Thursday, July 21, 2011

BAHAYA DI ZON SELESA..



dah berapa lama kita kerja...???
ada tak kita fikir bagaimana kita nak memotivasikan diri kita untuk meningkatkan skill kerja???
ataupun biar je kita berada di takuk yang lama..???

renung2kan yerr....

ketika kehidupan bermula sebagai seorang pekerja pastinya kita akan mengalami kesukaran untuk mendapat keselesaan bekerja memandangkan ilmu, kemahiran dan profesionalisme sebagai pekerja masih ditahap permulaan. namun bagusnya kita tidak lokek berusaha kerana kita menyedari situasi kita yang memerlukan banyak input2 baru bg memastikan kita dapat menguasai bidang pekerjaan yang anda ceburi.

namun, apabila tempoh pekerjaan anda masuk 2-3tahun anda sudah berada di alam pekerjaan, anda mula merasakan keselesaan kerana perlahan-lahan anda mula melangkah menjadi senior, anda juga sudah dapat menguasai tahap kerjaya anda. perjalanan kerja juga semakin hari semakin pantas..dan anda mula selesa dengan keadaan ini.


dari pemerhatian. apabila anda mula masuk kedalam zon ini. anda mula hilang momentum usaha anda yang dulu. sebaliknye anda terus dalam graf sama rata stiap hari. anda tidak berusaha untuk terus mengembangkan potensi diri yang masih banyak tidak diterokai dalam diri anda. segala tugasan kerja anda sudah mula bertangguh-tangguh atau serahkanya pada orang lain. peningkatan pada diri akan terhenti setakat itu kerana anda sudah selesa dan tidak mahu membina perubahan untuk lebih maju ke hadapan

3 comments:

PeRmAtA bIrU said...

selalu dengar tentang zon selesa nih... selalunya begitu la.. terutama orang kita.. melayu... bila dah dapat kerja yang cukup untuk menampung kehidupan dan boleh dianggap selesa.. usaha mula dikurangkan... prestasi tidak lagi menjadi kebanggaan... dan sebab tu ramai sgt yg berebut nak kerja ngan kerajaan.. huhu..
salam perkenalan... saya follow blog anda :)

ILA HonEyBuNNy said...

berusaha dan terus berusaha hingga benar2 berjaya...;_)

Hafeezan said...

saya amat bersetuju dengan pendapat saudara mengenai zon selesa semasa di tempat kerja. pengalaman saya sendiri. saya seolah-olah selesa dengan kedudukan saya sekarang, dan akhirnya akan mempengaruhi prestasi kerja. saya sekarang sedang mencari momentum yang sesuai untuk saya menerokai skop yang lebih mencabar dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi.