Saturday, November 26, 2011

DRAMA MELAYU, TENTANG DHIA VS CINTA ELYSA

Hai semua! Korang layan drama Melayu tak? Aku dah lama terjebak bab-bab melayan drama Melayu ni. Sekarang tengah layan Tentang Dhia dan Cinta Elysa.

Apabila aku mula terjebak, aku akan rasa stress…memang stress.Stress bila aku memang takkan dapat tengok setiap episod. Paling stress bila ending atau episode terakhir dia aku tak dapat tengok. Memang selalu lah aku tak dapat tengok. Ye lah, kerja tak menentu masa. Konon-konon nanti nak tengok kat Tonton lah, kat Youtube lah, sudahnya tak tengok-tengok pun. Sebelum ni antara drama yang aku duk follow rapat-rapat adalah Annisa, Nora Elena, Tahajud Cinta, Adamaya, Juvana dan banyak lagi sebenarnya.

Jom celoteh sikit tentang Cinta Elysa dan Tentang Dhia

Cinta Elysa bagi aku memang best lah, selain ada Botak (dalam cerita ni jadi Aril) yang psiko hehehe jalan cerita dia memang terbaik….lakonan mantap Botak memang menyebabkan aku ternanti-nanti episode seterusnya. Puas hati aku bila Mak si Elysa tu tak dapat 1 sen pun dari arwah suami kekekeke…..tak sabar tunggu next episode. Elysa boleh tak jangan lembik sangat!Kekeke..kate drama, layan je lah kan…

Tentang Dhia pulak selain menampilkan Nora Danish yang comel, aku memang tertarik sungguh dengan Adi Putra. Watak baik dia memang menjadi. Cara dia berlakon malu-malu depan si Dhia memang menawan kalbu, nasib baik aku lelaki kihkihkih! Jadi betul Adi Putra ni membawa watak Zikir. Watak jahat si Izreen tu memang menyakitkan hati. Boleh tak nak request satu cerita bila heroin kena buli, heroin tu tak berdiam diri, belasah je balik. Kekekeke. Geram bila tgk Dhia tak buat ape2 kat Melly yang tiba2 terbalik kan nasi lemak yg Dhia tengah jual. Hesh! Ok jangan lebih2 Sukur.

Walaupun jalan cerita best sangat , aku tidak meletakkan harapan untuk follow bersungguh-sungguh 2 drama di atas sebab nanti aku akan stress bila episode last aku tak dapat tengok, siap rase tension okeh!apehal lah mamat ni kan. Sape-sape yang baik hati dapat donlod semua episod bagi lah aku tengok tau. Kih kih kih

pss : semalam tertonton Bunga April…Best juga!Stress lg hahahaha

5 comments:

penaGlow said...

sukur tgk kt link bawah ni..byk citer bole follow kot terlepas.. semlm i dh katam drama Dhia tu..hehehe puas ati!

http://mediaprimatv.blogspot.com

whitecappuccino said...

Hehehe..akak pun follow jugak citer 2 ni..bunga april cam best jugak..tak sabar nak tengok episod seterusnya.

Linda Saleh said...

Aku pn jenis jarang follow drama2 cenggini.. tp bila dh tgk, x lekang... biler dh terlepas, tensen.. x mo tgk lg.. hahaha

http://lindasaleh.blogspot.com/

nasha sanza said...

suka cinta elyssa..nak ajak join contest niehttp://nashasanzagorgon.blogspot.com/2011/11/1st-contest-gambar-saya-menarik-by-ain.html

!! YaNa YassiN !! said...

mmg tgh layan suma citer,..ekekeke