Sunday, January 23, 2011

CIKGU SHIDA BLOGGER TERHEBAT!!!

fenomena sosial network sekarang makin berkembang pesat..
sapa yang tak dapat kejar dan menggunakan teknologi yang sedia ada dengan sewajarnya
amat2 lah rugi sekali..

almaklumla..aku masuk MHI tv3 haritu pun sebab Fb..
perniagaan aku pun berasaskan internet juga..
so, aku dan internet memang tak dapat dipisahkan...=p

perkembangan dunia baru ataupun disebut 'new media'
sekarang seriusly makin meluas..
tahun lepas aku sempat gak la mengikuti satu kursus 'new media'
yang dianjurkan oleh saudara nasrul amri..nasrul amri ni otai fb..
dah mendapat income RM1juta pertama dengan menggunakan aplikasi FB..
berbaloi2 kan..

so sapa2 yang memang gilerkan sosial network ni..
gunakan lah ke arah kebaikan..
kalau pandai guna..memang leh untung berlipat kali ganda..
kata dunia tanpa sempadan kan...??

hari ni rasa review blog seorang otai YOUTUBE...
sapa tak kenal raja miming art video Malaysia..
tak lain dan tak bukan...

(click untuk link beliau)

so far aku memang tengok video2 miming dia ni..
memang kelakar dan best..
paling penting cikgu shida ni kreatif..
yerla..aku ada gak letak video aku kat youtube tu..
tapi takde la sampai 30,000 view..
giler kan??

rasa teruja dan bersemangat aku baca blog dia ni...


ni header blog cikgu shida..


ni footer dia..
nampak tak kesempoian cikgu shida..


paling best adalah cikgu shida akan keluar di kaca tv pada bulan februari nanti
dalam satu rancanganterbaru tv9 "APA SAJA FBI" hos dia tak lain dan tak bukan of course la
faizal ismail hotfm tu...

makin glamour la cikgu shida ni..dengar2 Dato' Siti Nurhaliza pun nak jemput dia sebagai tetamu dalam rancangan bualbicara bersam Dato' CT di Astro..
gilerr lah...murah rezeki cikgu shida ni kan..

korang pergi la blog cikgu ni..mesti tak menyesal..

ada gak yang mengutuk..ada gak yang mengeji cikgu shida ni..
ada gak yang mempertikaikan beliau sebagai cikgu boleh buat video macam tu..
ada gak yang marah cikgu shida dengan isu2 agama..

itu semua aku no komen..sebab aku nak tengok video dia untuk hiburan..
bukan untuk dijadikan teladan..yer tak?hehe..

dan pendapat peribadi aku..cikgu shida ni seorang yang mempunyai hati yang cukup kering..
tak pernah endahkan apa orang cakap mahupun nak amik hati..
tak kenal erti putus asa la senang...
patut la kita contohi..kalau niat dan caranya betul..insya allah ok

korang2 yang patah semangat tu..patut jadikan cikgu shida contoh..
ni skit2 nAK down2..skit2 nak sedih..skit2 nak amik hati..
relax la derr....ramai lagi kut orang yg lg susah dr kita..
jangan la cepat patah semangat ok!!!


7 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

hati kering pun kena berhati2 juga bila bercakap.. mcm cikgu shida ni.. takat video miming lantak la tp bila kuarkan statement berkaitan hukum & agama mcm org xde agama je bunyi. semua nak menentang hukum.. mcm pasal bakat kalau dah suka baca blog cikgu shida mesti terbaca statement dia yg kata kalau menyanyi, menari & berlakon tu berdosa kenapa Allah kurniakan bakat tu?? Kita pun tahu hukum dia.. nak x nak ikut tu terpulang tp jgn pertikaikan sbb hukum x kn berubah kerana dia atau sesapa jer.. suka pun suka tp jgn suka smpai mata jd buta utk menyembunyikan kesilapan org yg kita suka. kalau syg tegur apa yg x betul.. jgn semua main angguk je apa dia kata

CikShida DariParit said...

Hi hiii... I LIKE... nak bodek yek... cik tak kayer lagi daaaaa... kih kih kih... hati mesti mau kering bro... kalo tak kering takde le ikan kering yg sodap baunye tuh... hu huuuh... Thank you... kiss and hug... atas angin je... takpe.

Fitrihadi.com said...

oh dia pun ada blog ek?? sure lepas ni famous lagi heheh

hi cikgu shida :)

Catherine- said...

wowwww~ cik shidah komen kat atas tuhh....hai cikgu!!!

yes yes!

rindu kt sukur..

© bLurr said...

hati kering pun kering jugak. ni hati hitam legam nama dia. takleh terima hidayah dah. tanak maki or pape, just harap kita semua dapat hidayah. kalau aku salah, harap aku dapat hidayah agar dapat menerima joget cekgu ni. kalau cikgu tu salah, amat amat berharap dia dapat hidayah. tak pun harap harap dia kawen cepat. selesai masalah. aminnnn. :P

nabila faryzza said...

hee :)
selalu gak layan video miming ckgu shidah nii. kelakar gilaa.

Cik Nurul Pinky said...

salam perkenalan...thanks sudi singgah blog saya ye...wow mcm-mcm info ada diblog awak ye hehehe best sangat..