Thursday, June 7, 2012

KEJUTAN DI HARI LAHIR

Assalamualaikum semua...

Mula-mula sekali saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang memberi ucapan dan doa sempena ulangtahun ke-15 saya.. okey sebenarnya ke-28 tahun. Gurau-gurau pun tak boleh hahaha... Okey, seperti yang telah dijangka ada kejutan di hari lahir, ada majlis yang dibuat dan dihadiri oleh Wani, Nad, Renni, Syuhada, Azizi dan Alan....

Masing-masingkan dah kerja dah besar ada hal urusan sendiri jadi aku sangat terharu apabila mereka semua sudi meluangkan masa untuk datang meraikan hari lahir aku...

Walaupun dah 28 tahun aku sangat menantikan kedatangan hari lahir aku, yelah setahun sekali dan anda sedang meraikan ulangtahun kelahiran anda di dunia! Hey!kena lah hargai dan nikmati perasaan gembira, bahagia, dan bersyukur dapat lahir ke dunia dan dah 28tahun pun hidup di dunia ini. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku yang banyak selama tinggal di muka Bumi Allah ini....

Okey...sebenarnya memang terharu...

Dalam pukul 7.00 malam tiba-tiba je Nad, Syuhada,  Azizidan Alan datang pejabat aku... terkejut okey.. wah tak sangka... dah la sensorang masa tu sebab Putra semalam ada hal kat luar... Wani pula katanya nak masak kat rumah dia untuk sama-sama berbuka dengan aku..padahal dia tak puasa pun. wek!

Paling terharu Azizi pun puasa sekali... Okey la sekarang kan bulan rejab, baguslah kan puasa boleh praktis untuk bulan Ramdhan yang akan tiba nanti....
Azizi dengan Syue siap baru bali dari kerja terus ke tempat aku...

Dalam konon-konon nak surprise tu memang sangat kelam kabut hahaha... aku dan Azizi berbuka dengan air masak je dulu.. dalam pkul 8.00 malam baru boleh makan sebab baru siap... Memang tahap tak layak langsung pergi ujibakat Masterchef hahahha... *gurau*

Okey, menu semalam Nasi Ayam dari Wani dan Renni, Pavlova dari Nad dan Alan serta keropok dan murtabak dari Azizi dan Syuhada


siap ada koktel.... 



meriah sangat Pavlova ni... rasa memang sesuai untuk umur aku yang 15 tahun ni.... 


muka terharu dan paling penting lapar.....

muka tak sabar nak tiup kek...

sopan sungguh.... ye la kang terpercik air liur terpaksa aku makan sensorang pavlova yang sedap sgt ni

comel sanagt aku dan pavlova

comelkan? mesti lah...kata sweet-15

potong untuk Renni yang tak sabar

letak gambar Renni supaya jadi pembaca setia blog saya...boleh?


makan dengan gembira sebab semua pun sedap




Nad sebelum buat sup oren

Apa lah Syue tengah propa tu, semua nak kena pandang dia hahaha

alhamdulillah dah 28 tahun hidup di dunia... terima kasih semua!
azizi krisis pun ada blog ok...
syuhada rosmin pun ada blog walaupun bersarang..kekeke


Semoga dengan kesempatan umur diberikan Allah tingkatkan keimanan dan ketakwaan aku.... limpahi aku dengan kasih sayang dari Nya serta makhluk-makhluk ciptaanNya.... berikan aku kebahagiaan untuk aku dunia dan akhirat....

3 comments:

Cik Ros said...

awak, selamat hari lahir. semoga terus berjaya dalam hidup. (tetap nak wish jugak walaupun dah lambat)

Semanto said...

syue memang sedang propa...tah apa yang dia kelentong tu...wahaha..

Nisha said...

Selamat hari Jadi! ^^