Assalamualaikum semua...
Okey semua hari ni hari Selasa malam nanti pukul 9.00 malam ada Vanila Coklat di TV3. Walaupun aku tak follow sangat cerita ni sebab cerita ni terlalu sweet dan terlalu fantasi untuk aku tapi bagi aku cerita ni nice lah. Hahaha.. Ye la bila tengok cerita yang terlalu sweet mula lah hati kecil aku ni nak jeles/ cemburu dengan aksi-aksi sweet dalam certa Vanila Coklat ni dan mempersoalkan pelbagai soalan mengarut untuk diri sendiri. Plus ada satu watak perempuan annoying gila yang minat kat Amir tu hahahahaha. Liyana kot nama watak perempuan tu....
Mungkin juga aku terlalu tua matang untuk cerita-cerita cinta muda remaja ni!
Tapi adalah juga dua tiga kali tengok sebab memang kalau aku kat rumah siaran tv tak berbayar je lah peneman aku..hahaha..Astro memang tak da....terkeluar dari budget 2012 aku hahahaha..
Vanila Coklat ni lakonan Izara Aisyah yang memang cantik cun melecun lagi comel sebab pelat R.orang yang pelat R biasanya comel macam anak buah aku juga hehehe.. dan juga Aiman Hakim Ridza yang merupakan peserta Mentor 5, protege kepada Rahim Maarof.. lakonan Amir (Aiman) memang sweet lah bagi aku, sangat berbakatlah juga sebab boleh berlakon dengan begitu sweet. Hahahaha....Disebabkan mereka berdua terlalu sweet aku memang tak mampu nak tengok...Kecik hati ok! ok abaikan hati aku...
So buat semua peminat Vanila Coklat, selamat menonton! Kalau terlepas jangan nak emo macam aku layan Cinta Ellysa dulu, internet kan ada..tengok lah di Tonton atau mana-mana sumber. Hehehe... Untung ada unifi hehehehe
Semoga drama-drama yang dipertontonkan berjaya membawa nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.
4 comments:
yerpp.... myna pun layan juga slot nih.. sukaaaaaaaaaa... hik3x.
vanila coklat menyebabkan ramai remaja2 di luar sana nak kawin awal.. hehehe.. x sempat nak tgk cerita cerekarama tu sbb baru balik hostel.. tp member cina yg tgk cerita tu sampai menangis...
comel kan vanila coklat..hee
suke2.sweet2 sgt
jom tgok puss in boot yg comel jugak...
Tahap IM ni tengok cerita Bujang Lapok lagi best!
Post a Comment