Monday, February 28, 2011
SEJUTA IMPIAN KU..SEJUTA IMPIAN MU JUA...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:59 AM 2 comments
Thursday, February 24, 2011
Kelebihan Surah Yassin-Entri Wajib Baca
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik"
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 8:56 PM 4 comments
Sunday, February 20, 2011
MENTOR 5 - Pengubah Nasib Keluarga??
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 11:22 PM 7 comments
KITA WAJIB JADI KAYA!!!!
SUNGAI PETANI 19 Feb. - Selepas kira-kira lima bulan dibuka sejak Aidilfitri lalu, akhirnya masjid Kampung Permatang, Tikam Batu, di sini yang dibiayai oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, yang merasmikannya hari ini.
Kos pembinaan masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Al-Khalidiah itu dibiayai sepenuhnya oleh pasangan suami isteri berkenaan menerusi Yayasan Nurjiwa dan dikatakan menelan belanja hampir RM2 juta.
"Alhamdulillah, kami bersyukur kerana hajat suami untuk membina masjid di sini tercapai. Semoga ia memberi keselesaan kepada penduduk ketika beribadat di sini," ujar Siti Nurhaliza kepada pihak media selepas majlis perasmian tersebut.
Difahamkan pemilihan nama masjid tersebut dibuat sempena nama keluarga Khalid yang juga anak jati kampung berkenaan.
Masjid yang boleh memuatkan 500 jemaah pada satu-satu masa itu dijangka dapatmemudahkan penduduk daripada beberapa kampung sekitar seperti Kampung Padang Limau, Padang Regent, Nangka, Jambatan Merdeka dan Sungai Korok untuk beribadat.
Difahamkan salah seorang sahabat Khalid dari Mesir turut menghadiahkan sebuah lampu candelier yang diletakkan di ruang tengah masjid ini.
Sementara itu, Tuanku Abdul Halim dalam titahnya meminta agar setiap orang menghormati institusi masjid.
"Beta berharap agar jawatankuasa masjid dan ahli kariah dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh jujur dan amanah.
"Jangan ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan masjid semata-mata untuk meraih sokongan atau menyebarkan ideologi tertentu," titah baginda.
Imam Masjid Al-Khalidiah, Mahmood Rejab, 73, turut gembira dengan wajah baru masjid yang dianggarkan berusia 115 tahun itu.
"Ini kali pertama perubahan besar dilakukan ke atas masjid ini. Terima kasih kepada Khalid sekeluarga kerana membaiki masjid, dan sekarang ia jauh lebih selesa berbanding sebelum ini," katanya.
korang tak rasa ke jadi kaya tu wajib untuk kita semua.terutama untuk diri kita. keluarga kita dan lebih penting agama kita.
alhamdulillah aku di lahirkan dalam keluarga yang tak susah mana. cukup makan, cukup pakai, rumah yang sempurna dan serba serbi lengkap.yerla..korang pun tahu adik beradik aku cmne kan..bayangkan kehidupan kitorang satu keluarga ditambahkan lagi dengan kehidupan yang miskin.mesti bertambah parah kan. bersyukur sangat..
kalau untuk diri sendiri lak..mungkin aku leh harapkan simpati orang, buat muka sedih, masuk rancangan "Bersama mu" ..merayu kesana kemari minta bantuanla.tapi sampai bila???tetap kena usaha sendiri juga. dan aku tak percaya pada simpati..
so mulai hari ini.tanamkan kat diri kita, kita wajid jadi kaya..
apa dia kawan2???wajib!!
kalau aku xpernah kenal erti putus asa nak jadi kaya.korang lagi la xboleh.
jom sama2 kita berusaha nak??
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 2:57 AM 3 comments
Saturday, February 19, 2011
Tips untuk menjadi gemuk...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:24 AM 8 comments
Tuesday, February 15, 2011
Safee Sali ucapkan selamat tinggal kepadaku..terharu!
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:34 AM 3 comments
Sunday, February 13, 2011
Pemergian nenek tersayang...
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:59 PM 4 comments
Friday, February 11, 2011
AKU MASUK TV3 LAGI PAGI TADI..ARTIS KE??
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 11:13 PM 8 comments
Wednesday, February 9, 2011
baru lepas dating dengan isteri orang...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:10 PM 3 comments
Tuesday, February 8, 2011
Lirik Lagu HAFIZ AF7-AWAN NANO
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 3:29 PM 0 comments
Friday, February 4, 2011
Pondan Taubat menjadi Ustaz selepas Pulang dari Mesir..
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 8:28 PM 6 comments
Thursday, February 3, 2011
Maksud Tahun Arnab dalam Masyarakat cina...
harini, masyarakat Tionghua telah meraikan
Tahun Baru Cina dengan semangat Tahun Arnab
mengikut kalendar lunar Cina.
Menurut pakar feng shui arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu.
Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan,
kemakmuran dan kesihatan.
Tiga elemen berkenaan, mempunyai kaitan yang sangat rapat
dengan sayur-sayuran juga segala jenis buah-buahan.
“Justeru, gantikan buluh atau hadiah yang lain dengan
elemen tersebut. Anda juga digalak memakan lebih banyak
buah-buahan selain membela arnab.
gong xi fa cai diucapkan kepada semua masyarakat Cina di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya....tahun Arnab!!!
to all my friends who are celebrating..happy Chinese New year.may prosperity, abundance of wealth,health and good fortune be w u throughout the year!
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:27 PM 3 comments
CONTEST KAMI POST CUMEY
Keheningan malam terasa syahdunya..
Mengingatkan aku akan dirimu... Diriku ini selalu lupa...
Sedangkan aku semakin menjauhimu...
Pastikah ada ruang waktu untuk aku...
Menutup mata tanpa dirimu? Masih sempatkah untuk aku...
Memiliki Iphone hadiah pemberianmu itu...:p
The truth is natural beauty came from inside,is not from outside..
mungkin aku salah telah mengenalmu tapi aku takkan menyesalkini dirimu hanyalah sebuah lampu kejora yang terpasang di blog kudan kau lebih dari apa yang ia terangikau adalah sebuah bintang di malam hari...memberikan sebuah harapandikala letih dan semeringatnya keringatsemoga harapan ini tak sekedar himbauan belaka dan kosong rupanya
aku rasa nak join contest ini disebabkan untuk mencari pengalaman..bak kata pepatah..
"kehidupan kita adalah umpama mengali perigi. makin dalam kita gali,
makin banyak kita perolehi apa yang ada didalamnya"
selain Iphone yang selama ini aku idami menjadi hadiah utamayang bakal menggantikan handfon aku yang sudah berusia ini..
aku percaya....
jika Allah cepat makbulkan doaku, Dia menyayangiku..
Jika dia lambat makbulkan doaku, Dia sedang mengujiku..
& jika Dia tidak memperkenankan doaku,
bermakna Dia merancang sesuatu yg lebih baik bagiku...
aku yakin Iphone akan menjadi milikku !!
"kehidupan kita adalah umpama mengali perigi. makin dalam kita gali,
makin banyak kita perolehi apa yang ada didalamnya"
jika Allah cepat makbulkan doaku, Dia menyayangiku..
Jika dia lambat makbulkan doaku, Dia sedang mengujiku..
& jika Dia tidak memperkenankan doaku,
bermakna Dia merancang sesuatu yg lebih baik bagiku...
aku yakin Iphone akan menjadi milikku !!
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 3:09 AM 9 comments