Tuesday, June 28, 2011

CITA-CITA AKU - dulu, kini dan selamanya...

masa aku kecik dulu...cita2 aku sebenar nak jadi seorang doktor...
memang belajar bersungguh2 semata2 untuk jadi doktor..
kenapa nak jadi doktor??entahlaa..maybe keje doktor ni macam best dan di pandang tinggi masyarakat..yerla..doktor kan menyelamatkan orang yang sakit..
lemah cita2 tu kan??xde asbab yg kuat...


lepas berjumpa dengan seorang OKU berjaya di Melaka iaitu Peguam Encik Tuah, aku merasakan aku seperti beliau..aku bercita2 lak nak jadi seorang peguam..almaklumla, peguam ni tak perlu kekuatan fizikal yang sempurna, cukup lah sekadar menggunakan akal dan mulut untuk berbicara...kuat tak cita2 tu?xberapa gak la kan..ikut2 org..


masa kat UKM dulu..aku dapat segulung Ijazah dalam bidang Software engineering..ala2 hacker2 la kononnye...mana website yang orang minta aku hack, aku akan hack..hahahaha..tipu je..masa tu cita2 lak nak jadi seorang pegawai kerajaan yang berwibawa...tapi bukan pegawai kerajaan biasa..PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik...

puas baca buku Malaysia Kita. puas dah pergi exam PTD (puas apanye..baru sekali..hehe)..tapi maybe aku ni terlalu hebat untuk keje di jabatan kerajaan..tak dapat tawaran..cita-cita tinggal cita2...takperla...


cita-cita nak jadi pemain bola sepak Manchester United kaki ku ini tak cukup panjang..mau Alex Ferguson sepak je aku nanti...hehe


berangan nak jadi artis??boleh gak kan??glamour apa jadi artis..ramai peminat, n job pun melambak orang panggil nak buat shooting..ermmm...???xnak la.. nanti banyak sangat gosip liar..ada ke nak gosipkan aku dengan Lisa Surihani...memang tak dapat la cek...hehe..ayat berlagak tapi dalam hati ada taman..haha...


pernah gak terfikir nak down to earth keje buruh binaan..
bancuh simen, cat bangunan, pasang tiles..
huhu..tak mampu kut...nak angkat batu bata sebiji pun tak larat..haha

last2 fikir punya fikir, apa la kerja yang sesuai untuk aku yerrr??
nak berniaga la..rasa2nya perniagaan sesuai dengan jiwa ku kut....:)
yerla. 9/10 rezeki kan datang dari perniagaan..so kenala cuba2 meniaga..


bermula dari meniaga otak2 di tepi restoran..


sampai ke meniaga kuih dan biskut raya pada setiap hari raya aidilfitri..



dan yang terakhir adalah menjadi Pembekal utama
kepada penyelesaian lantai anda..

"Your Floor Solution"

tak kira la orang nak pasang karpet ke..


pasang vinyl ke..


pasang lantai kayu @ laminated floor


tak pun ada orang nak pasang tiles...


semua aku buat..janji barang leh jadi duit kan...halal dan tak tipu orang..service mesti baik dan sempurna..sebab aku bukan jenis berniaga Touch n Go..nak kekal lama..nak servis satu client selama2..selagi dia mahu...

so aku dah jumpa kerjaya dan karier sebenar hidup aku sekarang..tak perlu ikut orang lain punya cita-cita, atau terpengaruh dengan cara hidup orang..kata....AKU TETAP AKU ...:)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekaran aku melebarkan empayar skil dan kebolehan aku lagi...nak upgrade setiap hari tanpa duduk pada satu tempat yang sama..dalam kamus hidup aku tak pernah kenal erti penat atau susah..kalau boleh aku redah, aku redah...

nak cabar diri utk jadi seorang insan yang dipandang tinggi masyarakat..
serba boleh dalam segala bidang yang aku ceburi..

so sekarang aku ada buat freelance bagi talk Motivasi kepada semua golongan, xkisah pelajar sekolah yang nak berjaya dalam peperiksaan, pelajar Universiti untuk menetapkan cita-cita bila keluar bekerja nanti, kepada OKU-OKU yang ingin mendapatkan semangat dan tak putus asa dalam hidup..dan seluruh manusia yang ingin memotivasikan diri mereka ke arah yang lebih baik..




apa yang aku ingin kongsikan kepada semua adalah perjalanan sebenar hidup aku. camane aku seorang insan yang dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna tapi mampu untuk paling kurang bermimpi utk cabar diri utk lebih maju kehadapan seterusnya mencapainya dengan semangat dan usaha yang gigih...paling penting kena PERCAYA.!!!



9 comments:

PenuliS said...

keep it up bro!!

Uwa said...

kekekeke.. lawak ah post ini.
Ha, cuba ko motibasikan kita ni shukur! malas no nak keje ni heheheh

IHSAN KHAIRIR said...

bangga aku jadi sedara ko sukur! teringat masa kecik2 main bola ngan sedara mara lain... walaupun kaki ko kecik, tapi bila ko sepak bola, deras ooo... pedih tgn aku jd keeper.

wazy said...

salam
terbaik la bro
teruskan semua usaha murni mu itu
sebagai sahabat,aku sokong sepenuhnya semua yang ko lakukan

maisarah sarah said...

wah tahniah2 dah jumpa hala tuju sbnr.hehehe..tp pic first tu lain la muka.hehehe kurus skit

Kasih D Hati said...

hhahaha.. I like your post this time...
yang tak tahan semua wording mesti ada pic yg sesuai.. tak tahan sedondon dgn lisa.. kew kew kew
all the ebst to you.. tak ader yg mustahil dlm hidup kita...chayookkk!

*SiRibenMerah said...

wahhhhh..
jadi mcm2 ye sukur...
tak citer lak jadi pelakon teater kat ukm dulu...

apepon sukur,
jd diri anda adalah terlalu istimewa..
sayanggggg sukur...


*bila masa kita degree software engineering neh???? confuse jap sambil duk belek2 degree kita... hehehehe... =P~

Ct Aisy Abdullah said...

WEEKND NI BOLEH TAK AKU P OFIS KO..NK TGK KATALOG?TOLONG SMS AKU ALAMAT KEDAI..0139337830

Abang Jalal said...

Syabas sukur ! Terharu abang membacanya.