Wednesday, November 17, 2010

FEAR FACTOR di hari raya korban...

mood raya aidiladha masih dirasai kan??
takbir raya masih boleh dilaungkan selama 3hari.

sepanjang hari ni apa korang makan ek???

lemang?
ketupat?
rendang?

berapa ekor lembu di tempat korang menjadi korban??
ada korban unta tak?teringin gak nak rasa daging unta...

lepas sembahyang raya..abah ajak aku gi lenggeng...melawat mak andak aku yang sakit..

duk lenggeng ni anak dia..ucu namanye..dia la yg jaga andak..
tauke lembu kt kawasan ni.kt umah dia pun dah ada kandang lembu yang boleh memuatkan lebih kurang 50 ekor lembu..
bangga nye sy menjadi sepupu kamu. yela, tengok mcm org kampung je..rumah pun biasa2 je..tapi saya tahu kamu kaya..tulah sedara2 aku..

time makan paling tak boleh dilupakan..
sepupu aku menghidangkan SUP EKOR dan SUP TULANG terbaik!!!


memang meratah abis la aku..nampak pun dah sedap kan???

jeng.......jeng........jeng.........

aku tanya sepupu aku ni lauk apa???



otak lembu masak lemak belimbing

perghhhh..ingatkan ketam..mula2 macam biarkan sebab tak teringin langsung nak rasa..
tapi selepas fikir2 bukan senang nak dapat makan otak lembu..
biasa makan otak-otak yazid n hazim je.hehe.
terus amik satu yg agak besar..siap nampak sebiji macam otak yg biasa kita tgk tu...

fuhhh!! time nak masuk mulut tu..memang berharap rasa dia boleh diterima anak tekak sebab takut terkluar balik semua yang aku makan td..hehehee..

korang nak tahu rasa dia camne????


~


ermmm..

~


ermmm..



nak tahu rasa la sendiri...hahahhaa


tapi memang ala2 FEAR FACTOR versi raya korban la...





4 comments:

suria lekatlekit said...

aduhai.. suspen jer. apapun tak sanggup nak rasa..

AF said...

alamak.. haha. pertama kali dengar orang makan otak lembu.

KONCO BLOGGY! said...

oit.. klik nuff ak

~~waniyummy~~ said...

otak lembu?hua.....jgn makan la ye kawan2..seram...