe



plan mula2 nak gi naik lrt je ke bukit jalil..almaklumla kalau naik kereta mesti jemm giler2 nye..last..decide naik motor..dalam perjalanan dari rumah tu.memang terasa bahang kehangatan perlawanan..jalan raya dipenuhi orang ramai yang memakai jersi Malaysia..no more jersi MU, Chelsea atau Liverpool..hehe..patriotik abis la..best2..



memang tak sangka dalam stadium dah penuh orang..bayangkan setiap inci ruang tempat duduk dan tangga di penuhi peminat Malaysia..memberi sokongan padu untuk memastikan kemenangan Malaysia..seterusnya layak ke pusingan seterusnya..paling respek adalah penyokong Ultras Malaya...semangat diorg memang tak leh celen bro..dr mula sampai abis game..tak duduk, tak diam..sampai abis game pun still tak keluar stadium..memang respek abis..


bila game dah start rasa macam boring pulak..sebab biasa tengok tv ada pengulas tolong ulaskan..sebut nama dan sebagainye..tapi kt stadium takde..hehe..lagi satu bila tengok live ni, takde siaran ulangan..n takde kamera dari pelbagai sudut..so kenala sentiasa fokuss..hehe


so perlawanan semalam memang mendebarkan..banyak peluang2 yang diorang buat tapi kurang membuahkan hasil..safee sali macam biasa tak dapat support banyak dr pemain lain..dia terpaksa create peluang sendiri..barisan tengah pemain memang hancur..aku dan penyokong lain siap jerit2 suruh keluarkan Ismail Faruqi tu..hancur giler dia..tak tahu arah mana dia duduk..yang paling mendapat tumpuan mesti Khairul Fahmi Che Mat..keeper terbaik Malaysia..memang dia lah wira..banyak cubaan Singapura yang dia dapat selamatkan..nak harapkan keeper sebelum ni memang duduk tegak je..igt tanda hormat lagu Negaraku ke apa?hahaa


keputusan penuh Malaysia vs Singapura seri 1-1 dan Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya kerana kalah agreget 6-4..gol safee sali memang cantik..gol singapura memang senang..sekali lagi barisan pertahanan malaysia sangat lemah...terlalu lemah dan sangat mengecewakan..


serius aku beremosi seketika lepas abis game tu..:( sedih, perasaan tu bercampur baur..sebab kecewa..bukan kecewa datang stadium beli tiket mahal..tu aku rasa berbaloi..dapat kepuasan peribadi..tapi kecewa sebab malaysia kalah di medan sendiri..sorakan 90,000 penyokong malaysia belum cukup menaikkan motivasi pemain. percaturan jurulatih K.Rajagopal still banyak kelemahan.. jurulatih lambat menukar pemain dan menukar strategi permainan memaksa sekali lagi Malaysia berputih mata..hampa!

banyak yang perlu di beri post mortem semula..seolah2 perlawanan persabahatan dengan 3 kelab gergasi eropah haritu sekadar melepaskan batuk di tangga..sia2..tak upgrade langsung..di akui ada pemain yang bersungguh2 menunjukkan aksi dan skill mereka.tapi yang lain hampagas..hancur..puji2 juga..kadang2 kala perlu mengeji untuk perubahan..

aksi busuk pemain singapura juga antara faktor kekalahan Malaysia..nak buat cmne kan..menang tetap menang..cara mana pun tak penting selagi tak salah dari segi pandangan mata pengadil..

terima kasih kepada keseluruhan rakyat Malaysia tidak kira umur, bangsa, budaya, fahaman politik bergabung untuk memberi sokongan kepada Perlawanan bola sepak semalam. memang fenomena abis la..pergi mana2 pun still orang akan memperkatakan hal bola..seronok!:)

aku nampak sukan terutama bola sepak berjaya menyatukan kita bersama..

luv u all...


gambar terbaik perlawanan...
cantik kan?

5 comments:

A'IM said...

pasal cerita di dalam stadium nanti aku share.. aku duduk area gambar n0 4 tu.. kesian safee sali turun naik sbb agaknya dia geram tak dapat bola kot

Benrauf said...

Rajagopal mungkin rasa dia lebih mengenali pemain tapi percaturannya malam itu terbukti tidak benar.

zool said...

Takpe.. dah kalah nak buat camne kan?

Najah SHakiLa said...

najah yang tak minat bola nie..sanggup tengok bola semata-mata kerana Malaysia..memang semangat dah naik maksima mase malaysia dpt gol 1-0..tp trun blek lepas singapore dpt samakn jaringan..walaupun tngk mcm dh xde harapan..tp masih terpacak dpn tv hingga lah habis..mmg saket hati tngk singapura yg bnyk drama..whateva..saya tetap anak malaysia..ecehh..:)

Oh Oeya said...

Kita yg tengok kt rumah pn semangat tak henggat.. Jiran2 bersorak juga.. lupa pulak kita hanya duduk di sofa hik3.. Meriah!!
Apa pun tahniah ats kesungguhan semua pemain!
Pic last tu.. mse menonton kitaorag masing2 bersorak.. cm akrobatik! serentak! kelasss wehh!