Sunday, June 24, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN AMYRAH ARTEH

Assalamualaikum semua...

Sangat teruja nak berkongsi dengan korang semua tentang Majlis Perkahwinan Amyrah Arteh yang aku pergi 9hb 6 2012 yang lalu...  Walaupun teruja tahap kebabom masih juga aku update tentang ini terhegeh-hegeh, patut lah aku tak pernah di jemput pergi mana-mana event sebagai blogger. Haha...

Wah! Sebenarnya aku sangat la teruja sebab dah lama sangat tak jumpa Amyrah ni, kali terakhir jumpa tahun lepas bulan December....dan sebenarnya itu juga kali pertama kami berjumpa...Macam mana aku berkenalan dengan Amyrah JOM BACA DI SINI. Hahaha... Lepas jumpa ada berhubung di facebook jugak.Sikit-sikit .. Jadi bila di jemput rasa macam terharu sungguh.. Apa lagi terus lah tersangat nak pergi...

Majlis Perkahwinan ni buat di Kampung Pengantin,  Platinum Victory. Lepas solat Maghrib baru aku bertolak dengan bersangka baik kepada trafik di Kuala Lumpur..keh keh keh... Think positive adalah aku. Sebenarnya aku gerak lambat sebab banyak urusan belum setel untuk majlis aku pada hari esoknya... 10hb6 2012....  Majlis Kesyukuran Sukur..... Siang 9hb tu pun aku ada pasang karpet jugak rasanya tak pun ada site visit..lupa, yang penting memang pack jadual ku..hehe.. Busy kan? Cet! Hehe

Sekali amik kau! Dah setel melalui kesesakan comel (maksudnya jem yang biasa-biasa) di KL sampai je di depan PV tu banyak pulak kereta tengah beratur tunggu mahupun cari parking... Berbekalkan teknik dan ilmu pengetahuan yang pernah aku pelajari...KEBABOM! Dapatlah parking yang terbaik setelah cuma 3 kali pusing... Alhamdulillah.... walaupun lambat sangat melakukan teknik tersebut haha... Janji buat okey! TRIGGER!

Maka aku dengan partner aku pun jalan dengan gembiranya dan terujanya walaupun tahu dah lambat sangat sebab kami jumpa ramai juga yang sedang berlari-lari anak pakai baju cecantik nak g majlis kahwin....


Masuk je, nampak Amyrah dan Encik Suami beliau Fadzil sedang makan.... Maka, terlepaslah kami aksi persandingan mereka.....

Besar sangat Dewan Kampung pengantin ni...tempat yang baru dan cantik, suasana dan pemandangan yang best... Pasangan pengantin memang lah cantik dan menawan.....

Terus ke meja dan makan dan usha mana-mana mangsa untuk dijadikan teman bergambar hahaha....

Sambil menyelam minum air yo! Pergi Majlis Amyrah dan bergambar bersama selebriti... Ulang sekali lagi..aku kan attention seeker sepenuh masa...

Setel makan, nampak Chad, penyampai Hotfm yang selalunya bertugas di malam hari ... terus aku buat muka yang memang orang akan cakap.."Jom jom meh amek gambar..alo cian dia bucuk-bucuk" Haha... Mana ada, aku kan macho lagi kiut cakap je, --->; Hai Chad! Nak amik gambar boleh? Setel! Hehe... terima kasih!





Suara Chad memang sedap sungguh! Suka suara dia dan juga suara Deen.. 


Lepas ambil gambar dengan Chad terus beratur untuk salam dengan pengantin sambil ucapkan tahniah dan minta  doakan jodoh saya juga yang terbaik serta mengambil tempias kot-kot tahun ni boleh la aku jadi suami kepada  bakal isteri aku....Aminnnn.....




Pasangan yang sangat friendly dan sweet... Semoga Allah merahmati dan melimpahkan kebahagian buat mereka... Bercinta hingga ke syurga.....Amyrah dan Fadzil


Lepas salam-salam dengan pengantin dapatlah pulak bergambar dengan Ikhwan dan Suraya... Terima kasih sudi bergambar dengan saya....

sekali pandang macam Maher Zain dan peminat.... okey lempang.. Sama hensom kan?

Suraya.... manis dan berdarah manis jugak kan?


Rasa macam tak puas pulak bergambar dengan pengantin, amik kau...mari bergambar dengan banting dan pelamin dari luar dewan...kesian..... hahahaha.... 


Pon boleh...... Cantik kan? Besar okey tempat ni!



pss: kawan-kawan doakan urusan jodoh saya dipermudahkan... Semoga Allah mengaturkan segala yang terbaik dan termampu untuk saya melaluinya...

Terima kasih Amyrah sudi menjemput saya....Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke syurga...





5 comments:

insan_marhaen said...

beruntung ATP ye.. dapat posing dengan mereka yang glamour...

delarocha said...

cun jugak suraya tu rupanye..huhu

feeda said...

aiii..bila la nk mkn nasi minyak MQ Sukur ni...mcm dh xlama lg jer ni...:) semoga dipermudahkan segalanya..amin!

feeda said...

aiii..bila la nk mkn nasi minyak MQ Sukur ni...mcm dh xlama lg jer ni...:) semoga dipermudahkan segalanya..amin!

Fieza Ghulam said...

waa bes..awk jom bace ttg abg sy jom :)
sayadalahaku.blogspot.com