Tuesday, April 20, 2010

aku ber 'khatan' buat kali ke 3


wahhhh..boleh ke seorang lelaki ber 'khatan' lebih dari sekali..mau hilang langsung 'anu' dia..hahaha..tajuk entry nak gempak dan padat kan...teruja x nak baca...sebenarnye aku bkn berkhatan la..kalau berkhatan pada umur skrg..perghh..mau sakit giler...wakakka


ahad lalu..bertempat di MASJID BESI PUTRAJAYA aku dan Seramai 166 peserta khatam al-Quran dari negeri Selangor, Negeri Sembilan dan juga jemputan dari Pattani, Selatan Thailand telah mengikuti satu majlis berkhatam Al-Quran yang dianjurkan kali 5 oleh Persatuan Halaqah Al-Quran Negeri Selangor.


so far alhamdulillah, aku berkhatam kali ke 3 dalam seumur hidup aku..1st aku khatam masa mengaji bersama mak aku dirumah..almaklumlah..mak ustazah tukang ajar ngaji kat umah..xkan anak xngaji..nak kena sebat..haha
2nd khatam time kt asrama..time bulan puasa..dan ini kali ke 3 la..



yang lebih aku rasa sgt bersemangat
YAM Tengku Puteri Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah telah perkenan mencemar duli bagi menyempurnakan majlis khatam al-Quran


Disamping khatam al-Quran beberapa aktiviti lain turut diadakan antaranya solat dhuha, alunan zikir munajat dan juga tazkirah ringkas yang dipimpin oleh ustaz Zulkarnain bin Hamzah. Manakala majlis khatam al-Quran pula dipimpin oleh Ustazah Nawiya binti Abu, Pengerusi Persatuan Halaqah al-Quran Selangor.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk menerapkan rasa minat masyarakat terhadap pembacaan al-Quran dengan mensasarkan setiap 3 bulan sekali khatam al-Quran iaitu sehari 10 mukasurat al-Quran. Disamping itu, dengan adanya program-program sebegini ianya dapat mengisi masa hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti kerohanian sekaligus mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT.


1 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Adededeh.

Jangan tak n0rmal nanti =P