Friday, February 17, 2012

PERKONGSIAN JUMAAT#2-SAYANGI KELUARGA

Assalamalaikum..

Hai semua pembaca. Mula-mula aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog picisan aku ni.. Betul aku sungguh terharu. Aku bukan blogger popular pun bukan siapa-siapa.. Namun masih ada yang sudi singgah di blog. Tak kisah la kamu si tegar di ruangan komen atau sekadar pembaca sepi di blog aku nih... Tak kisah juga apa hubungan kita juga...terima kasih...


Kebanyakan dari pembaca blog mohdsukuribrahim.blogspot.com ni juga terdiri daripada saudara mara aku. Jadi kadang-kadang aku malu nak update yang over-over hahaha..aku kan pemalu sejak dari kecik jadi semua kena ingat *lempang* Bila balik kampung bukan main lagi saudara mara aku mengeluarkan isi-isi kandungan dalam blog ni untuk membahan aku. Hahahahaha...okey jugak tu barulah glamour selalu..

bersama sanak saudara sepupu-sepupu..al-fatihah untuk Arwah Maklong..:(


Tapi mak dan abah tak baca blog aku...mak ngan abah mana tau guna internet. Bagus juga mak abah tak baca boleh la aku merepek dan meroyan dengan lapang dada hahahaha...*aku pemalu*

~ ~ ~

Ok tajuk sayangi keluarga..setiap orang mestilah sayang keluarga masing-masing... tapi apa yang korang faham dengan sayang menyayang ni? Bagi aku sendiri sayang keluarga ni besar skop dia-tanggungjawab, pengorbanan, penghargaan, silaturahim  dan banyak lagi aspek yang perlu untuk melengkapi erti sayangi keluarga...

Sekadar ungkapan sayang tidak memadai, sekadar menghormati pun tak mencukupi..kena ada beberapa aspek yang melengkapi. Jadi antara ahli keluarga pun kena melengkapi dan saling memahami.




Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat banyak membantu sepanjang hidup aku. Abah walaupun garang tetap selalu telefon aku bila aku lama tak balik,padahal baru minggu lepas dah balik. Mak yang sangat memahami dan pandai masak untuk perut bulat aku nih...





Abang Epul dan famili beliau yang selalu menceriakan aku... Kak Ngah &Abg Zul, Ijun ... Tak lupa Abg Tuah dan Dik Atun yang sangat aku terhutang budi dengan adanya mereka...


Gaduh-gaduh kecik tu biasa..dah reda nanti baiklah... Kecik ati tu pun ada juga tapi biasa la give and take. Dalam mana-mana hubungan kita kena selalu fikir apa kebaikan seseorang, jangan fikir atau pandang keburukan.....

Masa aku mengalami zaman kejatuhan ekonomi dunia*over tu memang aku* famili yang banyak bantu. Terima kasih mak & abah!

Saudara mara pun selalu ambil berat pasal aku, bukan sebab aku cute tapi sebab rasa tanggungjawab kan?

Kasih sayang, kebahagian semua tu tak boleh dinilai dengan mata kasar... Kita yang alami, kitalah yang mengetahui....

Jadi aku harap semua pembaca yang masih ada keluarga, Jom sama-sama kita sayangi keluarga kita...bantu apa yang termampu, sanggup berkorban, give &take, menghargai selagi masih ada......

2 comments:

insan marhaen said...

Anak dan isteri IM juga tak baca blog IM. apatah lagi mak abah IM.

sebab itu IM boleh 'goreng' merata dalam blog kesayangan IM nih!

ayu said...

btol tue...hrgailah ksh syg keluarga...huhu...ni ase sdih..dok jauh dr famili...