Saturday, April 30, 2011

luahan hati buat polis trafik

hari ni hari sabtu...of course la ramai orang cuti...bagi aku yang bergelar usahawan (ceeewah) haruslah tidak menentukan....so tgh hari tadi aku pun keluar la dari rumah dengan semangat ginseng (ni ayat syue hahaha) untuk menyiapkan projek....

tapi aku ni buat semua benda pon semangat memang terlebih.dan dalam perjalanan berlaku lah perkara yang aku nak share dengan korang semua
(kot kot ada polis trafik bace blog aku leh la amik perhatian dan tindakan sewajarnya tapi jangan la saman saya yang cute ni)


GAMBAR 1:
Simpang 3 kat area Pekan Cina (Seri Kembangan) yang nak ke South City tu trafic light rosak
Dah 2 hari perkara ni berlaku dan simpang ni memang sebelah je Balai Polis Trafik
Agak men down kan aku yang mase tu mmg nak cepat nasib pemandu profesional ada




GAMBAR 2:
Memang berselirat la kereta2yg lalu...
Prinsip berani jalan dan jgn bagi chance pada org lain memang perlu diamalkan
Kalau tak memang stuck dan di hon hon oleh kereta2 lain yang kurang prihatin pada pemilik lesen P maupun L maupun yang kurang mahir bab bab cilok ni






GAMBAR 3
Syukur Alhamdulillah.berjaya melepasi. mari teruskan perjalanan....



GAMBAR 4
Semoga semua kereta yang melalui jalan tu dipermudahkan urusan...dielakkan dari perkara yang tak diingini dan lebih bersabar.Selamat berjaya




GAMBAR 5
Tak sampai 1 minit kemudian, tak sempat lagi nak memandu dengan kelajuan 40km/j tiba-tiba je masuk selekoh yang nak ke Astro tu ni dia..polis trafic sedang menjalankan tugas.....





KESIMPULAN:
Oh! aku sangat pelik...sangat sangat pelik...polis trafik untuk saman dan tahan orang ada tapi untuk jaga lalu lintas kenapa takde pulak?
Aku faham la memang tanggungjawab die nak pastikan semua ikut peraturan jalan raya...tapi kenapa perlu buat roadblock berhampiran sangat dengan tempat yang trafic light rosak, tak ke orang akan mempersoalkan macam persoalan aku

Buat roadblock boleh, jaga lalu lintas takde pulak?
sebab tempat gambar2 ni berlaku memang sekangkang kera
Mane lebih penting?

Aku akui jasa polis trafik selama ni yang sangat2 berjasa...TERIMA KASIH!

Ntah aku pun tak tahu naK kata apa sekadar meluahkan perasaan sebagai pengguna jalan raya


SUKUR SAYANG MALAYSIA!

7 comments:

AliaJustea said...

traffic light rosak ? buat aduan ! ngeeee~

suka cartoon said...

memang kekadang polis nie buat roadblock tak kener tempat...aper motif diorang pun tak tau la...

zati embong said...

sgt berjasa.

berjaya menyaman jat 2x.

kdg2 rasa perlu ke speed limit.huh!

penaGlow said...

tk perasan kot..tk pun apa bos kata kena ikut..tk pun kena pungut zakat dulu lebih afdhal..heheheee...

zool said...

ntah la.. tak cukup org kot..

cIk IRa said...

selalunye mereka nie ikot arahan jer...kalau xde arahan kena jage lalulintas,xde la...xley salahkan mereka jugak...tp mmg saket aty la kalau dlm sesak mcm tue,tup2 ade roadblock lak...rase cm nk terjun bangunan jugak! :)

Huszaini said...

xde org komplen kot, tu yg depa xtau tu, err nape ko x jerit kat polis tu suruh jaga kt trafik light rosak tu.... hehehe