Thursday, June 30, 2011

WORDLESS THURSDAY : Dapat Pinjam Sportcar Sunway Piramid

Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : Malaysia ke Piala Dunia

Tuesday, June 28, 2011

CITA-CITA AKU - dulu, kini dan selamanya...

masa aku kecik dulu...cita2 aku sebenar nak jadi seorang doktor...
memang belajar bersungguh2 semata2 untuk jadi doktor..
kenapa nak jadi doktor??entahlaa..maybe keje doktor ni macam best dan di pandang tinggi masyarakat..yerla..doktor kan menyelamatkan orang yang sakit..
lemah cita2 tu kan??xde asbab yg kuat...


lepas berjumpa dengan seorang OKU berjaya di Melaka iaitu Peguam Encik Tuah, aku merasakan aku seperti beliau..aku bercita2 lak nak jadi seorang peguam..almaklumla, peguam ni tak perlu kekuatan fizikal yang sempurna, cukup lah sekadar menggunakan akal dan mulut untuk berbicara...kuat tak cita2 tu?xberapa gak la kan..ikut2 org..


masa kat UKM dulu..aku dapat segulung Ijazah dalam bidang Software engineering..ala2 hacker2 la kononnye...mana website yang orang minta aku hack, aku akan hack..hahahaha..tipu je..masa tu cita2 lak nak jadi seorang pegawai kerajaan yang berwibawa...tapi bukan pegawai kerajaan biasa..PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik...

puas baca buku Malaysia Kita. puas dah pergi exam PTD (puas apanye..baru sekali..hehe)..tapi maybe aku ni terlalu hebat untuk keje di jabatan kerajaan..tak dapat tawaran..cita-cita tinggal cita2...takperla...


cita-cita nak jadi pemain bola sepak Manchester United kaki ku ini tak cukup panjang..mau Alex Ferguson sepak je aku nanti...hehe


berangan nak jadi artis??boleh gak kan??glamour apa jadi artis..ramai peminat, n job pun melambak orang panggil nak buat shooting..ermmm...???xnak la.. nanti banyak sangat gosip liar..ada ke nak gosipkan aku dengan Lisa Surihani...memang tak dapat la cek...hehe..ayat berlagak tapi dalam hati ada taman..haha...


pernah gak terfikir nak down to earth keje buruh binaan..
bancuh simen, cat bangunan, pasang tiles..
huhu..tak mampu kut...nak angkat batu bata sebiji pun tak larat..haha

last2 fikir punya fikir, apa la kerja yang sesuai untuk aku yerrr??
nak berniaga la..rasa2nya perniagaan sesuai dengan jiwa ku kut....:)
yerla. 9/10 rezeki kan datang dari perniagaan..so kenala cuba2 meniaga..


bermula dari meniaga otak2 di tepi restoran..


sampai ke meniaga kuih dan biskut raya pada setiap hari raya aidilfitri..



dan yang terakhir adalah menjadi Pembekal utama
kepada penyelesaian lantai anda..

"Your Floor Solution"

tak kira la orang nak pasang karpet ke..


pasang vinyl ke..


pasang lantai kayu @ laminated floor


tak pun ada orang nak pasang tiles...


semua aku buat..janji barang leh jadi duit kan...halal dan tak tipu orang..service mesti baik dan sempurna..sebab aku bukan jenis berniaga Touch n Go..nak kekal lama..nak servis satu client selama2..selagi dia mahu...

so aku dah jumpa kerjaya dan karier sebenar hidup aku sekarang..tak perlu ikut orang lain punya cita-cita, atau terpengaruh dengan cara hidup orang..kata....AKU TETAP AKU ...:)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekaran aku melebarkan empayar skil dan kebolehan aku lagi...nak upgrade setiap hari tanpa duduk pada satu tempat yang sama..dalam kamus hidup aku tak pernah kenal erti penat atau susah..kalau boleh aku redah, aku redah...

nak cabar diri utk jadi seorang insan yang dipandang tinggi masyarakat..
serba boleh dalam segala bidang yang aku ceburi..

so sekarang aku ada buat freelance bagi talk Motivasi kepada semua golongan, xkisah pelajar sekolah yang nak berjaya dalam peperiksaan, pelajar Universiti untuk menetapkan cita-cita bila keluar bekerja nanti, kepada OKU-OKU yang ingin mendapatkan semangat dan tak putus asa dalam hidup..dan seluruh manusia yang ingin memotivasikan diri mereka ke arah yang lebih baik..




apa yang aku ingin kongsikan kepada semua adalah perjalanan sebenar hidup aku. camane aku seorang insan yang dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna tapi mampu untuk paling kurang bermimpi utk cabar diri utk lebih maju kehadapan seterusnya mencapainya dengan semangat dan usaha yang gigih...paling penting kena PERCAYA.!!!



Monday, June 27, 2011

Kecantikan Hak Milik Lelaki juga

kadang2 kita tak tahu sapa yang akan di utuskan Allah utk bagi rezeki kat kita..betul tak? rezeki Tuhan tu ada je kat mana2..tinggal kena usaha skit untuk mencari nye..



so beberapa hari lepas aku dapat satu job supply n install carpet di sebuah SPA..
memang kerja yang agak urgent gak la client ni..
tapi rezeki jangan di tolak kan? janji barang jadi duit..kita layan..

so ni la hasilnye carpet yang aku pasang haritu.. korang xyah fokus sangat kt carpet tu, fokus kat dinding dia..cantik kan?tu wallpaper kain batik..hehehe.. memang tak de kt pasaran..nak tahu kat mana akak ni beli..aku pun tak tahu..memang mood SPA tu memang ada la..


SPA ni terletak di Desa Pandan..sapa2 nAk cuba Pakej yang ditawarkan..bagi aku memang berbaloi la..kena cuba sendiri baru tau...

korang boleh LIKE sendiri Facebook Heal & Beauty Centre dan tengok pakej2 yang ditawarkan...bagi yang arif dalam spa ni..leh la buat perbandingan..yer x?paling tak cuba sekali pasti nak lagi..heheeh

~~~~~~~~~~~~~

aku dapat tawaran best dari client untuk cuba spa facial diorg..hehehe..
dah lama rasanya tak buat facial ni..last tahun lepas kut..so nak la cuba..
sebab spa ni pun spa family..so memang layan la..

KECANTIKAN HAK MILIK LELAKI JUGA KAN?? :)



aku layan tidur...

sedut apa entah..xsedar..hehe

meringankan otak ku ini..hehe

mask man...hehe..

kalau korang nak cuba, leh datang walkin terus ke spa ni..puan empunya spa sangat ramah dan baik..kalau nak dapat diskaun banyak kena sebut nama aku yang perkenalkan..mesti dapat less kaw2..hehehehe..tipu je..

Aku bertambah hensom skrg..jangan mengurat ek!hehe..



Sunday, June 26, 2011

"We Carried Our Kids to Works"

hai semua...just nak share cerita lama ni...sempena hari ibu yang lepas..mak aku telah di interview oleh seorang wartawan untuk dimasukkan penulisannya didalam surat khabar..
wartawan dari surat khabar New Sunday Time telah datang rumah aku sendiri untuk menemuramah mak aku pasal ketabahan dia..

mak aku bukan setakat pandai mencari duit sendiri dulu dalam membesarkan kami, bekerja menjual nasi lemak pada setiap pagi, menjadi guru aku semasa aku dirumah, walaupun mak aku ni sekolah sampai tingkatan 3 je..tapi dia ada sijil darjah Khas sekolah Agama Johor tau.. malahan menjadi kawan kepada kami adik beradik..almaklumla ayah aku askar..garang skit..takut woo kena tengking..heheh

ni keratan dia..





kalau nak cerita pasal pengorbanan mak memang tak dapat nak di gambarkan dengan kata2..takde apa2 yang aku dapat samakan kasih sayang dan curahan yang telah diberikan kepada kami adik beradik..alhamdulillah masing2 dah bekerjaya dan berjaya...


paling berjaya mesti la aku..cewaahhh...amin...
xdela..main2 je...

best article wartawan ni pasal aku..korang baca skit..sepenuh hati tau..macamne insan istimewa macam aku boleh mengharungi semua onak cabaran dan dugaan sehingga berdiri teguh tanpa tumbang atau lemah..


The couple are proud that despite his disability, Sukur is successfully running his own business in Kuala Lumpur.

This was a far cry from the day he was born with stunted limbs.

"He was the talk of the town in my hometown in Muar. People came from all over to see him and until he was 3 years old, he would shy away from people and would even hide under his bed whenever we had visitors at home," remembered Aishah.

"But things changed when my husband managed to coax him into participating in colouring contests and singing competitions when he was 5 years old.

"From then on, he was not afraid to go out in public. He was extremely good in colouring and singing, and won many prizes in competitions," she proudly added.

With the confidence nurtured in him by his parents, Sukur became more independent and managed to complete his studies and obtained a degree in computer studies from a local university.

"He now runs a laundromat and a few other businesses with his friends in Kuala Lumpur and he even gives motivational talks all over the country," said a beaming Aishah.

In 2003, Sukur, was honoured with the Reader's Digest Inspiring Asians award in recognition of his outstanding achievements, and for bringing hope to Malaysians.



best kan??semua nya hasil titik peluh mak yang membesarkan aku..eh bukan mak sorang je..abah pun sama..tanpa abah sapala mak kan??

so hargai mak kita selagi mereka ada k..
aku akui aku bukan anak yang taat,
tapi aku adalah anak yang baik terhadap kedua ibu bapa aku..

boleh click sini untuk membaca kisah ini sepenuhnya..


Thursday, June 23, 2011

Tuhan Jagakan Dia



Hanya dirimu yang ku cinta
tak kan membuat aku jatuh cinta lagi
aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

walau ku tahu kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh dari mu
apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

TUHAN..
jagakan dia
dia kekasihku yang tetap milikku
aku sungguh mencintai sungguh menyayangi
setulus hatiku






Sunday, June 19, 2011

HERO DALAM HIDUP AKU - ABAH

There’s a hero
If you look inside your heart
You don’t have to be afraid
Of what you are

There’s an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you’ll finally see the truth
That a hero lies in you

~~~~~~~~~~~~~~~

kenali Insan Paling bermakna dalam hidup aku


IBRAHIM BIN HJ ABD SAMAD.

DI LAHIRKAN PADA 12 DISEMBER 1951

PESARA PEGAWAI WARAN 2 TENTERA DARAT DI RAJA MALAYSIA



abah bersama aku masa hari lahir aku 6 Jun haritu..

ada orang panggil ayah, ada orang panggil papa, ada orang panggil dad, ada orang panggil abi, dan ada orang panggil abah..

semuanya membawa maksud yang sama iaitu bapa..

insan yang bertanggungjawab dalam proses kelahiran aku 27tahun yang lepas..:)


abah aku menyambut hari lahir tahun lepas..still nak tiup lilin kaww...hehe..

gambar masa raya tahun lepas..kami sedondon..anak abah la katakan..:)


bawa abah buka puasa di SEOUL GARDEN Mahkota Parade


nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA pada abah aku..
tanpa abah, tanpa juga Sukur di dunia ini kan..
semoga abah di panjangkan umur, di beri kesihatan yang baik, dan ditetapkan hati dan iman..
moga menjadi abah yang terbaik dalam dunia ini...


nak abah angkat Sukur macam ni lagi boleh?
larat tak?hhehee..ringan je kut skrg..hehe
abah dengan spek mata besar giler...

abah femes sebab selalu keluar surat khabar dan tv


walaupun aku dh berumur 27tahun, aku masih memerlukan kasih sayang dan pemerhatian seorang abah..tak tahu la kehidupan aku cmne tanpa abah disisi...

doa aku semoga abah dapat panggilan Haji tahun ni...

Saturday, June 18, 2011

NORA ELENA : EPISOD AKHIR TU BEST SANGAT KE?


huhu..aku memang salah seorang peminat Nora Elena..
jujur aku cakap memang aku suka tengok lakonan Siti Saleha ni..
suka tengok lakonan dia ke suka tengok dia encik sukur woiiii..hehe..
tapi memang cite Nora Elena ni boleh tangkap hati wooo...

bila aku tengok watak yang di bawa oleh Seth Tan dalam cite tu..memang saling tak tumpah dengan sikap aku...hehhee..tak tipu...betul..sapa kenal rapat dengan aku tahula..
tapi dalam sifat romantis dia, penyabar dia..huh! sama..
sejak fenomena Nora Elena muncul dan watak Seth Tan muncul..bila aku jumpa kawan2 semua akan cakap, "Sukur, ko macam Seth Tan la.."."sama cmne tu?"
"samala.."hehee..

yang tak sama pun memang banyak gak..sikap bodoh dia dalam melayan yvonne tu memang aku rasa tak boleh sabar..Yvonne la yang terbaik..kononnya.. tak faham cmne Yvonne boleh treat Seth Tan mcm apa sedangkan Seth Tan bos dia..kalau aku jadi Seth Tan dah lama aku pecat..ni dah akhir2 baru nk pecat apala...

setiap petang memang aku tunggu la tengok cite ni..

tapi yang sedih korang nak tahu apa??

aku tak tengok EPISOD AKHIR dia...


tensen..dah diam..jangan cite kat aku apa yg terjadi..

sbab aku pun belum tengok sebarang siaran ulangan di youtube mahupun di tonton.com.my





Wednesday, June 15, 2011

Buffered Earning Beribu-ribu

click untuk tumbesaran

alhamdulillah adala rezeki juga beberapa hari ni..

dah lama sangat rasanya aku xdapat BE..tak tahu kenapa? betul ke ganjaran pengiklanan yang di buat oleh nuffnang ni sudah tidak boleh di terima pakai lagi?

ramai blogger2 hebat pun dah bertukar kepada Innity..kenapa ek?
kalau nak guna Innity juga cmne yer...

lum lagi cashout kan duit2 yang dapat di nuffnang ni..
yerla..berapa je sangat..

hope lepas ni rezeki lebih murah dengan blog..

Sunday, June 12, 2011

Majlis Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya di Pantai Remis


tahniah..tahniah...tahniah...

itulah ucapan yang ikhlas dari aku untuk abg ahmad fedtri yahya yang telah melangsungkan perkahwinan di tempat pengantin lelaki iaitu kampung fedtri sendiri..


aku berkesempatan juga la untuk ke majlis menyambut menantu, iaitu isteri kepada Ahmad Fedtri yahya..di Arena Square, Pantai Remis Perak..memang satu perjalanan yang panjang, lama, jauh, memenatkan..tapi puas hati...balik rumah senyum abg fedtri kat aku masih aku ingati sampai sekarang..hehehe

punyala semangat giler pergi sana kan, malam2 tu aku siap cek kat google maps cmne nak gi pantai remis...almaklumla hamba xmampu nak beli gps kt kereta lg.hehe..esoknya pukul 8.30pagi dh kluar rumah...sebab dijangkakan perjalanan mengambil masa 3jam 30minit utk sampai dari KL.tak termasuk sesat barat...perghhh..kebas montot..heheh

kereta dh siap basuh, air kereta dh isi penuh2, minyak hitam dah cek, isi minyak penuh2 dan angin tayar di pam secukup rasa..terus bergerak dengan hati yg gilang gemilang..siap nyanyi lagu oooo..balik kampung...haha


hasil pemanduan cekap bekas pelumba F1 - Faris Akram..aku dah sampai ke Pantai Remis ngam2 3jam 30minit..xsesat la kan?bawa kereta pun xlaju mana..sebab pergi 2 org je..dari KL ke Jalan Duta ke Bidor ke Teluk Intan ke Sitiawan ke Kg Acheh ke Pantai Remis..fuhhh!!! memang jauh...tapi bila sampai sana, memang terlalu ramai org..ngam2 sampai fedtri tengah berarak masuk ke dewan utk bersanding..


pasukan kompang yang dijemput pun bukan sebarangan..ini CHAMPIONS punye..siap berkompang sambil menari dan menyanyi..ada lebih 15 lagu diorg nyanyi..dr lagu melayu, inggeris siap lagu hindustan lagi...


konsep perkahwinan yang abg fedtri buat ni ala2 kampung je..buat kt dewan terbuka kawasan dia..memang ramai giler orang kampung mengambil peluang datang utk menatap wajah lelaki idaman Malaya yang sudah memiliki pasangan sehidup semati..gugurlah air mata makcik2 tu sebab xsempat nak jodohkan dengan anak mereka...heheeh..xper sabar yer makcik, saya pun lelaki Idaman wanita..hehe

lepas persembahan pasukan kompang, ada persembahan zikir2 munajat dan doa2 dari pelajar2 sekolah tahfiz. di import khas dr Hulu Langat..memang mengusik jiwa alunan suara diorg.. makanan yang dihidangkan pun memang pelbagai. dari nasi minyak sampai ke laksa, sampai ke nasi ambang sampai ke kfc..hehe..kfc xdela..

lepas makan2 aku berkesempatan jumpa abg fedtri yang tengah makan berdamai..aku tengok nasi pun xusik langsung sebab ade je org nak ambil gambar mereka..Nurul Anati Ismail pun tersenyum simpul dan malu2..dia mesti tak sangka yang suami yang dia kahwini skrg mempunyai pengikut yang cukup tersendiri dan ramai..sabar ek nurul anati..Abg fedtri dh jadi milik awak..apa2 pun Nurul anati memang sangat cantik...

lepas dapat ambil gambar 2-3keping..aku terus kena balik..sebab driver cekap dan hebat serta jurukamera amatur ku ini ada progam di malamnye..so kenala blk skrg..almaklumla..perjalanan 3jam 30 minit..heheh..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




pagi tadi buka la FB..rasa kecik ati giler...sedih pun ada..kecewa pun ada...hehehe
sebab tiba2 nampak gambar2 team MHI dan team MAJALAH 3 datang majlis umah abg fedtri..alalalalala...tak dapat jumpa diorg..terutama Nurul Syuhada...penat dia cari saya..
kalau x, boleh jumpa Ally Iskandar, Abby Fana, dan krew MHI..macam jurumekap aku haritu, kameraman dan FM yang sempoi...




sian Nurul Syuhada pakai centik2 xdapat jumpa aku..hehe..

apa2 pun tahniah abg fedtri..

ps: abg fedtri janji nak belanja aku honeymoon masa aku kahwin nanti..yes!! nak pergi Korea boleh x?hehe



Monday, June 6, 2011

Happy Birthday To Me | 6 Jun 1984 - 6 Jun 2011

Terharu sangat semalam..family aku buat satu majlis kecil2lan celebrate birthday aku.. siap ada kek birthday yang sedap giler..tak main dah kek secret recipe..dah muak.. kat Melaka ni banyak kedai kek best2..dan saiz dia tak la terlalu besar utk dimakan oleh keluarga kami yang kecil ni..


kek hadiah kakngah..

adik aku pijon antara orang kuat belakang tabir yang membuat acara bakar membakar..ala2 bbq la..buat ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar..hehe



hasil nye..satay tu bukan pijon yg bakar.satay tu beli..hehe

acara nyanyian dan potong kek..terharu..



bersama mak, abah dan family tercinta..


aku nak ucapkan ribuan, malahan juataan terima kasih kepada semua yang sudi wish kat aku start dari pukul 12 tghmalam tadi..terharu sangat...

tak sangka diri ini dihargai...

tolong doakan aku diberikan umur yang panjang, rezeki yang melimpah ruah, di permudahkan setiap urusan dan perjalanan hidupku dan dipercepatkan jodohku...AMIN..

korang xnak bagi aku hadiah ke?hehee..


Sunday, June 5, 2011

Taman Tema Baru Di Rumah ku...

gambar masa raya tahun lepas

kalau di ikutkan dari gambar di atas ni..tepi pagar besar rumah aku ni hanya ada sebuah meja besar utk kami sekeluarga lepak2 time petang sambil menikmati suasana di luar rumah.. yela..mak ni suka buat makan2..so tempat ni memang sesuai utk kami sekeluarga la..

last2 aku balik je minggu ni ayah aku dah nak pow aku beberapa ribu ringgit malaysia..
haaa??nak buat apa abah....

abah cakap dia telah menyiapkan sebuah taman tema terbaru di laman rumah kami..
paling sadis dia cakap abah buat taman ni bukan utk abah..utk korang guna.. abah tak tahu esok lusa dah pergi..

kolam yang sudah siap..ada beberapa ikan..tp xberapa besar lg ikan tu..dah besar nanti boleh bakar..hehe

buat bangsal utk kami lepak2 setiap petang...




bangsal dah siap..dilengkapi lampu dan elektrik..
ada wifi ok bangsal aku ni..hehe

hasil yang ok la juga...cantik..lepas ni selalu la aku blk kg..

abah nak minta duit share adik beradik ni..aduhhh..pening kepala..baru nak simpan duit utk kawin..hehe