Monday, February 13, 2012

KRAFTANGAN DAN AKU


Assalamualaikum.

Selepas menang GA  kak ina kl, aku memang bersemangat ginseng untuk menyertai mana-mana contest yang dianjurkan oleh blogger-blogger.. Konon boleh menang semua la. Takde la, cuma mencuba nasib kot-kot menang kan bagus…disamping mampu menumpang trafik dari blog mereka juga kan?kan?
~~~~~



Kraftangan dan aku, memang la aku tak tahu apa kaitan hahaha. Eh, ada la kaitan. Aku dah didedahkan dengan kemahiran kraftangan sejak berusia 5tahun masa aku dihantar ke sekolah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batang Pinang, Melaka. Kat sana memang kadang kala ada hari yang kami semua diajar untuk buat kraftangan. Memang stylo mylo la. Buat guna surat khabar, kotak-kotak, dan lain-lain yang ringkas-ringkas. Mana yang cantik boleh la dijual semasa ada hari terbuka atau apa-apa majlis.




hebatkan dapat buat sampai jadi macam ni?
sumber:google


Dua tahun lepas aku pergi Hari Sambutan OKU Sedunia peringkat kebangsaan yang dilangsungkan di Melaka atas jemputan cikgu aku di PDK dahulu… memang canggih manggih la kraftangan yang dihasilkan oleh warga PDK sekarang.. Sangat cantik… ada tabung pelbagai bentuk, hasil seni anyaman yang unik dan macam-macam lagi. Sempat juga aku beli sulaman yang cantik jadi bantal hiasan dalam kereta.


Cakap pasal aku dah didedahkan sejak umur aku 5 tahun adakah ini memberi gambaran yang aku sangat berbakat dalam menghaslkan kraftangan? Jawapannya kirim salam haha ataupun memang tidak lah tuan-tuan dan puan-puan…. Tengok la tapak tangan yang gemok ni dan hanya satu jari je yang berfungsi untuk setiap tangan memanglah satu usaha gigih untuk aku nak menghasilkan kraftangan. Hahahaha, jadi aku hanyalah pemerhati dan pemberi semangat ulung buat semua kawan-kawan yang buat kraftangan. Hahaha-ada alasan taknak buat.Ko hado?


satu jari jer berfungsi, Alhamdulillah

amekaw tapak tangan gemok!

Ok , sebagai kesimpulan aku memang kagum dengan insan-insan rajin, berminat dan berbakat dalam menghasilkan kraftangan ni… Yelah kraftangan kan cantik….bila pandang benda-benda cantik mestilah lapang je hati kan..ececececece…

 ” Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh


6 comments:

zool said...

Terima kasih kerana join.. tgklah nanti ye....

irma said...

cutenya tangan... tu yg kami panggil chocolate dingdang.. heheheh..

LadyBird said...

Subhanallah.. sangat2 comel..

Menderas said...

Ko orang Melaka ke? Wah, senegeri le kite. :D

QasehnyaRania said...

salam...mudah-mudahan ada rezeki..salam kenal..
saya masih baru dalam dlm dunia blog..
jom singgah :http://lobaksusue.blogspot.com/2012/02/resepi-mentarang.html

Sya Isya said...

join contest ni, bila dah menang sekali memang addicted lah. good luck. best entri ni.