Thursday, February 24, 2011

Kelebihan Surah Yassin-Entri Wajib Baca


alhamdulillah, sempat juga harini baca surah Yassin. sempat sedekahkan Alfatihah kat semua muslimin muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
semoga roh mereka dicucuri rahmat.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.



11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik"



4 comments:

deedee87 said...

nice entry.. moga kiter dapat beramal dengannya.. aminnnn

Jiji-Fify said...

thanks sharing.. byk kelebihan yasin yang saya baru tahu kat sini. lepas ni boleh tingkat amalan membaca yasin. :)
Nasi Goreng Kasih Sayang

nora aziz said...

Ya..nice entry...makanya, sama2lah kita bersihkan hati masing2...

Jangan suka buruk sangka dengan orang...

shearasol said...

Trimakasih,

Sangat bermanfaat entry ini

Insyaallah akan saya cuba amalkan..