Sunday, February 5, 2012

SEBENTAR DI MADRASAH AN-NUUR

Assalamualaikum....

Selamat Maulidur Rasul semua...jom sama-sama banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. 

~ ~ ~



Hari Rabu yang lepas, 1/2/2012  aku berkesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman diri dengan warga di Madrasah An Nuur yang terletak di Kesang Laut, Johor. Memang satu pengalaman yang awesome! 

Pertama kali berhadapan dengan ratusan adik-adik comel yang lengkap berjubah dan berserban bagi lelaki, adik-adik perempuan pulak semua nya lengkap menutup aurat siap berpurdah...jadi mestilah comel juga kan? hehehehe... Sejuk mata memandang.

Satu pengalaman yang pasti terpahat di hati aku.
Perasaan bercampur baur yang sukar untuk aku kongsikan.....biarlah rahsia . Ececece....Yang pasti memang menyeronokkan bagi aku.


Pengetua Madrasah yang berwibawa lagi hebat.


adik-adik dan tenaga pengajar

Rasa amat terharu apabila melihat adik-adik malahan tenaga pengajar turut memberikan tumpuan semasa aku berkongsi pengalaman. Terima kasih.

Aku harap segala yang aku kongsikan sekurang-kurangnya satu semangat yang ada pada diri aku mampu membekas dalam diri adik-adik di sana yang merupakan insan terpilih berada di situ untuk menjadi muslim muslimat sejati. Mampu menyuntik semangat untuk mereka bersungguh-sungguh mencari ilmu di sana untuk bekalan hari mendatang yang pastinya semakin mencabar...


semua pun comel macam saya..eh apakah? hehe


hensem kan pengetua? saya pun sama.ok diam.


Selesai memberi ceramah, aku berkesempatan makan tengah hari bersama-sama pengetua madrasah dan ustaz-ustaz tenaga pengajar di sana. Kagum...sangat kagum.....Tutur kata yang sangat sopan yang turut diselitkan dengan jenaka memang meninggalkan kesan buat aku sendiri. Ok aku sangat over, tengok mereka makan, licin..takde sebutir nasi pun tertinggal dalam pinggan!

 Aku macam malu je tengok pinggan aku yang bersepah-sepah dengan nasi tak habis. Bukan tak habis ~ ~ alasan...alasan
eh betul....aku memang boleh licin kan tapi ambil masa yang sangat lama sebab guna sudu~ ~ alasan...dan alasan lagi..ok jom berubah! habiskan makanan, jangan membazir walau sebutir nasi, makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang!

InsyaAllah jika ada kesempatan nak ke sana lagi berbual dengan ustaz-ustaz di sana. Ada banyak yang ingin dibualkan tapi tidak berkesempatan pada hari tu sebab tiba-tiba kena pergi Kluang. Tenaga pengajar di madrasah ini siap dari luar Malaysia..khas buat mendidik anak-anak di sini.


wajah suci anak-anak kecil.....


Balik dari madrasah tu rasa macam bersemangat nak usahakan D Strike Solution bersungguh-sungguh dan seterusnya maju macam salah seorang penyumbang dana kepada madrash tersebut kaya dunia dan mampu membuat amal jariah untuk bekalan hari akhirat..InsyaAllah..  nak jadi umat Islam yang lebih baik, amalkan cara hidup Islam...walaupun sekejap je kat sana tapi memang rasa ada satu  aura menusuk hati...

Aku nak berterima kasih kepada Pengetua Madrasah An Nuur kerana sudi menjemput aku untuk berkongsi di situ...Buat adik-adik yang memberikan perhatian semasa aku berkongsi rasa, bersalam penuh hormat, juga pelukan-pelukan semangat dari adik-adik semua. Terima kasih dari saya insan picisan...


bersalaman....

aksi ini touching dan comel.thanx!


masa ambil gambar ni aku memang tahan je nak gelak sebab: adik-adik ni excited sungguh nak ambil gambar siap ramai cakap "jangan hadang, tepilah muka saya tak nampak". ok dan aku pun selalu dan memang akan cakap macam tu time nak ambil gambar ramai-ramai. hehe... aku mmg over. budak2 sungguh aku.



 oppppssss....untuk pengetahuan semua aku siap dipaksa oleh pengetua madrasah untuk menyanyi lagu nasyid diiringi alat muzik! kelas kau Maria! Lupa lirik itu kepastian. 


Suara memang sedap pun apa salahnya kita alunkan: Iman adalah mutiara di di dalam hati manusia..

kalau sedap dah lama buat album..apa kan daya album gambar je ada.hahahahha...


pss: Jutaan terima kasih atas jemputan ini Tuan Pengetua! Juga merupakan pembaca blog saya *blushing* hehe

2 comments:

zool said...

retis memang lah ramai nak ambil gambar..caiyoklah

LadyBird said...

ramainye peminat :D..

kagum jugak :)