Sunday, August 29, 2010

GENGBLOGGER GATHERING!!buka puasa...sedyyhhh...


sedyhhh yang teramat sangat. mahu membuat keputusan yang nyata. dilema yang ku lalui ini memang sukar untuk ku lupakan..bak kata pepatah, diluah mati mak, ditelan mati bapak. dikemam mati kucing..hehe..semalam bertempat di dataran shah alam, gengblogger dah buat satu gathering berbuka puasa.nampak dari gambar2 tu memang meriah abis..ramai yang datang.penganjuran joegrimjow memang sangat berjaya sekali..tapi yang tak bestnye aku tak dapat pergi...


uwaaaaahhhhhhhh.....!!!

sebab pada tarikh yang sama kawan-kawan sekolah rendah aku telah melakukan majlis berbuka puasa plus gathering reunion batch 1996 darjah 6. korang bayangkan dah lebih 14 tahun kitorang tak dapat jumpa.mana tak nye aku kena pergi juga untuk jumpa kawan2 yang dulunye kurus, kecik dan comel..tapi skrg??jeng..jeng..jeng...




ni la ala2 poster gathering sekolah rendah aku.simple but nice..alhamdulillah 22 orang yang sampai utk 1st gathering...
anyway gathering smlm mmg best!!!

Thursday, August 26, 2010

dalam perut ada seoul garden..:p


jangan terpikat dgn gambar diatas..bukan untuk bahan tontonan awam ataupun publisiti murahan..bukan juga model terbaru untuk restoran ini..hehehe..anyway comel kan??dah agak dah..hahaa

bertempat di IOI Mall Puchong aku telah pergi ke sana utk menikmati hidangan steamboat yang sangat best dan paling penting berbaloi..actually aku ni memang penggemar steamboat..dah banyak tempat steamboat yang aku pernah pergi antaranya restoran tupai-tupai di bangi, restoran steamboat di wangsa maju...mostly biasa2 je..pilihan makanan yg sama.paling penting takde makanan yang aku suka iaitu KETAM..hahah..

so bagi aku apa yang best pasal seoul garden ni dia bukan setakat ada steamboat tapi ade grill..ala2 boleh buat bbq gitu..style kan???dapur dia pun dah menunjukkan kestyelan nye..hhee

tempat steamboat dan grill

time memasak makanan


pilihan makanan dan lauk pun pelbagai.tips utk makan ala2 buffet pun penting. kalau pegi makan buffet jangan sesekali anda menyentuh nasi goreng, mee goreng mahupun minum air sebanyak mungkin. ia mungkin menyebab kan anda kenyang dan mual dengan cepat..ikut tau..sebab masa kat seoul garden haritu aku antara org yg checkin paling awal..tapi kluar antara org yg paling lambat..korg bygkan betapa byknye aku makan dan sepert biasa betapa gemuknya aku selepas itu...hahha

grill item dia pelbagai.ada yang spicy chicken, ada bbq daging, black pepper, szechuan, bulgogi, curry, teriyaki, garlic, coffee and char siew


selain itu, pilihan steamboat dia pun memang menawan hati dan jiwa raga..aku dah tak pandang benda lain selain seafood yg memang menjadi kegilaan..seafood pun ada pilihan dan paling best yang aku memang makan kaw2 mesti KETAM dan UDANG..rasa-rasa adalah 10 ekor ketam aku kunyah dan berpuluh2 ekor udang yang aku telan..hehe..



korang memang kena try pergi sana untuk merasai kelazatan dan pengalaman makan di sana.journey time masak makanan tu pun agak style..ala2 profesional chef gitu..aku??mestila tukang makan je..ade org yg sudi masakkan...:p

last sekali sila contohi aku..time makan buffet or steamboat ni jangan membazir..ambik yang hanya kita boleh abiskan je..dan makan setimpal dengan duit yang anda keluarkan.kalau rasa2 bukan kaki makan banyak, plz jgn ada hati nak pergi makan kt sini k..

inilah pencuci mulut aku pada haritu...


***ada plan nak buka puasa kat sana nanti..sapa2 ada plan nak buka puasa kat san silalah bagithu aku..pergi ramai2 baru meriah...







Tuesday, August 24, 2010

kadar zakat fitrah diseluruh malaysia 2010


alhamdulillah..balik kampung minggu lepas aku dah selamat menunaikan zakat fitrah..awal sangat ke?xla kan..bila melambatkan pulak nanti terlupa..mati woo..korang macamane?dah tunaikan zakat fitrah..?kat sini aku ada share pasal pengertian zakat fitrah dan kadar pembayaran zakat fitrah bagi seluruh malaysia bagi tahun 2010..

ZAKAT FITRAH

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.



SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.



Negeri

Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)

Perlis

6.00

Kedah

7.00

Pulau Pinang

7.00

Perak

7.00

Selangor

7.00

Negeri Sembilan

6.50

Melaka

6.50

Johor

5.00 / 7.50 *

Pahang

7.00

Terengganu

5.00 / 7.00 / 8.00*

Kelantan

7.00

Sarawak

5.20

Sabah

6.80

Wilayah Persekutuan

7.00

Saturday, August 21, 2010

pendedahan eksklusif: isu econsave


sapa yang xkenal akan pasaraya econsave? pernah bershopping di econsave ke?tema dia adalah "BANDINGKAN HARGA KAMI"
cewahhh...buat pertama kali nye di sungai udang mengarah ke bertam ulu dah terbina nye sebuah econsave yang memudahkan penduduk disini berbelanja mengalahkan taikun yang sedia ada lama di bumi sungai udang ni iaitu family store..hahaha..

harini mak plan nak masak siput sedut masak lemak..huhu..memang terbaik..dengar pun nak kecur air liur ni..
so dengan keadaan paling bersemangatnye selepas sahur dan subuh aku dah tak tidur utk membeli belah apa2 yang patut di econsave..
barang2 yang mak pesan semestinya siput la..takkan nak makan siput beli ketam..ye tak..haha..
so kena cari siput, kerang (untuk masak kerang rebus), sayur bayam, timun, sengkuang, tauge, dan sebuah tin laici..hehehe..

nampak nak beli mcm sikit kan...tapi almaklumlah orang jarang pergi pasar plus tak pandai macamane nak pilih semua benda tu..ditambahkan lagi dengan keadaan ku yg berpuasa..alasan!!!hahah..aku telah kepenatan..
lantas....!!!

aku memanggil driver ku untuk membawa kereta sport ku masuk ke dalam econsave untuk bersiar-siar didalammnye..hahhaa..terbaik kan..???
alangkah best dan nikmatnya kalah nikmat makan disiang hari ketika bulan puasa time berada didalam kereta ku ini..boleh merehatkan kaki yang lenguh akibat berjalan td..

walaupun dah dapat semua barang yang hendak dibeli, tapi nak pusing2 econsave ni 16 kali pun xpe..janji ada driver yang sudi membawaku kehulu dan kehilir..korang mesti jeles giler tengok sport car aku beb..takde jual kat kedai mahupun pasaran gelap..haha...

-
-
-
-
-
-
-



posing di tempat jual kuih raya..murah..RM10.90



model pasar econsave..

tHANX kepada driver ku..yang sudi menolakku walaupun ku tahu berat ku tak seberat mana..haha..cara pemanduAN mu kalah dan boleh mengalahkan ohpemandu...hehe

Friday, August 20, 2010

lagu raya paling famous

salam ramadhan kepada semua..puasa x harini?hehhe..soalan common bila berjumpa dengan orang..hehe..tp soalan tu dah telan dek zaman..sebab apa..orang yang tak berpuasa pun akan jawab mereka berpuasa..ye tak??tapi sekarang aku bukan nak cite pasal puasa..aku nak cite pasal raya..
semangat giler tak?baru seminggu lebih berpuasa sibuk dah nak raya..biasala..aku kan masih kecil dan comel..hahaha

bukan nak cite pasal raya sangat..cuma nak survey antara lagu raya lama dan lagu raya yang terkini sekarang mana yang korang minat??kenapa aku tanya sebab tadi aku dah dengar ade sebuah kedai ni dah mainkan lagu-lagu raya..huhu..lagi tak sabar hamba nak raya..haha

kalau bagi aku..memang minat giler lagu-lagu raya yang lama2..orang cakap sekali dengar memang tangkap leleh abis gua cakap sama lu..boleh menitiskan air mata jantan..hahhaa..antara lagu yang wajib aku dengar setiap kali hari raya seperti:

Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri
D. J. Dave - Menjelang Hari Raya
Aishah - Pulanglah
Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti
P. Ramlee - Dendang Perantau
Sanisah Huri - Aidil Fitri
S Jibeng - Musafir Di Aidil Fitri

tapi antara lagu yang memang tak jemu dek halwa telinga mendengar nye memang la lagu2
Dato' Siti Nurhaliza..memang setiap tahun hots n meletop abis wei..kalau carta download free atau berbayar melalui handphone tu memang paling tinggi la..
antara lagu beliau..

Siti Nurhaliza - Airmata Syawal
Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran

lagu baru untuk raya tahun ni aku tak dapat dengar lagi..tak tahu sedap ke tak.tapi lagu-lagu lama memang terbaik..tu je..

**korang tak main mercun ke wei???sapa tahu nak beli stok mercun kat mana?

Wednesday, August 18, 2010

kembali ke alam nyata...

alhamdulillah..genap berapa hari dh aku berpuasa harini..xkira..tp paling penting xpernah tinggal la..hehehe..so harini aku back to normal life aku..back to kl..setelah bersenang lenang duduk di kampung merasai nikmat berbuka bersama family yg aku sayangi..time buka duduk terus makan, boleh makan sebanyak mana yg mungkin, lepas makan boleh tinggal mcm tu je sbb ada org yg akan kemaskan..paling penting bangun sahur ada orang kejutkan dan tinggal makan je..bestkan..hehe..tu bkn best..tu xguna..hahaha..tp kata2 tu mmg xsesuai utk aku la...aku mmg perlu diberi layanan mcm tu...heheh


so pagi2 td aku dh kluar menunggu seseorg utk mengambilku utk blk ke kl..betul kata pepatah, penantian tu satu penyeksaan..aku tunggu dia hampir 3jam utk sampai..xperla..sabar..kan bulan puasa..(yolaaa..)..tapi alhamdulillah aku selamat sampai juga ke kl..

sampai je kl aku terus melunaskan tugas2 ku yang tertangguh..yerla kan..dah 3hari cuti tanpa gaji..semua keje main lepas mcm tu je..so bila blk tu..perlu la setlekan semuanye..nasib la semua berjaya disetlekan..utk pengetahuan korg, dalam hidup ni percaturan dan susunan hidup tu perlu diatur dgn rapi..paling penting buat keputusan sebijak mungkin utk membuatkan anda xbuang masa apatah lg kerugian..

alhamdulillah, walaupun Allah kurniakan aku kekurangan dari segi fizikal, tapi Allah beri aku kelebihan di otak utk berfikiran secara waras dan bijak utk mengatur kehidupan aku..so far aku belum pernah jadi peminta sedekah lg..hehehe...tapi kalau ada org ikhlas nak bagi aku duit tu adala..itu mmg xkan aku tolak..xcaya tanya mimi n wani..wakakakak..jeles diorg..

lepas setle keje td terus aku blk ke umah..xsabar nak berbuka puasa sbb ada orang nak masak utk aku berbuka nnti..bestnye..hehehe..rasa macam dihargai dan disayangi lak..xkisahla masakan tu sedap atau x..keinginan nak memasak tu pun dh satu usaha..tulx..so penanti kali ni xmenyiksakan sgt sbb pasal makanan kan..hehe..so time nak tiba waktu berbuka je..makanan pun sampai..wau..ayam masak kicap n ada keropok ikan..terbaik..ekkkk..alhamdulillah.. kenyang..

okla..aku kt cyber cafe ni..lain kali aku share lg..chewah.mcm pantun..

aku skrg dah jadi model kuih raya...sesuai x?nak buat tempahan sila ke link fb sy k..



Monday, August 16, 2010

international blogger kah aku????:p


international abis blog aku ni ha..saje malam td cek nuffnang..tgk brapa ramai la yg sudi baca blog aku dan paling penting dimana kalian berada..xkisah la korg ni silent reader or mmg active reader..nak sgt kenal supaya leh jd kawan..

paling terperanjat sebab blog aku dikunjungi oleh ramai org luar negara.
NORWAY, BRUNEI (aku tahu ni sapa), UK, CANADA, SINGAPORE, US, VIETNAM.

memang pelik..faham ke diorg bahasa melayu aku yg entah apa2 ni..xkisah la..
kalau betul..alhamdulillah...

-----------------------------------------------------------------------------

ada orang bg pendapat kt blog aku ni utk memaparkan reality kehidupan aku sebgai OKU, semangat dan cabaran serta dugaan yang aku tempuhi..
kat dalam blog aku ni, rata2 ceritakan kisah suka n gembira je..tapi yg lain semua aku simpan kt dalam hati ni...
benar, aku jarang memaparkan apa yg terbuku kt hati ni..bkn apa, malas nak bgthu semua tentang apa yg berlaku..tapi aku akan cuba..hope kalian tggu..


Sunday, August 15, 2010

berbuka puasa kat umah..tapi makanan banyak mcm kat hotel

hari ni genap 5 hari umat islam berbuka puasa..huhu..sekejap je kan..lepas ni pejam celik dah nak menyambut hari raya...hehe..asyik igt raya je aku ni...


harini hari kedua aku berbuka puasa di kampung ku..SUNGAI UDANG MELAKA..memang meriah dan xsabar..yela...aku kan anak perantau..mostly hidup aku dihabiskan berjauhan dengan family..utk pengetahuan korang, aku sejak form 1 lagi telah dihalau dari umah utk tinggal di asrama..sampai hati ayah aku kan..hahah..tapi start dari situ lah aku belajar hidup berdikari utk menguruskan kehidupan aku seharian..lepas sekolah menengah 5tahun kt asrama, masuk matrikulasi 1tahun, lepas tu UKM 3tahun, dan skrg aku dah 4 tahun keje di kl..memang perantau abis..hehe..kalau oteblk kg tu, memang sadis la dgr lagu balik kampung dendangan arwahyarham sudirman..=)

seperti setiap tahun, bila tiba bln puasa, mak aku mmg menjanjikan makanan yg hebat2..so harini mmg aku request kt mak aku utk masak n menyediakan makanan yg kaw2 utk anak dia yg tersayang..haha.

so start dari kul 5 petang mak, kakngah n kak ina(kakak ipar) dah bertungkus lumus didapur utk memulakan masakan..tp makanan diorg masih rahsiakan lg.ehhehe..aku pulak buat apa time tu??aku dgn rajinnye...menolong hahahha..bukan menolong tapi duduk depan tv layan ps3 yang dibawa abg ipar aku..layan pro evolution soccer 2009..memang terbaik bro..gambar real abis..rajin x??


lepas main game, aku, pijon n abg zul plan nak gi pasar ramdhan masjid tanah..huhu..utk korg yg tak pernah sampai ke bazar ni, mmg kena pergi beb..meriah abis bro..awek ramai gile..hahah..bkn awek la..tp makanan..macam-macam ada...mcm trademark astro tu..
apa makanan yg dlm fikiran korg, semua ade dijual..tp yg paling meriah aku nmpak adalah gerai roti john.org sanggup beratur panjang2 utk beli..aku pun nak beli roti john juga, bezanye aku xberatur, tapi memotong barisan..otai x??hahahah

apa yg aku bw blk dr bazar ramadhan adalah roti john 2, popiah sambal, air soya dan air mata kucing..makanan lain aku xnak beli sbb takut xtermakan nnti..membazir orang cakap..

bila sampai je kt umah masa tu dh kul 7petang..bila tgk je atas meja makan..

WAAUUUU!!!

korang tahu apa juadah kitorg satu family bebuka harini...
soto ayam, meehun sup, roti jala, bergedel, kuih, dan kek, air lak air kelapa dengan nescafe panas..huhu..rambang mata siut..


azan berkumandang je aku terus makan, ermm..start kurma juga..sunnah tu..
lepas tu makan semua makanan bagi xmenghampakan hati mak aku..hehe
padahal mmg lapar..

selamat berbuka!!!!

Saturday, August 14, 2010

kejadian di jasin n preview makan2 sebelum berpuasa..

salam ramadhan semua. aku kt kampung (melaka) skrg..blk cuti utk berbuka bersama kluarga.mmg meriah la kt sini.antaranye anak buah aku yg baru nk belajar2 berpuasa..bangun sahur mmg brsemangat, tapi last2 pukul 10pagi dh sarapan..hahaha..biarla..aku pun mcm tu dulu gak kut..puasa depan org,belakang orang minum air.heheh..


sesampainye aku di melaka bandaraya bersejarah ni aku di kejutkan dengan berita bazar ramadhan jasin dilanda ribut taufan yang menyebabkan 3 orang terbunuh..innallillah..huhu..aku tumpang sedih..terutama xlama lg menjelang hari raya..kuasa tuhan kan..kalau Dia nak sesuatu tu berlaku tu, sekejap je benda tu terjadi..masya Allah..

nak tahu lebih lanjut..leh pergi blog kawan aku kt melaka ni...zool..umah beliau 3km je dr tmpt kejadian..

menyambut ramadhan mmg dinanti2kan leh ku, tapi sebelum tibanye ramadhan mmg aku ade buat warming up..hehhe...pemanas badan utk makan makanan yg best2..biASala aku...kalau utk makan, aku jarang nak kedekut..terutama mempunyai pasangan makan yg cukup ideal lagi bijaksana..sama2 kembang dan naik ketika ini..waniyummy...hahhaa..(jgn marah haaa)..

so tmpt pertama yg aku nak share ni adalah ICE ROOM..aka.."Bilik Air Batu” di Bandar baru Bangi. yg aKU tahu kedai ni baru sgt beroperasi dan dh ade satu cawangan di Nilai, N9.

Interior Design kedai ni cantik..sejuk je mata memandang dgn warna hijau pucuk pisang..aku memilih duduk di dalam memandangkan ade aircond dan mencari plug point utk laptop..hehe..ice room ade wifi wooo...mana leh lepaskan peluang berinternet..hehe


menu ICE ROOM


Pilihan ice cream ais yg pelbagai

Di petang yang panas ni memang best la makan aiskrim utk sejukkan tekak.

Yang spesial kat sini ialah snow ice. Ada macam- macam perisa. Snow ice ni berbeza skit dari ABC. Tekstur dia lembut je. Macam aiskrim yang disagat halus. Ada yang ditabur ngan buah-buahan, agar2 , choc rice, kismis dan biji selasih.

Harga boleh tahan la..satu mangkuk tu dalam Rm7.90 -9.90. agak murah la.tp yg paling penting,aku xmakan ice tu aje..minta la menu lain..fish n chip..rasa mmg best dan harga pun boleh tahan..heheh.

korang yang ade kt area kl ni kena datang utk try..kat bandar baru bangi..pkns bangi n mcd area..blh jadi tmpt lepak pun ye juga..
selamat berpuasa..tertelan lak air liur ni tgk gmbr2 makanan..hahaha..daa..

kemeriahan berbuka puasa..asam pedas!!!!

rasanye belum sempat lagi aku buat entri masa bulan ramadhan ni..alhamdulillah..dah selamat 3hari umat islam menunaikan ibadah puasa...korg cukup x sepanjang 3hari ni???ada yg dh tgl..dan ada yg xdpt berpuasa sepanjang 3hari ni..sebb apa yer???ermmm..masalah wanita..biasala..hehehe..tp tu khas utk wanita sahaja yer..lelaki jgn pandai2 nak ponteng lak..


so far sepanjang 3hari berpuasa ni..aku mmg xbyk berehat..byk keje yg aku perlu setlekan..setiap hari adalah hari penting dan sgt penuh buat aku..kluar pagi blk tgh malam...nasib la juga tahan berpuasa..kalau ikutkan pemikiran budak kecik..dah ku teguk air paip ketika aku mengangkat air sembahyang.hahahaa..(kecik2 dulu biasa buat)...

dh berbuka puasa kt mana korg?dah melawat mana2 pasar ramadhan?aku 3hari ni belum pergi mana2 pasar ramadhan lg..relax la dulu..suasana pasar ramadhan utk aku tahun ni belum panas..kalau tahun lepas..puas merata satu kl aku cari pasar ramadhan...nantila..mmg tempat pilihan of course la pasar ramadhan kg baru dan pasar ramadhan pkns bangi..

air tebu tu beli kt bazar..RM5.00..mahal..:p

tp smlm aku berbuka puasa di restoran asam pedas kg baru..bersama waniyummy dan ciknor serta kakak..mula2 plan macam2..nak beli kt bazar n then buka kt tasik titiwangsa la..oleh kerana hujan..ia menghalang kami utk berbuat demikian..dgn kudrat JLG myvi waniyummy..kitorg meredah kesibukan kl dan kemeriahan kg baru utk memuaskan nafsu kami berbuka dgn masakan asam pedas terbaik kg baru...nyum2...
model bekas asam pedas dan jug air tebu..

pilihan ikan merah dan ikan yu..eh silap..ikan pari menjadi pilihan..mmg licin beb..sehingga menjilat sudu aku..almaklumlah makan xpakai tangan..hahah..

cantik x tudung dia??soalan ciknor kepadaku..blur..

ada27hari lg nk abiskan berpuasa sebelum tibanye raYA..
dan kuy mengharapkan ramdhan kali ini penuh makna..daaa...

Tuesday, August 10, 2010

aku secomel afdlin shauki...perasan!!


P.E.R.F.E.C.T!!!hope to cee u guys on cuci musical 3!!O.M.G..ade lg ke lepasni??harap2 ade lagi..(walk with me...ha ha ha..terbaik dr ladang dan lautan dalam)














Great performance, great laugh, great songs (esp the father n daughter), great spontaneous scenes, great soppy moments and of course for me...GREAT TIME!


Friday, August 6, 2010

aku bukan seorang blogger tegar...


dah lama rasanye xupdate blog ni..dah bersawang n org pun dah xmasuk utk baca blog aku ni..dah la follower xramai..pembaca pun xde..tp malas nak update..kenapa yer?

mmg xde masa nak update blog..boleh di katakan blog aku ni aku jadikan macam diari harian aku, cuma nak menaip dan meluahkan sesuatu dari sudut hati ni susah utk aku gambarkan dengan perkataan..

kalau ade masa pun, aku just gunakan utk update facebook dan email sahaja...jeles juga tgk org lain setiap hari update blog dan tulis kisah mereka yang pelbagai.tapi aku???huhu~~~

skrg mmg busy giler..setiap malam bila balik umah, just semata2 utk tidor saje..tidor pun macam mati kena tembak dengan komunis...mati katak abis..sehabis tenaga aku gunakan utk kehidupan aku seharian...

alhamdulillah aku akan mula menyusun semula kehidupan aku setelah lama aku survive..hampir setahun rasanye sejak pemergian aku dari kerjaya yang aku sayang dan maybe kehidupan yang aku inginkan dulu.. tapi tu semua kenangan dan sejarah..dan aku pastikan sejarah tak mungkin berulang..hehe..ala2 lagu newboys dan tomok OIAM...hehe..

lagi beberapa hari lagi dah nak start berpuasa..kalau kerja dan kehidupan aku sebergini..adakah aku larat berpuasa??huhu~~ semoga Allah menguatkan iman aku supaya berpuasa penuh plus menyambut hari raya dengan meriahnye...

sempena hari jumaat yang mulia ni, jom kita sama2 mendoakan semua org berjaya, xkira keluarga, kawan2 atau musuh..berkat beb mendoakan org lain..