Monday, February 28, 2011

SEJUTA IMPIAN KU..SEJUTA IMPIAN MU JUA...

memang aku mempunyai sejuta impian. dan aku dalam landasan yang betul sekarang untuk mencapainya. aku pasti aku boleh capai sejuta impian ku ini. yang penting aku perlu fokus dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. cabaran??dugaan?? mesti la adakan..cuma berputus asa ataupun berpatah balik bukan cara aku. dan tak de dalam kamus hidup aku untuk bersedih ataupun menangisi atas apa yang telah berlaku.

kalau aku pun nak berusaha mencapai sejuta impian ku ini??
takkan korang duk goyang kaki lagi..?
jom berusaha sama2?
dah puas hati dengan apa yang korang ada?
jangan..banyak lagi yang perlu kita capai. bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk bangsa, agama dan negara..

sehubungan dengan itu...TV3 telah menerbitkan rancangan SEJUTA IMPIAN


TV3 dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia sedang dalam usaha menerbitkan Program Sejuta Impian yang akan memenuhi impian rakyat Malaysia. Rancangan televisyen yang bakal menemui penonton pada Mei ini merupakan salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial dan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian mahupun hasrat terpendam selama ini.

Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan melalui mesej dan elemen kemasyarakatan
yang disampaikan dalam program Sejuta Impian.




jom masuk nak tak? aku rasa nak try masuk. nak cuba nasib. mana tahu sejuta impian ini berjaya merealisasikan impian aku ni. takde la angan-angan mat jenin je kan..

kalau korang nak masuk, boleh lawati laman rasmi SEJUTA IMPIAN

kat situ ada borang penyertaan dan detail pasal rancangan ini..
semoga kita jumpa di audition nanti...:)

KALAU KORANG NAK MASUK RANCANGAN INI? APA SEJUTA IMPIAN KORANG??



INI ADALAH IMPIAN KU..TAKYAH SEJUTA..SATU NI PUN DAH CUKUP BERMAKNA..





hehehehe...:)

2 comments:

bunga said...

sejuta impian..sejuta harapan..sejuta kasih sayang..

nora aziz said...

bagus2...satu program yang baik...bakal merubah hidup keluarga...JUMPA SUKUR DALAM PROGRAM SEJUTA IMPIAN NANTI....