Tuesday, July 27, 2010

Di mana boleh cari ramai Melayu


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu


Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di Pusat Serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food, kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan tauhu


Boleh tak jumpa mereka dikedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ


Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu


Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuhkan sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu


Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi sebenarnya apakah yang kita tahu,
cuma dibaca bila takut atau nak halau hantu

Sunday, July 25, 2010

keywords aku minggu ni...???



kenapa ramai sangat orang search pasal restoran tupai-tupai di bangi??
femes sangat ke?
sedap sangat ke?
glamour sangat ke?
biar betul?
hampir keseluruhan keywords aku adalah pasal tupai-tupai...
xsangka lak tupai adalah haiwan yang glamour..
hehe...
entri aku yg dulu simple je pasal restoran tupai- tupai tu..

Wednesday, July 21, 2010

Kenangan Ramadahan Bersama Ben Ashaari- telanjang





Aku nak masuk segmen Kenangan Ramadhan Bersama BEN Ashaari...
Kalau korang nak masuk leh ke
SINI
Cara-caranya:


Sila buat entri ...

1 ) Header .. linkkan ke entri ini ..

2) Ceritakan KENANGAN RAMADHAN anda... tiada had ..kalau ada gambar pon lagi best ..

3) Dari mana anda tahu segmen ini -Dari blog
Ben Ashaari


Kenangan...


ni nak Ceritakan pengalaman masa anda puasa kecik2 dulu:) n sampai skrg setiap kali bulan puasa..mak akan ceritakan kisah ini..memang kelakar tp menarik utk diingati..


saya umur 5 tahun dah poasa woh!!sebab abah bagi hadiah setiap kali puasa..
Mak yang akan ajar niat.sbb sgt lembut n sabar.kalau abah ajar asyik nak marah je kalau sebut or niat xbetull..biasala bapak ku..:P

of course..kalau xpose, time buka kena duduk jauh2..bapak sedih..
adik aku pijon memang selalu kena **halau time berbuka sebab dia xpuasa..haha..sian gak..tp nak buat cmne..peraturan tetap peraturan..almaklumlah ayah ku seorg perajurit...

ok this thing i mmg tak lupa..bila time puasa dulu saya asyik buka peti ais n masukkan kepala dalam peti tu..nasi peti ais mak dulu kecik je..kalau besar mcm org buat biznes jual ais batu tu..kompem aku masuk satu badan..wink***
..sejuk..

dan paling kelakar..korg jgn gelak k.ni agak lucah dan adegan yang agak terlampau dan berahi..hehehe
aku pernah tertido telanjang dlm bilik air time mandi tghari..panas sgt wo.tp bukan aku keseorangan, aku bersama adik aku juga..pijon..hahaha..lama gak mak aku cari kitorg..last2 jumpa dalam bilik air...

**kenangan tu yg mendewasakan aku skrg utk sentiasa cukup puasa..yela..time kecik boleh puasa..xkan dh besar nk ponteng puasa..

Tuesday, July 20, 2010

Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun

LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.


Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.


Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.


Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.


70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi


*** sapa yang umur 30an mesti berbunga-bunga baca artikel ni..hehe..xdela masalah pasni nak tanya umur utk wanita kan???haha

Sunday, July 18, 2010

GSC, TGV..3 minggu 3 movie..

rasa membazir pun ade..rasa puas hati pun ade..xthu la perasaan ni bercampur baur..tp nak buat cmne kan..dh beli..n dh tonton..nk minta blk duit nak kena makan penyepak ke?hahaha..
sapa suruh menggatal nak pergi n tgk..kan dh kena kluarkan duit..redha..:)
apa2 pun bulan ni adalah bulan wayang bg aku...huhu~~ nak dikatakan hampir setiap minggu aku gi nonton wayang..cerita pun boleh tahan la bestnye...

minggu 1-the karate kid

aku gi tgk cerita ni kat alamanda putrajaya bersama kawan baik merangkap driver merangkap PA..semua la senang..waniyummy..cerita THE KARATE KID ni aku rasa paling best antara karate kid sebelum2 ni..lakonan JADEN SMITH n JACKIE CHAN memang mantap..puas hati n gelak giler2 juga la tgk cerita ni..almaklumla bila cite JACKIE CHAN penuh dgn aksi yg dramatik..paling best korg thu apa..aku tgk pd hari rabu..wayang kan murah..hehe..bijak2..


minggu 2-the twilight saga "eclipse"

cerita ni lak aku tgk kt mahkota parade melaka..bersama kakngah, abg ipar, ijon (adik aku), n anak buah aku yg comel alifah.mmg xrancang pun nk tgk movie the twilight saga "eclipse"
ni..tp tiba2 dgn baik hati..kakngah ingin menzakatkan sedikit duit dia pada kitorg utk belanja tgk wayang..zakat ek?hahaa..siap dtg lewat 15minit lg ok..nasib cerita xlari jauh..mmg best juga..seram yg romantik.hehe..


minggu 2-predator


cerita predators ni pulak aku tgk kt dataran pahlawan melaka...cite ni baru smlm tgk..xrancang juga..abg aku n akak ipar lak tiba2 balik2 dr kenduri arwah umah kakngah aku terus ckp nak tgk wayang..almaklumlah akak ipar aku ni dh lama sgt xtgk wayang..so abg aku nak bawa la tgk wayang..mmg berkejar gak la nk gi cari tiket..biasa la kt dataran pahlawan tu manusia terlalu ramai..xthu la dtg dr mana..tp nasib baik dgn niat yg murni..dpt juga beli tiket n tgk..cite predators ni so far ok..cuma ade beberapa scene n watak yg aku still xfhm n blur2..
apa2 pun korg serius kena tgk cerita ni owesome abis..predators macho giler..haha

target nak tgk cerita akan datang : TEKKEN
** ni cerita game ps2 aku..wajib tgk..


korg giler xde masa nak gi tgk wayang ke? n malas nak kluarkan duit utk tgk wayang..kat sini korg leh tgk wayang free..enjoy the movie k..

Saturday, July 17, 2010

perogol dan wanita solehah..


Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.

Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain).

Dia pun tanya perogol itu.

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Friday, July 16, 2010

esok nak isi minyak ke isi air kt kereta???


Berikut adalah harga baru:-

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter
Petrol RON 97 - RM2.10 seliter
Diesel - RM1.75 seliter
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

berikut adalah reaksi kawan2 sy di fb mengenai isu minyak..hehe..lawak2 gak semua..


kena bw tong drum byk2 sekali bro senang..supaya 3tahun xyah isi minyak


jgn naik minyak..nnti darah tinggi..kolestrol tu...ehhe



nak xnak kena hadapi nye juga melainkan isi kereta pakai air..:p


kena tangkap org minyak ni.supaya kikis badan dia utk dptkan minyak..:p



bagi saya la...kalau minyak naik tu biar kan jelah.. dah pasaran global macam tu nak buat mcm mane.. cume negare ni jek yg kerajaan bg subsidi byk sgt utk minyak.. die nak tarik tu ade sebab nye.. nak suh rakyat die berpijak atas kaki sndiri bukan nak menyeksa… smpai biler nak gantung gan subsidi kerajaan semata-mata.. gula, minyak, barang2 dapur.. sume nye subsidi..
mcm mane kerajaan nak improve pentadbiran kalo habis sume ke subsidi jek. cuba

fikir and jgn merungut biler harga minyak naik..

minyak naik ikot CC pun salah sndiri gak.. g beli kereta CC besar tu nape.. kete Malaysia sume CC kecik2.. fikir2 kan dan selamat beramal..

bro pasni naik moto jerla..CC pun kecik..hehe

Wednesday, July 14, 2010

yeay!!! teater cuci-cuci musical dalam tangan..


yehaaaa....yahoooo...yareeebbaaaa!!!
itulah tanda kegembiraan aku yg xdpt digambarkan dgn kata2...POYO x???hahhaa..

sabtu lepas lepas balik dari gathering gengblogger aku terus terjah ISTANA BUDAYA utk mengambil tiket teater CUCI MUSICAL yg dah aku booking sehari sebelumnye..

tq sgt2 pada rakan lama sy iaitu **comel** yang bertungkus lumus sudi menolong sy utk mendapatkan tiket ini..jasa anda amat2 lah sy hargai..hehe..bodek ke apa sukur ni?hehe..



kalau dilihat secara jelas gambar di atas..itulah tempat duduk sy..di Grand circle..belakang VVIP lg..sapa la agaknye VVIP utk 1st day tu nnti..ops..!!!aku tgk 1st day???grand x?
tiket murah je...so plz dapat kan segera sebelum kehabisan..


nilah jadual sy menunjukkan waktu yg sy akan pergi nnti..siap pilih yg discount plan lg..hehe..jgn membazir...membazir amalan syaitan kan..tulx?sapa kawan2 yg ada plan nak join pada hari yg sama..pergi dapatkan tiket dgn segera...pasti xkan rugi....boleh click kat web TICKET ni..
utk mendapatkan tiket anda secara online..

actually sy mmg peminat menonton teater..so far ni kali ke3 sy masuk Istana Budaya..

tengok Puteri Gunung Ledang The Musical
tengok P Ramlee The Musical

Tuesday, July 13, 2010

kenapa saya tak boleh log in di gengblogger.com??


bila saya masuk di page www.gengblogger.com utk ping entri terbaru ia akan kluar page yg mcm di atas.
dan sentiasa loading seperti yg sy bulatkan berwarna merah tu..tolong...????

Sunday, July 11, 2010

Gathering GengBlogger 2010

Gathering GengBlogger yang dijalankan di putrajaya yang melibatkan 80 lebih blogger termasuk tetamu. Terima kasih yang datang!

aku walaupun paling dekat dgn tmpt gathering..tp sampai dalam kul 10.30pg..hehe..nasib xjadi org paling lewat..

sesi memperkenalkan diri..malu ok..tp semua blogger sgt sempoi..


perjumpaan blogger2 Melaka yg hebat..bro..nanti tlg bg tunjuk ajar ok..

bersama blogger yg belajar di luar negara..

gambar penuh gathering smlm..xdpt nak tulis cerita apa2..lepas ni sy update lg k..
apa2 pun smlm mmg hhhhhaaaaaappppeeenninngggg!!!!



Friday, July 9, 2010

promo cuci the musical 2..jom layan


Okey- yang ni ikutkan memang lama lagi. Hujung bulan 7 baru keluar. Tapi kalau time tu korang baru nak beli tiket jangan mimpilah nak dapat. Kalau dapat pun tiket yang paling tak best- duduk atas-atas melangut tengok kepala orang.

Jadi untuk memastikan korang boleh melihat Afdhlin Shauki atau Vanidah Imram dengan lebih jelas, aku sarankan korang beli tiket sekarang. Tapi kalau korang punya duit betul-betul berkepuk tak pelah sebab tiket mahal-mahal memang jarang sold out.

n utk pengetahuan korg..aku dh beli tiket dia..xsabar nak tgk..dah lama sgt xmasuk Istana Budaya...last masuk time P.ramlee the musical 2..

Untuk beli tiket, klik sini. (apahal aku macam promoter ni?)

Thursday, July 8, 2010

promosi gathering gengblogger di putrajaya,,wachaa!!


pelan lokasi...wakakaka..

'GengBlogger Gathering' merupakan satu inisiatif program yang diadakan oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia yang berdaftar di laman web sosial gengblogger.com. Gengblogger.com merupakan satu laman web sosial yang mengumpulkan seluruh blogger di Malaysia untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai isu-isu semasa. Ahli yang berdaftar di laman web sosial ini telah mencecah 5000 ribu dan jumlah pelawat sudah mencecah 10 000 sehari. 'GengBlogger Gathering' ini merupakan satu lagi langkah kehadapan untuk memantapkan instituisi blogger di Malaysia

Aktiviti

Nama : GengBlogger Gathering
Tarikh : 10 July 2010
Tempat : Putrajaya Challenge Park, Presint 5, Putrajaya (Rujuk lampiran 1 untuk peta)
Masa : 9 am hingga 5 pm
Tentatif :9.00-10.00 am : Pendaftaran peserta
10.00-1.00 pm : Aktiviti luar Blogger
1.00-3.00 pm : Rehat, makan dan solat
3.00-4.00 pm : Perkongsian dari senior blogger
4.00-5.00 pm : Sesi bergambar


joegrimjow..nak sngat beli tshirt ni..satu kenangan kut..harap2 ade size..kepada sapa2 geng blogger yang dah membayar n menempah tshirt bersize S yang comel cam sy ni..harap dapat amik size M ke, L ke..supaya sy dapat memakai tshirt gengblogger bersize S ni..hehe..jasa kalian amat sy hargai...kalau sy pakai tshirt size lain alnampaknye xperlu lah sy memakai seluar lg sebb terlalu labuh..ala2 pakai jubah nnti.hahahah

org ckp penantian tu satu penyeksaan..tp sy tetap menantikan gathering tu nnti..harap sy boleh sgt berkenalan dgn ramai kawan2 baru dan belajar sesuatu dr gathering tu nnti...

malu la juga nak jumpa blogger2..yela..biasa kt alam maya je kan..tp hope u all boleh2 la tegur sy disana k..sy ni pemalu..hehhe..yeke sukur?????

ni tgh pilih baju utk pakai kt sana..sblm sarung tshirt gengblogger..kalau sy pakai mcm ni dulu orgt kenal x??
hahaha..

apa2 pun jumpa ada disana..!!!





Saturday, July 3, 2010

GENGBLOGGER GATHERING!! tunggu aku disana..



GENGBLOGGER GATHERING!!

Tema : Unlocking the secret of your childhood memories

jadi budak-budak?
permainan budak-budak?
makan makanan budak-budak?

tunggu update dari kami!


Tentatif

9.00-10.00 : Pendaftaran
10.00-1.00 : Suai kenal + games!!
1.00-3.00 : Makan + solat
3.00-4.00 : Sharing session
4.00-5.00 : Aktiviti bebas (bergambar + mandi tasik???)


Ramai yang sudah mahu ikut sama!
Juga ada ada senior blogger yang akan datang!
Jom sama-sama memeriahkannya!

YANG PALING PENTING AKU AKAN KE SANA JUGA..TAK SABAR NAK JUMPA GENG2 BLOGGER..
N MESTI GENG2 BLOGGER XSABAR NAK JUMPA AKU YG COMEL NI..WAKAKKAKA

OLEH KERANA DIA BUAT KT TASIK PUTRAJAYA..AKU SIAP2 DAH PERGI BERLATIH BERENANG UTK PERSIAPAN KE GATHERING TU...HAHAHA..SEMUA KUAK TAHU OK!!!


DALAM NI TAUU...WAKAKAKAK