Wednesday, March 21, 2012

TOMYAM DAGING KAMBING

 Assalamualaikum semua...


Okey, kesibukan itu semestinya untuk aku.Maaf buat yang tertunggu-tunggu entry dari aku. Masa tu terlalu pantas berlalu kan? Sedar-sedar dah hampir 2 minggu tidak menghiraukan blog sendiri. Kadang-kadang dah on the mood untuk menulis satu sesuatu entry, tapi tangan tergatal blogwalking, maka terkuburlah entry..hehehe.

comel sangat lah kami berdua...gerammmmm kan? kan?


Ahad lepas aku ke Perak, ada kenduri kahwin dari keluarga 3R (nanti akan update, insyaAllah) jadi bila dah berada di Perak sempat singgah di rumah bapa saudaraku. Pak Itam di Ipoh. Pernah pergi masa aku matrik rasanya. Lepas tu semalam baru pergi semula. hehehe.

Memang awesome layanan yang diberikan...sampai-sampai je Mak Itam dah sediakan air. Minum, berbual, solat. Siap je solat terhidanglah segala menu terbaik dari mereka sekeluarga. Terharu*terus rindu masakan mak esah*

Ada laksa asam, nasi berlauk dan jeng jeng jeng......TOMYAM DAGING KAMBING!


tomyam daging kambing dan rakan-rakan-laksa, nasi berlauk
 


Pergh. Reaksi pertama adalah diam selama 3 saat. hehehe. Lepas tu bedal 2 mangkuk penuh. hikhikhik tapi ada lah share jugak dengan budak-2 orang konon-konon tak gemar daging kambing hehehe.

Paling tak tahan bila Mak Itam suapkan lemak daging kambing bersama kuah tomyam*terangkat usus* hehehehe.... Memang satu pengalaman menikmati juadah yang boleh dikategorikan sebagai RARE heeeeee.

Memang tak pernah jumpa selama sweet 17 hidup dimuka Bumi Allah ni.....

Laksa aku makan semangkuk paling penuh hehehe..sedap okeh!

Lepas makan tiba-tiba je, Mak Itam keluarkan aiskrim Malaysia asam masin. Layan sungguh menikmati masam manis aiskrim tersebut. Paling tak tahan bila ada antara kawan-kawan aku ni tak tahu yang dalam aiskrim tu ada asam masin yang boleh dimakan bukan sekadar suka-suka letak dalam aiskrim untuk dibuang tanpa isinya dimakan ok. Pelik sungguh kengkawan aku nih..Hehehe....rare jugak!

arghhhh kenapa baju tiba-tiba mengecut, sejuk sebba makan aiskrim kot

Sebelum balik Pak Itam pelawa ikan pekasam. hehehe....tak makan jadi tak amik... korang makan ikan pekasam?

Ok....setakat ini sahaja..semoga jumpa lagi.....Terima kasih Pak Itam dan keluarga di atas layanan yang diberikan kepada saya, Wani, Syue dan Azizi.



pss:
kes kehilangan budak perlu diambil serius, semoga Allah melindungi kita semua. buat kita yang masih ada hati dan perasaan serta kasih sayang sesama manusia, semoga dikekalkan perasaan ini. Jangan hilang perasaan kasih sayang sesama manusia....penculik dan penjenayah dan penjahat, semoga diberi hidayah oleh Allah....


pss: jap lagi nak ke Negeri Sembilan dan Johor


4 comments:

Azizi said...

haruslah rare...=p

LadyBird said...

lady suke makan tomyam, tp tomyam kambing x pernah makan.. sedap ke?

maisarah sarah said...

erk.first time dgr tomyam daging kambing.hehe aiskrim tu dh bese dh

ayu said...

first time dgr tomyam kambing...cmne la rsnye..