Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia...Innalillah..



PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.
Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.
"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.
Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti. - mstar online

dalam kemeriahan kita menyambut tahun baru..ada insan yang telah pergi tak kembali...
Semua orang pasti suatu saat akan mati, entah bagaimana caranya atau seperti apa matinya.
Dan setiap orang pasti akan merasakan kematian, walaupun erti “merasakan” itu
tidak sama dengan yang dipersepsi oleh orang yang hidup..

2 comments:

Lensa TANGAN said...

innalillah wa inna ilaihi raji'un
sungguh terkejut bila baca entry ni sbb sy baru balik dr hutan dan x tengok tv langsung..
moga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan amal soleh..

buat yang masih hidup,kumpulkanlah bekal sebanyak yang boleh utk keselamatan kita di akhirat kelak.semoga kita mendapat syafaat nabi Muhammad dan dapat memasuki syurga-Nya.amin

nadirah alhabshi said...

hye en.sukur... ingat saya lagi? nadirah? hehehe.... just nak bagitau, anda telah ditag dalam blog saya, http://nadirah1211.blogspot.com... hehehe...