LOS ANGELES - Bukan 13 seperti yang didedahkan beberapa laporan sebelum ini, sebaliknya bilangan sebenar wanita yang pernah tidur dengan pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods sepanjang lima tahun perkahwinannya dengan bekas model, Elin Nordegren adalah 120 orang, lapor sebuah akhbar semalam.
Angka tersebut berdasarkan laporan majalah Amerika Syarikat (AS),National Enquirer pada minggu ini.
Satu sumber majalah itu menyatakan bahawa bintang golf tersebut menyenaraikan semua wanita yang pernah ditidurinya semasa dia menjalani terapi ketagihan seks.
Woods, 34, menjalani rawatan ketagihan seks di klinik pemulihan Gentle Path di negeri Mississippi, AS, pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, majalah sama memberitahu, kecurangan Woods, 34, dengan anak gadis jirannya yang berusia 21 tahun merupakan tamparan paling hebat buat isterinya berhubung skandal seks suaminya itu.
Majalah National Enquirer mendakwa ibu anak dua itu akhirnya memutuskan mahu bercerai setelah majalah itu mendedahkan permainan cinta suaminya dengan anak jirannya, Raychel Coudriet.
Antara wanita yang pernah ditiduri Woods termasuk model majalahPlayboy, Loredana Jolie dan pengurus hiburan kelab malam, Rachel Uchitel.
Majalah berkenaan memetik sumber sama memberitahu bahawa Woods tidak menamakan Rachel dalam senarai wanita teman tidurnya itu.
Majalah National Enquirer mendakwa, skandal Woods-Rachel berlaku pada Mei tahun lalu dan lokasinya cuma beberapa meter dari tempat isterinya menyusukan anak bongsu mereka yang baru lahir.
Skandal seks Woods itu terbongkar selepas dia terbabit dalam satu kemalangan kereta di luar rumahnya di Florida pada November tahun lalu. - Agensi
"terminat aku membaca kisah tiger wood sejak akhir2 ni..tp berita kat atas ni paling high la..cmne la tiger wood ni boleh jd begitu gigolo sekali...haha...sapa yg offer sapa sebenarnya?adakah org yg meniduri tiger wood cuma berkehendakan duit dia yg byk..atau suka cara dia yg mcm tiger..hahaha..renung2kan dan selamat berama..."-pemerhati bebas..
1 comments:
salam sukur...
sis nie kan..kalau bab si tiger nie..sis bukan tak suka nak amik tahu...sis lebih suka kalau malaysia ada yang berbakat macam dia...tu jer
harap2 tak adalah permain malaysia yang macam dia....adoiii.....sakit jiwa gak kalau dipikirkan...
apa2 pun selamat hari buruh yer..
Post a Comment