Tuesday, February 28, 2012

PERANGAI ORANG

Assalamualaikum...hai semua!
Uhu, baru pukul 10.12 malam tapi mata aku ni dah macam di gam gam. pagi tadi balik dari site pukul 5.30 pagi..pukul 10.00 pagi lepas tu dah keluar jumpa client lagi. Mengantuk sangat ni.

Melayankan client yang pelbagai ragam memang memerlukan pengorbanan tinggi. Customer always right, ye ke idok? haha. Ye la... dalam perniagaan client tu adalah sebahagian dari perniagaan, takde client takde la perniagaan.

Banyak ragam manusia yang kadang-kadang buat aku tersenyum mahupun gelak sorang-sorang. Tapi aku pun punya ragam aku jugak jadi aku layankan ragam orang supaya orang pun layankan ragam aku.

Bila orang buat baik dengan kita, kita kenalah rasa nak buat lagi baik kepada dia.
Bila orang buat jahat dengan kita, kita kenalah rasa taknak buat kepada orang lain

Kadang-kadang ada client aku yang sangat baik dengan aku, belanja aku makan...folo-up aku dengan baik, payment siap kasi lebih hahaha. Terima kasih! Siap bersungguh-sungguh ajak pergi rumah makan-makan .. Berkongsi pengalaman hidup mereka, bagi semangat pada aku....dan macam-macam yang indah....

Ada client yang erkkkkk tak payah la ingat yang tak best nanti takut pulak orang yang baru nak memulakan perniagaan*takuttttttttt

Apa yang penting, setiap hari aku doakan urusan aku dipermudahkan, diberi petunjuk oleh Allah.

sumber: cik goo gurl aka google hehehe



pss: nak tidur sangat tapi ada janji jalan-jalan naik Hilux hehehe. ok saya pergi jalan-jalan dulu


Thursday, February 23, 2012

MENILAI DARI KULIT BUKU?

DONT JUDGE A BOOK BY IT'S COVER
atau dalam bahasa melayu nya jangan menilai satu buku dari kulit buku  ~haha
ok maksudnya jangan menilai sesuatu dari luaran..
memang la pandangan pertama & luaran  itu perlu namun kadang-kadang pandangan luaran tu pun tak boleh pakai hahahahaha....
kita menilai orang jangan lah luaran semata-mata
kenal isi hati
kalau tengok baju jangan tengok yang bergemerlapan je rasa cantik , mana tau pakai tak selesa...

sebenarnya nak bagitahu-

ok malam ni ada kawan masakkan untuk kami bertiga makan, walaupun rupanya sangat out *hahahahaha* rasanya sangat mantap lagi mengenyangkan kami. nak kamu tengok gambar nih:



jadi tak boleh nak bagitahu sapa masak kesian nanti bakal mak mentua beliau terus reject, kenapa telur goreng kamu macam telur separuh scramble egg tu dengan warna yang berlebihan gelapnya? hehehe

tapi kami semua makan penuh selera sedap lagi berkhasiat...semua digoreng atau dimasak dengan menggunakan Virgin Olive Oil kau!
Nasi siap beras basmathi yang RM9.80 sekilo.

Jadi janganlah Judge a book by it's cover
Kenal dan selami isi nya
Hargai apa yang ada
Mana tahu apa yang kau sangka kaca adalah permata bernilai

Wednesday, February 22, 2012

WW# STORE CLEARANCE: 95% DISCOUNT




LEBAR:  3' 
PANJANG: 20', 30' 50' 100' 
SEMENTARA STOK MASIH ADA

Tuesday, February 21, 2012

VANILLA COKLAT

Assalamualaikum semua...

Okey semua hari ni hari Selasa malam nanti pukul 9.00 malam ada Vanila Coklat di TV3. Walaupun  aku tak follow sangat cerita ni sebab cerita ni terlalu sweet dan terlalu fantasi untuk aku tapi bagi aku cerita ni nice lah. Hahaha.. Ye la bila tengok cerita yang terlalu sweet mula lah hati kecil aku ni nak jeles/ cemburu dengan aksi-aksi sweet dalam certa Vanila Coklat ni dan mempersoalkan pelbagai soalan mengarut untuk diri sendiri. Plus ada satu watak perempuan annoying gila yang minat kat Amir tu hahahahaha. Liyana kot nama watak perempuan tu....

Mungkin juga aku terlalu tua matang untuk cerita-cerita cinta muda remaja ni!

Tapi adalah juga dua  tiga kali tengok sebab memang kalau aku kat rumah siaran tv tak berbayar je lah peneman aku..hahaha..Astro memang tak da....terkeluar dari budget 2012 aku hahahaha..

sumber: google or goo gurl


Vanila Coklat ni lakonan Izara Aisyah yang memang cantik cun melecun lagi comel sebab pelat R.orang yang pelat R biasanya comel macam anak buah aku juga hehehe.. dan juga Aiman Hakim Ridza yang merupakan peserta Mentor 5, protege kepada Rahim Maarof.. lakonan Amir (Aiman) memang sweet lah bagi aku,  sangat berbakatlah juga sebab boleh berlakon dengan begitu sweet. Hahahaha....Disebabkan mereka berdua terlalu sweet aku memang tak mampu nak tengok...Kecik hati ok! ok abaikan hati aku...

So buat semua peminat Vanila Coklat, selamat menonton!  Kalau terlepas jangan nak emo macam aku layan     Cinta Ellysa dulu, internet kan ada..tengok lah di Tonton atau mana-mana sumber. Hehehe... Untung ada unifi hehehehe

Sebelum berundur, Sabtu lepas korang semua layan Jujur Aku Dayus tak? Slot cerekarama TV3...best cerita tu. Komunikasi itu penting dalam perhubungan... Jalan cerita yang menarik sekali plus ada Nora Danish yang jadi isteri solehah... Awal-awal memang macam blur tapi best! Pun ada Irma Hasmie yang bertudung sangat indah.

Semoga drama-drama yang dipertontonkan berjaya membawa nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.

Friday, February 17, 2012

PERKONGSIAN JUMAAT#2-SAYANGI KELUARGA

Assalamalaikum..

Hai semua pembaca. Mula-mula aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog picisan aku ni.. Betul aku sungguh terharu. Aku bukan blogger popular pun bukan siapa-siapa.. Namun masih ada yang sudi singgah di blog. Tak kisah la kamu si tegar di ruangan komen atau sekadar pembaca sepi di blog aku nih... Tak kisah juga apa hubungan kita juga...terima kasih...


Kebanyakan dari pembaca blog mohdsukuribrahim.blogspot.com ni juga terdiri daripada saudara mara aku. Jadi kadang-kadang aku malu nak update yang over-over hahaha..aku kan pemalu sejak dari kecik jadi semua kena ingat *lempang* Bila balik kampung bukan main lagi saudara mara aku mengeluarkan isi-isi kandungan dalam blog ni untuk membahan aku. Hahahahaha...okey jugak tu barulah glamour selalu..

bersama sanak saudara sepupu-sepupu..al-fatihah untuk Arwah Maklong..:(


Tapi mak dan abah tak baca blog aku...mak ngan abah mana tau guna internet. Bagus juga mak abah tak baca boleh la aku merepek dan meroyan dengan lapang dada hahahaha...*aku pemalu*

~ ~ ~

Ok tajuk sayangi keluarga..setiap orang mestilah sayang keluarga masing-masing... tapi apa yang korang faham dengan sayang menyayang ni? Bagi aku sendiri sayang keluarga ni besar skop dia-tanggungjawab, pengorbanan, penghargaan, silaturahim  dan banyak lagi aspek yang perlu untuk melengkapi erti sayangi keluarga...

Sekadar ungkapan sayang tidak memadai, sekadar menghormati pun tak mencukupi..kena ada beberapa aspek yang melengkapi. Jadi antara ahli keluarga pun kena melengkapi dan saling memahami.




Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat banyak membantu sepanjang hidup aku. Abah walaupun garang tetap selalu telefon aku bila aku lama tak balik,padahal baru minggu lepas dah balik. Mak yang sangat memahami dan pandai masak untuk perut bulat aku nih...





Abang Epul dan famili beliau yang selalu menceriakan aku... Kak Ngah &Abg Zul, Ijun ... Tak lupa Abg Tuah dan Dik Atun yang sangat aku terhutang budi dengan adanya mereka...


Gaduh-gaduh kecik tu biasa..dah reda nanti baiklah... Kecik ati tu pun ada juga tapi biasa la give and take. Dalam mana-mana hubungan kita kena selalu fikir apa kebaikan seseorang, jangan fikir atau pandang keburukan.....

Masa aku mengalami zaman kejatuhan ekonomi dunia*over tu memang aku* famili yang banyak bantu. Terima kasih mak & abah!

Saudara mara pun selalu ambil berat pasal aku, bukan sebab aku cute tapi sebab rasa tanggungjawab kan?

Kasih sayang, kebahagian semua tu tak boleh dinilai dengan mata kasar... Kita yang alami, kitalah yang mengetahui....

Jadi aku harap semua pembaca yang masih ada keluarga, Jom sama-sama kita sayangi keluarga kita...bantu apa yang termampu, sanggup berkorban, give &take, menghargai selagi masih ada......

Monday, February 13, 2012

KRAFTANGAN DAN AKU


Assalamualaikum.

Selepas menang GA  kak ina kl, aku memang bersemangat ginseng untuk menyertai mana-mana contest yang dianjurkan oleh blogger-blogger.. Konon boleh menang semua la. Takde la, cuma mencuba nasib kot-kot menang kan bagus…disamping mampu menumpang trafik dari blog mereka juga kan?kan?
~~~~~



Kraftangan dan aku, memang la aku tak tahu apa kaitan hahaha. Eh, ada la kaitan. Aku dah didedahkan dengan kemahiran kraftangan sejak berusia 5tahun masa aku dihantar ke sekolah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batang Pinang, Melaka. Kat sana memang kadang kala ada hari yang kami semua diajar untuk buat kraftangan. Memang stylo mylo la. Buat guna surat khabar, kotak-kotak, dan lain-lain yang ringkas-ringkas. Mana yang cantik boleh la dijual semasa ada hari terbuka atau apa-apa majlis.




hebatkan dapat buat sampai jadi macam ni?
sumber:google


Dua tahun lepas aku pergi Hari Sambutan OKU Sedunia peringkat kebangsaan yang dilangsungkan di Melaka atas jemputan cikgu aku di PDK dahulu… memang canggih manggih la kraftangan yang dihasilkan oleh warga PDK sekarang.. Sangat cantik… ada tabung pelbagai bentuk, hasil seni anyaman yang unik dan macam-macam lagi. Sempat juga aku beli sulaman yang cantik jadi bantal hiasan dalam kereta.


Cakap pasal aku dah didedahkan sejak umur aku 5 tahun adakah ini memberi gambaran yang aku sangat berbakat dalam menghaslkan kraftangan? Jawapannya kirim salam haha ataupun memang tidak lah tuan-tuan dan puan-puan…. Tengok la tapak tangan yang gemok ni dan hanya satu jari je yang berfungsi untuk setiap tangan memanglah satu usaha gigih untuk aku nak menghasilkan kraftangan. Hahahaha, jadi aku hanyalah pemerhati dan pemberi semangat ulung buat semua kawan-kawan yang buat kraftangan. Hahaha-ada alasan taknak buat.Ko hado?


satu jari jer berfungsi, Alhamdulillah

amekaw tapak tangan gemok!

Ok , sebagai kesimpulan aku memang kagum dengan insan-insan rajin, berminat dan berbakat dalam menghasilkan kraftangan ni… Yelah kraftangan kan cantik….bila pandang benda-benda cantik mestilah lapang je hati kan..ececececece…

 ” Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh


Thursday, February 9, 2012

RESTORAN MAKANAN SEGERA DI SHAH ALAM TERBAKAR

Ok tajuk adalah sungguh skema sebab tak tahu nak letak tajuk apa.... antara masalah aku dalam berblogging. Tapi ok la kan tajuk tu...direct jer terus. Excited nak buat entry ni sebab hasil tangkapan tangan (aku maksudkan gambar yang aku amik) yang aku update kat dalam facebook di share oleh sahabat2 hehehe termasuk lah oleh blogger*itu pun nak excited layan kan ajo*

Kejadian ni berlaku kat Taman Sukan X-treme, Seksyen 13. Memang aku nampak depan mata kejadian kebakaran nih.....Masa tu dalam perjalanan nak jumpa klien untuk pemasangan karpet. Tangan aku yang pantas lagi comel ni teruslah amik gambar...... Masa tu memang nampak asap kepul-kepul.. Aku amik dari dalam kereta je sebab memang just lalu je depan kawasan tu.... Jadi detail sebenar kejadian tak tahu sangat..



guna BB je amik gambar ni..


Aku ni memang suka amik gambar yang macam kebakaran, kemalangan dan apa-apa jer masa aku dalam kereta dengan harapan nak share kat blog tapi harapan je la..hahahaha.  Pernah aku amik gambar lori terbalik yang accident tu agak mengerikan juga.... Ingatkan aku cuma ambil gambar lori terbalik yang dasyat gila remuk dan terbalik nya. Aku pun tunjuklah kat kawan-kawan aku gambar yang aku amik, sekali ada orang dalam lori tu lagi macam tak sedarkan diri...terus aku delete gambar tu huhuhu....Masa aku amik tu memang tak perasan... 

Korang ada perangai kepoh macam aku? hehehehehe. Aku kan tak drive jadi memang seronoklah amik-amik gambar masa perjalanan. 

Tuesday, February 7, 2012

MEE BANDUNG MUAR TERBAIK

Assalamualaikum semua....


Ini entry secara spontan sementara nak tunggu pergi site pasang karpet pukul 10 malam ini di Damansara. Pasang karpet needle punch untuk booth client. Carpet needle punch  pun dikenali sebagai karpet event. Ni contoh karpet needle punch.Karpet paling murah la dalam jenis-jenis karpet.



pelbagai pilihan warna.

~~~~~setel iklan kejap je hehehe~~~~~



Sementara ada sedikit kelapangan, aku update blog dengan ringkas tentang mee bandung muar yang terbaik. Maklumlah baru-baru ni pergi ke Muar, sempat la merasa mee bandung muar yang agak sedap bagi aku hehehe. Makan kat tanjung.

Kenapa AGAK sedap je aku rate? sebab aku memang dah ada tempat favourite mee bandung muar paling sedap untuk saya! Kat mana lagi kalau bukan kat umah saya buatan Mak Esah, ibu Mohd Sukur Ibrahim. Heheheheheh..Mak aku orang Muar. I love u mak!

Em, sekarang memang agak susah nak cari tempat mee bandung muar yang betul2 sedap. Tapi kat Muar memang banyak lah! Antaranya kata Abu Bakar Hanifah, Bentayan dan banyak lagi...

Kalau kat KL cuba rasa di kedai Sri Muar kat The Mall. ecececececce, promote kedai sedara nampak! haruslah!

Ramai juga mengeluh mengatakan mee bandung sekarang manis disebabkan faktor tukang masak adalah orang Kelantan yang manissssss...hehehe...

Jadi, anak jati Muar semua kenalah belajar resepi Mee Bandung muar supaya rasanya kekal asli lagi menyelerakan....


ni mee bandung yang saya makan hari tu....


Ok, jumpa lagi di entry seterusnya. Terima kasih sudi singgah di blog saya!

Sunday, February 5, 2012

SEBENTAR DI MADRASAH AN-NUUR

Assalamualaikum....

Selamat Maulidur Rasul semua...jom sama-sama banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. 

~ ~ ~



Hari Rabu yang lepas, 1/2/2012  aku berkesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman diri dengan warga di Madrasah An Nuur yang terletak di Kesang Laut, Johor. Memang satu pengalaman yang awesome! 

Pertama kali berhadapan dengan ratusan adik-adik comel yang lengkap berjubah dan berserban bagi lelaki, adik-adik perempuan pulak semua nya lengkap menutup aurat siap berpurdah...jadi mestilah comel juga kan? hehehehe... Sejuk mata memandang.

Satu pengalaman yang pasti terpahat di hati aku.
Perasaan bercampur baur yang sukar untuk aku kongsikan.....biarlah rahsia . Ececece....Yang pasti memang menyeronokkan bagi aku.


Pengetua Madrasah yang berwibawa lagi hebat.


adik-adik dan tenaga pengajar

Rasa amat terharu apabila melihat adik-adik malahan tenaga pengajar turut memberikan tumpuan semasa aku berkongsi pengalaman. Terima kasih.

Aku harap segala yang aku kongsikan sekurang-kurangnya satu semangat yang ada pada diri aku mampu membekas dalam diri adik-adik di sana yang merupakan insan terpilih berada di situ untuk menjadi muslim muslimat sejati. Mampu menyuntik semangat untuk mereka bersungguh-sungguh mencari ilmu di sana untuk bekalan hari mendatang yang pastinya semakin mencabar...


semua pun comel macam saya..eh apakah? hehe


hensem kan pengetua? saya pun sama.ok diam.


Selesai memberi ceramah, aku berkesempatan makan tengah hari bersama-sama pengetua madrasah dan ustaz-ustaz tenaga pengajar di sana. Kagum...sangat kagum.....Tutur kata yang sangat sopan yang turut diselitkan dengan jenaka memang meninggalkan kesan buat aku sendiri. Ok aku sangat over, tengok mereka makan, licin..takde sebutir nasi pun tertinggal dalam pinggan!

 Aku macam malu je tengok pinggan aku yang bersepah-sepah dengan nasi tak habis. Bukan tak habis ~ ~ alasan...alasan
eh betul....aku memang boleh licin kan tapi ambil masa yang sangat lama sebab guna sudu~ ~ alasan...dan alasan lagi..ok jom berubah! habiskan makanan, jangan membazir walau sebutir nasi, makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang!

InsyaAllah jika ada kesempatan nak ke sana lagi berbual dengan ustaz-ustaz di sana. Ada banyak yang ingin dibualkan tapi tidak berkesempatan pada hari tu sebab tiba-tiba kena pergi Kluang. Tenaga pengajar di madrasah ini siap dari luar Malaysia..khas buat mendidik anak-anak di sini.


wajah suci anak-anak kecil.....


Balik dari madrasah tu rasa macam bersemangat nak usahakan D Strike Solution bersungguh-sungguh dan seterusnya maju macam salah seorang penyumbang dana kepada madrash tersebut kaya dunia dan mampu membuat amal jariah untuk bekalan hari akhirat..InsyaAllah..  nak jadi umat Islam yang lebih baik, amalkan cara hidup Islam...walaupun sekejap je kat sana tapi memang rasa ada satu  aura menusuk hati...

Aku nak berterima kasih kepada Pengetua Madrasah An Nuur kerana sudi menjemput aku untuk berkongsi di situ...Buat adik-adik yang memberikan perhatian semasa aku berkongsi rasa, bersalam penuh hormat, juga pelukan-pelukan semangat dari adik-adik semua. Terima kasih dari saya insan picisan...


bersalaman....

aksi ini touching dan comel.thanx!


masa ambil gambar ni aku memang tahan je nak gelak sebab: adik-adik ni excited sungguh nak ambil gambar siap ramai cakap "jangan hadang, tepilah muka saya tak nampak". ok dan aku pun selalu dan memang akan cakap macam tu time nak ambil gambar ramai-ramai. hehe... aku mmg over. budak2 sungguh aku.



 oppppssss....untuk pengetahuan semua aku siap dipaksa oleh pengetua madrasah untuk menyanyi lagu nasyid diiringi alat muzik! kelas kau Maria! Lupa lirik itu kepastian. 


Suara memang sedap pun apa salahnya kita alunkan: Iman adalah mutiara di di dalam hati manusia..

kalau sedap dah lama buat album..apa kan daya album gambar je ada.hahahahha...


pss: Jutaan terima kasih atas jemputan ini Tuan Pengetua! Juga merupakan pembaca blog saya *blushing* hehe