Thursday, June 2, 2011

Restoran Sekinchan Ikan Bakar

korang masih belum mendaftar untuk CONTEST - SUKUR' BIRTHDAY??

baru 2 orang yang join..korang leh terjah..


cepat..sebab ada masa 3hari lagi untuk contest ini di tutup..
memag sekejap..tengok la sapa yang sudi masukkan..
hadiah apa?aku tak leh janjikan dulu skrg..
tapi semestinya yang terbaik buat aku..
doakan aku murah hati..:)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


korang pernah berkunjung atau try Restoran Sekinchan Ikan Bakar..
satu restoran yang telah menjadi fenomena rakyat Malaysia kut aku rasa sekarang..
yerla..kalau sebelum ni kita tengok kalau bangunan kedai warna Coklat je..mesti dalam kepala otak cakap ni mesti Old Town White Coffee..tak pun ahli saudara Coffee yang sewaktu dengannya la..tul tak??

tapi sekarang Restoran Sekinchan Ikan Bakar memecah monopoli warna coklat tu dengan meletakkan warna tema diorang pun warna coklat juga..

kat sini aku inform skit Kisah Sekinchan Ikan Bakar ni yang aku ambil dari website dia..

"sesenja di Sekinchan...ketika kami menjejaki kampung nelayan di Sekinchan pada waktu senja, ikan-ikan segar kelihatan dipunggah bakul demi bakul ke atas pelabuhan. Kesegaran ikan dan bau ikan bakar ramuan tradisi sekinchan semakin dekat di hati. Ikan yang di panggang segar dan di renjis dengan air asam dan limau..begitu nikmat dimakan begitu sahaja dengan sos tradisi turun temurun.

inilah yang menjadi inspirasi kami utuk membawa nikmat sebenar Sekinchan Ikan Bakar lebih dekat ke hati warga kota dengan suasana restoran yang mesra, selesa dan harga yang berpatutan.."

begitu bersungguhnya member aku makan..hehe

aku berkesempatan berkunjung ke Restoran Sekinchan Ikan Bakar ni..kat Bandar Puteri Puchong..yerla..setiap kali lalu mesti tanya apala istimewa nye restoran ni sampai dah buka di merata KL ni..sedap sangat ke?boleh lawan ke Restoran Umbai Ikan bakar di Melaka..hehe


pesan 2 ekor ikan..ikan apa entah aku pun tak tahu..sebab member aku yang pilih..beserta ulam-ulaman..almaklumla..makan dengan Pegawai Zat Makanan ..kenala makanan tu berkhasiat..hehe

rasa ikan bakar dia boleh tahan la sedapnya..tapi nasi dia skit..tak cukup ko..

korang boleh la try gi usha makan sana..tempat yang sesuai di makan seisi keluarga kerana tempat dia besar dan selesa..

tapi makanan dia tak boleh menggilakan korang sampai korang termimpi2..kalau 4bulan sekali boleh la makan sekali..



3 comments:

Sue Baharuddin said...

lagi besh umbai kat melaka :)

wan nurfazliyana said...

i've tried it! best. btw, sekinchan dkt j dgn rumah i:)

tice su said...

sedapnye!