Monday, February 28, 2011

SEJUTA IMPIAN KU..SEJUTA IMPIAN MU JUA...

memang aku mempunyai sejuta impian. dan aku dalam landasan yang betul sekarang untuk mencapainya. aku pasti aku boleh capai sejuta impian ku ini. yang penting aku perlu fokus dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. cabaran??dugaan?? mesti la adakan..cuma berputus asa ataupun berpatah balik bukan cara aku. dan tak de dalam kamus hidup aku untuk bersedih ataupun menangisi atas apa yang telah berlaku.

kalau aku pun nak berusaha mencapai sejuta impian ku ini??
takkan korang duk goyang kaki lagi..?
jom berusaha sama2?
dah puas hati dengan apa yang korang ada?
jangan..banyak lagi yang perlu kita capai. bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk bangsa, agama dan negara..

sehubungan dengan itu...TV3 telah menerbitkan rancangan SEJUTA IMPIAN


TV3 dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia sedang dalam usaha menerbitkan Program Sejuta Impian yang akan memenuhi impian rakyat Malaysia. Rancangan televisyen yang bakal menemui penonton pada Mei ini merupakan salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial dan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian mahupun hasrat terpendam selama ini.

Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan melalui mesej dan elemen kemasyarakatan
yang disampaikan dalam program Sejuta Impian.




jom masuk nak tak? aku rasa nak try masuk. nak cuba nasib. mana tahu sejuta impian ini berjaya merealisasikan impian aku ni. takde la angan-angan mat jenin je kan..

kalau korang nak masuk, boleh lawati laman rasmi SEJUTA IMPIAN

kat situ ada borang penyertaan dan detail pasal rancangan ini..
semoga kita jumpa di audition nanti...:)

KALAU KORANG NAK MASUK RANCANGAN INI? APA SEJUTA IMPIAN KORANG??



INI ADALAH IMPIAN KU..TAKYAH SEJUTA..SATU NI PUN DAH CUKUP BERMAKNA..





hehehehe...:)

Thursday, February 24, 2011

Kelebihan Surah Yassin-Entri Wajib Baca


alhamdulillah, sempat juga harini baca surah Yassin. sempat sedekahkan Alfatihah kat semua muslimin muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
semoga roh mereka dicucuri rahmat.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.



11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik"



Sunday, February 20, 2011

MENTOR 5 - Pengubah Nasib Keluarga??


dah 2 minggu aku berkesempatan tengok rancangan Mentor 5 yang disiarkan oleh TV3. iklan dia pulak setiap hari yang menjadikan aku bertambah berkobar2 nak tengok rancangan tu. yerla..nak gak tengok bakat2 baru yang dilahirkan oleh TV3. asyik artis keluaran Akademi Fantasia je yang mewarnai industri muzik sekarang..

time ujibakat haritu aku ada gak berkeinginan dan bercita2 nak pergi. nak gak uji vokal aku ni. aku tahu suara aku leh tahan la.hehe.. selalu berkaraoke dan membuat persembahan pentas tak kisah di majlis kawin atau mana2 event tertutup. biasa gak kena pujian tapi aku sedar..tu pujian saje nak amik hati..xsesedap mana la..tp ok la...hehehe

kalau aku pergi ujibakat haritu..aku nak jadi Proteger kepada afdlin shauki.hehe... sebab dia comeyl dan aku juga comeyl macam dia..(perasan abis).. aku rasa memang aku tak layak di pilih jadi proteger sapa2..tapi aku memang yakin aku layak jadi Peserta Unik Mentor 5. kalau tahun lepas di menangi oleh Merah Mentor 4. ingat tak??

kesian la aku tengok orang yang ada cita2 nak jadi artis ni?betul ke artis sahaja boleh ubah nasib keluarga? betulke dengan jadi artis hidup akan berubah ke lebih baik? betul ke dengan jadi artis kita akan jadi kaya raya?? mungkin ada benarnya. tapi kebenaran tu tak semestinya manis. banyak kut cabaran dan dugaan yang mereka harus tempuhi. dan paling penting nak jadi artis ni kena ada pakej yang lengkap. muka atau penampilan kena menarik. ni tak yah nyanyi lagi pun orang dah boleh nilai yang kita tak layak.cmne? belum dengar suara lagi.

ada yang pengembala lembu, pembuat parang, penjual minyak wangi, sanggup jual PS, sanggup tidur di kaki lima Sogo dan ada yang sanggup nak buktikan kat teman wanita..begitu la pengorbanan diorang nak masuk Mentor. yang pergi penuh harapan nak ubah nasib keluarga. huhu..last2 malu sendiri di khalayak ramai. apada...

banyak kut cara lain nak ubah nasib keluarga. kerja halal yang dibuat sekarang ni pun kalau diletakkan semangat macam nak masuk Mentor tu dah cukup untuk ubah nasib keluarga. fokuskan matlamat, tingkatkan semangat nak berjaya, apa2 buat pun boleh berjaya.tak semestinya jadi artis.yer x?

saya bukan artis..tapi artis suka amik gambar dengan saya.cmnetu?
bersama Hafiz Hamidun

mentang2 jadi artis tu femes, boleh ubah nasib keluarga la. aku yang tak artis sangat ni pun dah rimas bila ramai sangat orang kenal.ni kan pulak artis popular. takde privacy nak jadi manusia normal beb.semua benda orang nak korek.semua pekung wartawan nak buka.susah juga.

so, sapa2 yang anggap dengan jadi artis je leh ubahnasib keluarga, tu memang tak betul sama sekali.come on kawan2..fikir luar dari kotak pemikiran anda. banyak benda leh buat skrg utk dapat duit yang banyak. memang zaman skrg zaman duit, tp ada banyak cara lain kut.

so sapa2 yang tak dapat masuk mentor tu, jangan putus asa ok!! maybe kamu boleh berjaya lebih dr orang yang masuk Mentor. cuma jangan putus asa je..

tapi


bersama Ultimate

KITA WAJIB JADI KAYA!!!!

SUNGAI PETANI 19 Feb. - Selepas kira-kira lima bulan dibuka sejak Aidilfitri lalu, akhirnya masjid Kampung Permatang, Tikam Batu, di sini yang dibiayai oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, yang merasmikannya hari ini.

Kos pembinaan masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Al-Khalidiah itu dibiayai sepenuhnya oleh pasangan suami isteri berkenaan menerusi Yayasan Nurjiwa dan dikatakan menelan belanja hampir RM2 juta.

"Alhamdulillah, kami bersyukur kerana hajat suami untuk membina masjid di sini tercapai. Semoga ia memberi keselesaan kepada penduduk ketika beribadat di sini," ujar Siti Nurhaliza kepada pihak media selepas majlis perasmian tersebut.

Difahamkan pemilihan nama masjid tersebut dibuat sempena nama keluarga Khalid yang juga anak jati kampung berkenaan.

Masjid yang boleh memuatkan 500 jemaah pada satu-satu masa itu dijangka dapatmemudahkan penduduk daripada beberapa kampung sekitar seperti Kampung Padang Limau, Padang Regent, Nangka, Jambatan Merdeka dan Sungai Korok untuk beribadat.

Difahamkan salah seorang sahabat Khalid dari Mesir turut menghadiahkan sebuah lampu candelier yang diletakkan di ruang tengah masjid ini.

Sementara itu, Tuanku Abdul Halim dalam titahnya meminta agar setiap orang menghormati institusi masjid.

"Beta berharap agar jawatankuasa masjid dan ahli kariah dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh jujur dan amanah.

"Jangan ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan masjid semata-mata untuk meraih sokongan atau menyebarkan ideologi tertentu," titah baginda.

Imam Masjid Al-Khalidiah, Mahmood Rejab, 73, turut gembira dengan wajah baru masjid yang dianggarkan berusia 115 tahun itu.

"Ini kali pertama perubahan besar dilakukan ke atas masjid ini. Terima kasih kepada Khalid sekeluarga kerana membaiki masjid, dan sekarang ia jauh lebih selesa berbanding sebelum ini," katanya.



korang tak rasa ke jadi kaya tu wajib untuk kita semua.terutama untuk diri kita. keluarga kita dan lebih penting agama kita.

alhamdulillah aku di lahirkan dalam keluarga yang tak susah mana. cukup makan, cukup pakai, rumah yang sempurna dan serba serbi lengkap.yerla..korang pun tahu adik beradik aku cmne kan..bayangkan kehidupan kitorang satu keluarga ditambahkan lagi dengan kehidupan yang miskin.mesti bertambah parah kan. bersyukur sangat..

kalau untuk diri sendiri lak..mungkin aku leh harapkan simpati orang, buat muka sedih, masuk rancangan "Bersama mu" ..merayu kesana kemari minta bantuanla.tapi sampai bila???tetap kena usaha sendiri juga. dan aku tak percaya pada simpati..

so mulai hari ini.tanamkan kat diri kita, kita wajid jadi kaya..

apa dia kawan2???wajib!!

kalau aku xpernah kenal erti putus asa nak jadi kaya.korang lagi la xboleh.
jom sama2 kita berusaha nak??



Saturday, February 19, 2011

Tips untuk menjadi gemuk...



rata-rata orang yang jumpa aku, mesti cakap aku dah gemuk??
sensitif ok..kecik hati i tau..uweekkkk...hehehe..yeke?

tapi betul ke dah gemuk?
tak pun baju-baju yang aku pakai yang dah mengecil..

hehehee..

whatever la.

tapi oleh kerana korang cakap aku dah gemuk..
aku dengan yakin nak bagi

Tips untuk menjadi GEMUK..

versi aku sendiri..

haaaa...terbukti berkesan


kena amalkan selama setahun tau...

makan di ICE ROOM


makan BURGER KING


makan steambot di SEOUL GARDEN


makan PIZZA HUT


makan di KENNY ROGERS ROASTER

makan di MARRY BROWN

makan KENTUCKY FRIED CHICKEN KFC




haaaaa...nampak tak cara-cara nakjadi gemuk tu?
korang tengok gambar2 tu pun dah leh agak cmne aku leh gemuk kan??

tapi betul ke aku ni gemuk??

ke korang nak bagitahu yang aku COMEYYLL???

tak pun CUTTTEEEE??

nape nak tipu diri sendiri..cakap je..aku cute n comeyl..kan senang?

ok..luahkan k..

Tuesday, February 15, 2011

Safee Sali ucapkan selamat tinggal kepadaku..terharu!

"SELAMAT TINGGAL MALAYSIA"

"SELAMAT TINGGAL ADIKKU SUKUR"

itulah kata2 terakhir yang keluar dari mulut Safee Sali bila meninggalkan Malaysia haritu...





cewaaahhhh...



ye ye je Sukur ni....



hehehe..


sebagaimana yang korang sedia maklum..Mohd Safee Sali
Bekas Penyerang Selangor dan penyerang Kebangsaan ni telah berlepas ke Jakarta, Indonesia pagi semalam untuk memulakan kariernya sebagai pemain import kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya.






aku sebagai salah seorang peminat bola sepak Malaysia (tak lama sangat) tapi lebih meminati bola sepak dunia terutama Manchester United (sapa anti MU sila diam) berasa bangga dengan pemergian Safee Sali ke sana..

memang Piala Suzuki AFF 2010 haritu..aku ada ikuti secara dekat. terutama perlawanan terakhir melibatkan Malaysia dan Indonesia di Indonesia, aku sendiri salah seorang penyokong Malaysia yang menyaksikan di Dataran Merdeka bersama ribuan yang lain...memang meriah..

kehebatan Safee Sali memang tak leh di nafikan lagi..penjaring terbanyak Piala Suzuki haritu.
tindakan dia untuk ke Indonesia walaupun menerajui kelab terbawah liga sepatutnya di puji. yerla..kalau nak masuk kelab yang dah power2, buat apa..last2 kena jadi pemain simpanan je..baik main utk kelab Felda United..heheh



bangga sangat dapat bergambar dengan pemain pujaan Malaysia ni...
dari riak muka memang Safee Sali ni seorang yang pemalu..
tapi dia memang sempoi...


Sunday, February 13, 2011

Pemergian nenek tersayang...

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Rumah Terakhir Nenek... Semoga Tenang dan Damai Disana... We ♥ you...

rasa baru semalam aku berjumpa dengan nenek.
rasa baru semalam nenek datang rumah aku walaupun keadaan dia tak berapa sihat dan uzur. nenek tetap gagah dan ada hati untuk menziarahi aku sekeluarga. rasa terharu dan gembira sangat bila nenek sudi datang. setiap tahun nenek wajib datang rumah aku. memang tak sangka. kalau ada apa2 majlis kat umah aku, nenek mesti datang. semangat kan dia??


walaupun aku hanyalah cucu angkat dia..
aku dapat merasa kasih sayang yang sama macam orang lain.


aku kenal nenek ni dari aku kecik lagi.
sejak aku sekolah rendah lagi.sejak aku belum kenal erti kasih seseorang yang menyayangi aku.sejak aku tak tahu erti kehidupan.

oleh kerana nenek dan atok kandung aku sendiri dah meninggal lama.
dan memang tak dapat berjumpa langsung.
sejak tu aku anggap nenek@wok adalah nenek aku sendiri..


masa dia masuk Hospital Kem Terendak.
aku tak berkesempatan nak jenguk.

tiba2 dia dah pergi.
pergi yang tak kembali.
pergi dengan membawa kasih sayang yang pernah dia curahkan kat aku.


aku redha..
aku terima..
walaupun air mata aku masih menitik lagi sekarang..

semoga roh arwah tenang..
dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman..




al Fatihah to my beloved Grandma - Puan Hjh Salmah bt Yahya


Friday, February 11, 2011

AKU MASUK TV3 LAGI PAGI TADI..ARTIS KE??


cdah agak dah..mesti korang bangun lambat pagi tadi kan?
tak pun mesti korang dah pergi kerja kan?
tak pun mesti korang tak tengok TV3 pagi tadi kan...??





hehehehe..





tula...




sapa suruh...



harini..11/2/2011 aku dapat satu ajakan daripada biasala..
abang angkat kesayangan aku untuk ke UKM..
sebab MHI ada bersiaran langsung di sana sempena..JUBLI PERAK UKM yang dah menjangkau usia 40tahun dan sambutan hari keluarga Kolej Dato Onn..

mesej abg fedtri macam ni..

"sukur, datang la UKM. ada ceria kampus di UKM. esok MHI bersiaran dari UKM. nantikan penampilan istimewa Safee Sali :) .... saksikan kehebatan penggiat seni UKM beraksi selain kemunculan inventor2 GIATMARA yang kreatif... nasi kerabu, refleksologi, gunting rambut, solekan...semua ada ..."


aku pun tak la lepaskan peluang ni..
tambahan memang nak amik CD salinan masa aku masuk TV3
bulan disember haritu...

tak tahu ke haritu?
tengok la kat link ni...


so aku pergi la..

last2 kena paksa interframe jap dalam TV3





tak tengok ke?laaaaaa....




nak tengok tak??


click link ni k..


ada video dia..
tapi aku last2..tunggu sampai abis video tu..

hehe..

Wednesday, February 9, 2011

baru lepas dating dengan isteri orang...

isu panas...apa kejadahnya ko ni sukur..ramai-ramai anak gadis kat luar tu..
isteri orang juga ko nak ayat?ajer gilerrr apa??
bak kata kawan aku..ko nak rasa ke kunyah nasi guna gusi..sebab gigi
semua dah berterabur patah sebab kena tumbuk dengan suami dia??


isu status facebook aku yang mencetuskan kontroversi...





komen-komen panas dari kawan-kawan...








kat bawah ni lagi panas dan sentap...





lupa nak cakap kat status tu..tadi dating kat old town white coffee bangi..
dari jam 11 sampai 2 wooo..lama siut..
tinggal semua keje2..punye la syok berborak...
apa2 pun memang suatu pengalaman yang thrill tapi best..:)

Tuesday, February 8, 2011

Lirik Lagu HAFIZ AF7-AWAN NANO

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..

******selalu dengar lagu ni kt hotfm..harini dapat download..
best sgt lagu ni..layan k..

Friday, February 4, 2011

Pondan Taubat menjadi Ustaz selepas Pulang dari Mesir..


Ini adalah kisah tentang Ayu.( nama sebenarnya Amirul).
Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator@penyambut tetamu.Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, dia tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Amirul, oopssss, Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang ‘wanita’.






Hari demi hari berlalu dengan pantas. Kehidupan kotaraya makin mencabar. Kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan. Kes jenayah makin menjadi-jadi. Rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampungnya itu.

Rupa-rupanya Ayu atau Amirul pergi melanjutkan pelajaran di Mesir.

Sesuai dengan nama Amirul yang bermaksud 'Ketua' atau 'Pemerintah', Amirul yang baru saya kenali ini merupakan seorang Ustaz. Beliau baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Sebagai seorang anak yang mentaati kedua ibu bapa, beliau baru pulang ke tanah air Jumaat lepas untuk berkhidmat di tempat lahir beliau. Baru sangat-sangat jejak kaki di Malaysia selepas 13 tahun di Mesir. Nak tengok rupa Amirul?

atau sekarang dikenali sebagai ustaz Amirul...



hehehehe...


tu semua watak-watak yang pernah di bawa oleh Ashraf Muslim..
aku sendiri pernah menonton beliau berlakon dalam teater Patung Kertas 2..
beliau membawa watak sebagai seorang pondan.

sekarang beliau bawa watak seorang ustaz pulak..
watak yang berkesan..buat aku rasa yang aku saling tak tumpah seperti beliau..

kalau bukan ustaz pun..aku nak menghampiri untuk menjadi baik..



aku sangat merasakan persamaan antara aku dan ustaz Amirul..


teka-teka???


kopiah kitorang style yang sama..
hehee..

selamat menonton Drama Ustaz Amirul di TV3 malam ni ya!!!!


Thursday, February 3, 2011

Maksud Tahun Arnab dalam Masyarakat cina...


harini, masyarakat Tionghua telah meraikan

Tahun Baru Cina dengan semangat Tahun Arnab

mengikut kalendar lunar Cina.

Menurut pakar feng shui arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu.

Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan,

kemakmuran dan kesihatan.

Tiga elemen berkenaan, mempunyai kaitan yang sangat rapat

dengan sayur-sayuran juga segala jenis buah-buahan.

“Justeru, gantikan buluh atau hadiah yang lain dengan

elemen tersebut. Anda juga digalak memakan lebih banyak

buah-buahan selain membela arnab.

gong xi fa cai diucapkan kepada semua masyarakat Cina di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya....tahun Arnab!!!


to all my friends who are celebrating..happy Chinese New year.may prosperity, abundance of wealth,health and good fortune be w u throughout the year!

CONTEST KAMI POST CUMEY

Keheningan malam terasa syahdunya..

Mengingatkan aku akan dirimu... Diriku ini selalu lupa...

Sedangkan aku semakin menjauhimu...

Pastikah ada ruang waktu untuk aku...

Menutup mata tanpa dirimu? Masih sempatkah untuk aku...

Memiliki Iphone hadiah pemberianmu itu...:p


untuk contest amni...

The truth is natural beauty came from inside,is not from outside..



mungkin aku salah telah mengenalmu tapi aku takkan menyesal
kini dirimu hanyalah sebuah lampu kejora yang terpasang di blog ku
dan kau lebih dari apa yang ia terangi
kau adalah sebuah bintang di malam hari
...memberikan sebuah harapan
dikala letih dan semeringatnya keringat
semoga harapan ini tak sekedar himbauan belaka dan kosong rupanya




aku rasa nak join contest ini disebabkan untuk mencari pengalaman..
bak kata pepatah..

"kehidupan kita adalah umpama mengali perigi. makin dalam kita gali,

makin banyak kita perolehi apa yang ada didalamnya"



selain Iphone yang selama ini aku idami menjadi hadiah utama
yang bakal menggantikan handfon aku yang sudah berusia ini..



aku percaya....


jika Allah cepat makbulkan doaku, Dia menyayangiku..

Jika dia lambat makbulkan doaku, Dia sedang mengujiku..

& jika Dia tidak memperkenankan doaku,

bermakna Dia merancang sesuatu yg lebih baik bagiku...

aku yakin Iphone akan menjadi milikku !!



aku rasa aku cumey...korang rasa???


kepada 4 sahabatku yang kena tag ini

4. tiha

korang jangan selalu mengharap..
kerana mengharap tidak pasti tertunai..
tetapi kita boleh..bersabar..
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
:p

doakan aku menang contest ini..AMIN!!!

Tuesday, February 1, 2011

Lirik Lagu MAHER ZAIN - INSYA ALLAH MALAY VERSION

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

best sangat la lagu Maher Zain versi Melayu ni..
lirik-lirik dia sangat bermakna..
paling buat aku bersemangat dalam lirik dia adalah

"Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu"

dan

"Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya"

kata2 ini lah selalu aku pegang untuk meneruskan kehidupan seharian aku..
tipu la kehidupan aku sentiasa bernasib baik..
dari kelahiranku di muka bumi ni pun dah menunjukkan cabaran yang bakal aku tempuhi...
tapi bak kata aku..

"berat mata memandang, berat lagi bahu ku memikul"

nak tak nak..kalau umur panjang..life must go on!!!
aku kena teruskan kehidupan ini dalam keadaan paling bersemangat..
tak kenal erti putus asa..
paling penting kawan-kawan...
aku jarang

MENGELUHHHHHHHHHHH....HUH!

serius jarang..dalam erti kata tak pernah..
walau camne susah sekalipun..

tak pun..komen itu dan ini..

sebab aku tahu semua ini ditentukan oleh Allah yang esa..
ingat janji Allah pada semua manusia...
kalau ada susah..mesti ada senang..
ni janji tuhan..bukan janji manusia ok..

so yakinlah yer..!!!
ada jalan punya untuk diperbaiki..

paling kurang yakinlah..mungkin kat dunia kita susah dan sengsara..
takkkkkkkkperrrrrrrrrrrr.......

relax jerla.....

sebab kita nak kehidupan akhirat yang kekal abadi tu
lebih bahagia....
ok??

lega tak??

so jangan putus asa k..jom berusaha sama2...


aku dapat rasakan masa depan aku cerah...doakan k!!!